41. SANDWICH

4.8K 461 25
                                    

Botol kaca milik Nyea, dia masukan ke dalam saku seluar. Kelibat Violet sudah hilang dari matanya. Dia kembali memusingkan tubuh ke hadapan. Sayap putih dikepak perlahan. Dia meneruskan arah tujuan. Rumah Nyea.

Fyira meneguk air liur. Entah kenapa helaan nafas menjadi tidak teratur. Jantung berdetak dengan laju. Dia jadi gugup tiba-tiba. Jari mengurut dada bagi mengurangkan rasa debaran.

Dia dapat rasa seperti ada benda yang tidak kena. Perasaan ini hadir apabila ada yang mengekori dari belakang! Ya, ada yang mengekori dia dibelakang! Dia diperhatikan.

Nafas dia tarik dalam. Dia menghembus perlahan. Mengurangkan rasa resah yang melanda. Anak mata melirik ke kiri dan kanan. Peluh dingin jatuh ditepi dahi dek panas mentari.

"Fyira Aviana."

Fyira tersentak, dikala nama penuh disebut. Gerangan mana pula yang tahu nama panjang dia? Ibu bapanya jarang menyembut nama penuh. Rakan-rakan di akademi pun sama! Dia hanya disebut sebagai Fyira saja.

"Fyira Aviana ...."

Buat kali kedua nama penuh di sebut. Namun kali ini kedengaran kuat dan tegas! Ia datang dari arah belakang. Jantung Fyira semakin mengila!

Fyira berganjak ke sisi dikala pari-pari lelaki berada di sebelahnya. Tentera! Tubuh di layangkan ke kanan tetapi ada pari-pari juga. Dia menoleh sekilas dibelakang. Ada lagi satu! Dikepung! Fyira berubah cuak!

"Fyira Aviana! Berhenti!"

Dia tidak peduli akan arahan tersebut malah memancut ke hadapan. Kelopak mata dikecilkan, menahan deruan angin yang mencucuk mata.

Hatinya membentak geram.

Dia sudah jadi buruan huh?

Tongkat magis menjelma dalam tangan. Fyira terbang menjunam. Kawasan hutan menjadi sasaran.

Fyira lincah bergerak melalui celah-celah pokok. Sesekali dia menoleh juga ke belakang . Mereka bertiga semakin hampir. Tch! Tak guna!

Tongkat magis dia halakan pada dua pokok besar yang menjadi jalannya. Sepantas kilat dia melepasi kedua pokok tersebut.

Impak dari magisnya, tentera pari-pari dilibas kedua pokok tersebut. Mereka terdorong jauh di belakang diringi jeritan nyaring. Fyira memusingkan badan. Kelibat mereka sudah tiada. Nafas lega terbit di bibirnya.

Itu hanya sementara. Biji mata terbuntang tatkala susuk tubuh tetiba muncul dihadapannya. Lelaki bertubuh tinggi lampai tercegat. Sayap putih mengibas-gibas apungkan diri. Wajah bengis. Tajam memandang Fyira.

"Fyira Aviana! Serah diri sekarang!"

Gadis berambut hitam terhinjut bahu. Suara lelaki itu bagaikan petir memancar! Meremang terasa diseluruh badan. Jantungnya berdegup dengan maha hebat.

Tidak!

Dia tidak akan serah diri!

Pergelangan tangan direntap kasar. Fyira terdorong. Merapati lelaki berpakaian besi berwarna perak. Lambang diraja. Perasaan takut menyelinap masuk ke dalam dirinya. Dia meronta-ronta.

"Lepaskan!"

Fyira merayu penuh ketakutan. Cengakaman pergelangan tangan terasa erat. Air mata takut mahu tumpah tetapi dia tahan.

"Kamu ditahan! Ikut saya!"

Ujar lelaki tersebut seraya memegang kedua tangan Fyira. Gadis berambut pendek masih meronta-ronta. Akal dipaksa berkerja keras. Mana mungkin tenaga dia mampu lawan lelaki itu. Dia tiada kudrat.

Sayap Fyira mengundur. Dia cuma merentap tangan namun usahanya sia-sia. Bibir digigit lembut. Dia cuma menangkan diri. Lelaki itu terus menerus mengheret dia. Peluh dingin merembes keluar, tiada henti.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] On viuen les histories. Descobreix ara