47. NAMA KEITH

5.2K 436 37
                                    

Dia menekup muka ke atas permukaan meja. Bahu terhinjut-hinjut. Esakan kecil bergema di ruangan dapur. Anne Srsha menongkat dagu. Pandangan sayu dia lempar kepada teman sepermainannya.

Memandangkan Kyra dan Fyira tiada tempat mahu berteduh, dia mempelawa untuk duduk bersama. Lagi pun dia sahaja yang tinggal di situ.  Ibu bapanya salah satu mangsa dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai.

"Kyra ...." panggilnya lembut seakan memujuk.  Perempuan berumur dua puluhan itu, diam. Masih menekup muka pada atas meja.

"Kau dengan aku sama je. Hilang ibu bapa. Aku faham perasaan kau." Anne menghela nafas panjang. Tubuh disandarkan pada kerusi kayu. Risau temannya berperangai begini.

"Tak akanlah ahli keluarga aku tak ada yang hidup?" pipi Kyra lecun dengan air mata tatkala muka diangkat.

Kyra sebenarnya tidak tinggal dengan ibu bapanya. Mereka ada sedikit perselisihan faham. Ibu bapa Kyra mahukan dia menyelami ilmu perubatan namun Kyra membantah. Dia tidak mahu dan berdegil kerana minatnya lebih kepada berkhidmat bawah diraja. Kyra merajuk dan keluar dari rumah.

"Hmm ...." Anne mencapai sekotak tisu. Kyra menyambut perlahan. Bekas air mata dilap. "Jangan fikir kau je kehilangan ibu bapa. Aku ... Harez ... Dellson. Semua rasa benda yang sama."

"Aku menyesal ...."

"Kalau aku cakap ni, kau percaya tak?" potong Anne laju. Anak mata Kyra direnung lama. Kyra menyepi.

"Mungkin ada yang masih hidup ...."

"Huh?"

"Kau masih ada adik."

"Anne, jangan main-main dengan aku."

"Tak ... tak ... aku tak main-main ni. Kau ada adik."

"Tipu ... mana kau tahu?"

"Aish, keluarga aku dan kau  bukan ke rapat? Kau lupa mereka berkawan? Plus, sebelum kejadian itu berlaku, ibu kau dah lahirkan dia."

Kyra mengangguk. Tisu pada tangan dicarik sehingga menjadi cebisan kecil. Kata-kata Anne cuba dihadam sebaik mungkin. Dia masih ada adik? Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Nak kata Anne menipu, muka macam serius. Hmm ...

"Adik? Lelaki atau perempuan? Mana nak cari?"

"Hmm ...nama dia ...."

"Anne, Keith datang ni!"  Fyira menjerit dari arah ruang tamu. Kening Anne terjongket ke atas. Senyuman penuh makna menghiasi wajah. Kyra mengosok hidungnya yang gatal.

"Kyra ...."

Gosokan hidung terhenti. Benda ini terlintas di kepalanya. "Wait! What! Keith adik aku?!" jeritnya seakan tahu apa yang Anne cuba sampaikan. Mulut melompong ke bawah. Mata membulat terkejut.

     Keith terpingga-pingga melihat Kyra. Wanita itu pusing mengelilingi sejak tadi. Entah kali ke berapa dah dia pusing. Sekejap rambut merah disentuh. Sekejap hidung dipicit. Sekejap Kyra menekan pipi Keith mengunakan dua telapak tangan. Memuncung bibir Keith.

"Apa ni?" Keith menyoal geram. Apa fikir dia ni mainan ke? Disentuh sesuka hati? Rimas! Anne diam memerhati. Fyira tercegat seraya mengerut dahi.

"Anne kata ... kau ni adik aku." Kyra menjongket kaki memandangkan Keith tinggi, lantas muka dia dekatkan sedikit. Lelaki berambut merah menarik muka ke belakang.

"Adik?  mana ada adik beradik!" air liur diteguk perlahan. Setahu Keith, dia membesar secara tunggal. Tak ada adik beradik lain.

Kyra menjeling Anne sekilas. Temannya itu menayangkan muka selamba. Toya sahaja muka dia. Tipu siap kau! Baju Keith ditarik kasar secara mengejut. Lelaki itu berganjak ke depan.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now