12. WITH CALVIN

6.7K 528 36
                                    

Kawasan istana mula sesak dengan rakyat kerajaan pari-pari putih. Pelbagai pakaian mewarnai suasana majlis. Buat pertama kalinya, sambutan hari jadi buat putera Calvin yang ke-19 diadakan secara besar-besaran.

Suasana riuh kini bertukar senyap tatkala seseorang melangkah masuk ke dalam istana. Mata-mata lelaki tidak berkelip memandang manakala para gadis ada yang berbisik sesama sendiri.

Dia menahan rasa segan. Kepala ditundukan sedikit. Perlahan dia mengorak langkah. Gaun berwarna merah jambu krim tersarung pada tubuhnya dipandang sekejap. Bibir digigit lembut.

Kenapa semua pari-pari melihat dia tanpa berkelip mata? ada apa-apa yang tidak kena ke? atau Buruk sangat?

Si Kyra pun satu ... dia yang beria suruh pakai gaun merah jambu ni. Sudah berkali-kali Nyea tolak dipaksanya juga! Tambahan pula Violet dan Fyira juga ada pada masa itu mereka juga turut memaksa. Nyea benci merah jambu!

Mata dilirikan kepada Violet di sebelah kanan sebelum beralih pada Fyira di sebalah kiri. Mereka berdua tidak berhenti dari terus tersenyum.

"Psstt ... kenapa semua tengok aku?" Nyea menyiku Violet.

"Kau buruk sangat kut,"

"Hodoh pula tu ...," tambah Fyira selamba.

Nyea mencebik. 'Cis, tak guna punya kawan! Lagi dikutuk pula! Eeii, terasa nak sumbat saja tiara yang dipakai ke dalam mulut mereka. Ha, biar rasa!'

"Wah, kacaknya!"

"Putera Calvin!"

"Putera hatiku!"

Jerit pari-pari wanita. Mata mereka tidak lepas memandang ke hadapan.

"Putera itu suamiku!"

"Hey, putera Calvin aku punya!"

"Aku punya!"

Nyea mengalihkan pandangan ke arah dua gadis yang sedang bergaduh. Dia tersengih sumbing. Macam bodoh je gaduh pasal lelaki. Huhuhu.

Calvin berjalan sambil tersenyum manis ditambah lagi tubuhnya bersarungkan pakaian diraja berwarna putih berjalur emas. Di atasnya pula terdapat mahkota emas yang berkilauan dek terkena sinaran cahaya.

Nyea terpaku melihat Calvin. Jujur dalam hati yang lelaki itu nampak berbeza dari yang sebelum ini dan terserlah gaya kepimpinan!

"Calvin hodoh ...," ujar satu susuk tubuh menghalang pandangannya. Nyea mengundur sedikit. Perlahan pandangannya naik ke atas. Dia mencebik.

"Makhluk rambut merah ... kau buat apa dekat sini?" Keith dipandang dengan penuh rasa meluat.

"Suka hati akulah," balas Keith tanpa memandang Nyea.

"Penyibuk!"

"Suka hati akulah ...,"ulang Keith lagi. Kata-katanya tergantung. Mata terkebil-kebil memandang gadis di hadapannya. Adakah matanya rabun? kalau rabun rasa nak cucuk saja dengan grafu!

"Kenapa pandang aku macam tu? tahu aku tak cantik," Nyea memeluk tubuh. Muka dipaling ke sisi. Violet dan Fyira sedang rancak berbual tanpa mempedulikan dia langsung! Eh, tunggul ke apa Nyea ni?

"Sedar pun ...."

Mendengar ayat Keith, gadis itu menarik muka masam. Merah padam mukanya. Eeii, menjengkilkan betullah! Nyea rasa nak belasah je!

Keith tersenyum lebar. Pada pandangan matanya, Nyea nampak comel dengan gaun merah jambu yang dipakai. Ditambah lagi dengan rambutnya yang tersanggul rapi. Seriously comel gila! Sesuai!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now