77. JASAD

4.7K 379 30
                                    

Tua berjanggut. Rambutnya kuning keemasan. Pari-pari itu memegang tongkat sambil merenung wajah Nyea. Gadis itu membalas dengan kerutan di dahi. Tertanya-tanya juga  siapa lelaki ini.

"Nyea Dylea."

"Apa ? Macam mana tahu nama Nyea? Ayahanda ... eh Raja Willys siapa dia ni?" sampai tersasul-sasul, Nyea.

"Hahahaha! Panggil saja ayahanda. Bukankah kita anak beranak?" Willys tergelak.

"Hehehe." Nyea tersengih malu.

"Nyea, tahu tak inilah Raja William dulu."

Biji mata Nyea terbuntang! Berselang-seli dia menatap wajah Willys dan William. Raja William? Pemerintah sebelum Raja Willys?  Ini bererti moyang dia? Dia cucu? Moyang bertemu cucu?

Wah! Nyea agak mesti lelaki tua ni teringin nak jumpa. Itu yang ayahanda terus bawa dia ke sini. Mesti gembira jumpa cucu bukan?

"Kamu tahu apa maknanya bila kamu sampai ke sini?" William bersuara setelah berdehem.  Kedengaran tegas di telinga Nyea. Mesti waktu dia hidup merupakan seekor pari-pari putih yang tegas!

Crap!

Terasa dihempap dengan batu besar! Difikirnya orang tua itu mahu menyambut kehadirannya dengan menyebut 'Cucuku' tetapi tangapan Nyea jauh menyimpang!

"Tahu ...." balas Nyea berdebar-debar. Mata William tidak lepas dari memandang, Nyea. Terus gadis itu menunduk ke bawah.

"Ini bermakna kamu sudah mati! Dan di sinilah tempat kamu!" katanya sambil mendekati Nyea. Gadis itu hanya menunduk dan angguk perlahan.

Mak oi! Garangnya! Kecut perut Nyea dibuatnya!  Air liur diteguk berkali-kali. Berpeluh-peluh dibuatnya.

"Hei, William! Cubalah cakap tu elok-elok sikit! Dasar tua!" 

Nyea mengangkat muka. Lelaki berambut coklat tiba-tiba ada dekat situ. Lelaki itu kelihatan sasa sedikit. Wajahnya juga bersih dari janggut cuma ada misai sahaja.

" Ini memang cara aku!" William mendengus geram. Tongkat yang dipegang dia hentak pada kepala lelaki berambut coklat.

Nyea tersengih seperti kerang busuk di situ. Dia pandang Willys. Lelaki itu hanya mengangkat bahu.

"Nyea Dylea! Oh, cucuku!"

Nyea tersentak mendengar panggilan tersebut. Lelaki berambut coklat datang menghampiri. Tercengang sekejap dia memandang lelaki itu. Siapa pula yang ini? Tidak semena-mena dia dipeluk oleh lelaki tua itu.

"Er ...." Nyea sudah rasa tidak selesa. Sedar akan ketidakselesaan gadis itu, terus pelukannya terlerai.

"Ah, maaf. Ini atuklah ... ayah bonda kamu. Raja Adrian."

"Raja Adrian?"

"Haa, iya. Panggil sahaja atuk Adrian. Dekat sini panggilan itu tak memberi apa makna. Semuanya sama rata sahaja."

"Okay, atuk Adrian." balas Nyea jangal.

"Hmm ... Kenapa kamu ada dekat sini?"

"Buat apa tanya sedangkan kau tahu ini tempat pari-pari yang dah mati." bidas William. Sudah sah-sah inilah tempat kehidupan pari-pari yang telah mati. Dah tentu dia duduk di sini, tanya lagi buat apa? Bukan ke bodoh namanya.

"Hei, pari-pari tua. Itu aku tahulah. Aku ni pelik ...." Adrian memegang pergelangan tangan Nyea.

"Dia pun tua." rungut William.

Dibelek tangan kanan lama-lama. Selepas itu dia beralih tangan kanan pula. Nyea pelik ditambah lagi terpinga-pinga melihat perlakuan 'atuknya' itu. Habis dia pusing mengelilingi Nyea. Entah apa yang dicari.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now