53. HILANGNYA SAYAP

4.8K 452 46
                                    

Sengihan melebar apabila dia merenung langit dihalaman istana. Rambut merah jambu mengurai terlepas tanpa ikatan. Ia beralun lembut ditiup angin petang. Lagi beberapa hari sahaja dia akan sah menjadi tunang kepasa putera pari-pari putih dan bakal melangsungkan perkahwinan itu kata ayahandanya.

Putera itu akan jadi miliknya. Tapi adakah hati si putera juga akan menjadi miliknya? Sengihannya termati di situ. Dia mengeluh. Tubuh disandarkan pada tembok.

Di tahu Calvin tidak sukakannya. Tengok sahaja sudah tahu. Terasa dirinya sahaja yang terkejar-kejar lelaki itu. Putera itu lebih cenderung kepada Nyea. Gadis itu!

Ada apa pada Nyea? Padahal dia pun okay juga. Apa kurangnya dia? Manusia dan separa pari-pari putih. Bondanya pari-pari putih dan ayahandanya manusia. Hasilnya, dia mempunyai sayap. Ah, ramai manusia berkhawin dengan pari-pari putih. Tak ada pantang larang pun.

Er? Dunia fantasi memang pelik!

"Berangan!" sergah seorang manusia. Cuping telinga dipulas-pulas. Tergeliat tubuhnya menahan rasa.

"Adui! Sakit bodoh!" Victoria menampar lengan penjaganya, Nana. Wanita itu tergelak besar.

"Haihh, kamu ni ... Dah tak sabar ke?"

"Bukanlah ...."

"Habis itu?"

Victoria memuncung seraya mengosok telinga yang makin menampakan kemerahan dek pulasan tadi. Sakit masih lagi terasa.

"Calvin itu ... Macam tak suka. Nana, ada cara tak macam mana nak ambil hati dia?"

Nana terungkit kening mendengar kata-kata Victoria. Dia menyimpul senyuman. Gadis berambut merah jambu menaruh harapan tinggi supaya dia membantu.

"AYAHANDA! lepaskan Nyea dari sel tahanan!"

Calvin berkata dengan nada yang keras. Tidak menyangka benda ini akan berlaku. Jujur, dia memang terkejut bila Nyea dikurung. Willys menayangkan wajah selamba. Kata-kata Calvin tidak dipedulikan.

"Calvin, dia bersalah dan patut dapat hukuman yang setimpal."

"Mengarut! Bagi Calvin dia tidak bersalah!" bangkang si putera. Dia rasa ayahandanya bersifat kejam. Apa salah Nyea? Dia hanya hidup di sini bukan buat benda jenayah pun.

"Ayahanda tahu apa yang ayahanda buat. Anakanda tidak perlu masuk campur. Bagi ayahanda dia tetap salah."  Willys mengawal suara dan amarah. Pendirian ini tetap dan muktamad!

"Ayahanda ... tolonglah lepaskan dia."

"Hukuman tetap dijalankan hari ini!"

Willys terus meninggalkan anak puteranya. Tidak mahu lagi bertekak. Dia penat melayankan si puteranya yang satu itu. Sakit kepala dibuatnya!

Si putera mengepal penumbuk. Helaan nafas panjang meniti ruang pernafasan.  Dada berombak laju menampung amarah di dada. Dia mengetap gigi sekuat hati lantas dinding ditumbuk kuat!

Bergetar istana.

Dia perlu lakukan sesuatu. Ya, dia perlu bertindak menyelamatkan, Nyea. Tidak kira macam mana sekali pun!

Camelia mengintai di balik dapur mengeleng perlahan. Lama dia disitu. Calvin benar-benar marah dengan tidakan ayahandanya. Dia tidak mampu untuk menolong kerana tidak berani mahu masuk campur.

Bukan Calvin saja yang risau tentang Nyea. Dia pun sama. Tidak setuju juga. Dia tidak boleh buat apa. Jika boleh dia mahu menolong. Memang ayahanda berlembut hati dengan dia tapi bila berkaitan dengan hal ini, sepujuk mana pun memang tak jalan.  Tak ada guna pun.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now