26. JANJI

5.8K 463 39
                                    

Hutan Voorse kelihatan gelap memekat dikala malam menjelma. Hal ini, tumbuh-tumbuhan semuanya tumbuh meninggi, menghadang padangan langit dan sinaran cahaya bulan untuk memancar.  Dia duduk memeluk lutut. Mata hanya merenung unggun api di hadapannya. Kelihatan wajahnya tiada perasaan langsung. Kepala ditundukan ke bawah, jari halus mengutip ranting tersebut. Perlahan dia mematah-matahkan ranting, dan sesekali dia mengeluh.

Terdapat sekumpulan, dan beberapa pasangan turut duduk mengelilingi unggun api besar tersebut. Mungkin mereka mahu mengambil udara segar sebelum tidur, ataupun mahu menikmati suasana dingin segar di hutan Voorse?

Dia menjeling ke sisi iaitu jauh sedikit dari tempatnya. Violet dan Victoria sedang jalan beriringan menuju ke khemah mereka yang terletak bersebelahan sahaja. Kelihatan mereka berdua sedang rancak berbual dan nampak mesra!

Bibir digigit perlahan. Sejak dia dan Violet tidak lagi bersama Nyea, gadis itu mula berpaling tadah. Violet cuba berkawan dengan Victoria? What the hell! Dulu bukan main benci dan menyampah bila tengok muka perempuan itu! Tapi sekarang? Violet sudah berubah.

"Fyira, bila kau nak tidur? Dah lewat ni," Violet berlari anak mendekatinya. Tiba sahaja, dia bercekak pingang. Dia terkejut dengan kehadiran Violet.

"Sekejap lagi, Violet ...." ayat Fyira tergantung, dikala terdengar derapan tapak kasut menghampiri. Violet turut memandang.

"Hi, semua!" tegur Keith seraya tersenyum. Violet hanya membalas dengan senyuman kelat. Fyira sudah mengaru kepala.

"Okay, aku dah mengantuk. Aku tidur dulu, Fyira. Kau jangan tidur lambat!" pesan gadis itu sebelum memusingkan badan ke belakang. Kaki diorak laju meninggalkan mereka berdua.

"Tidur? Aku baru nak ajak berbual. Er, boleh aku duduk, Fyira?"

Fyira mengangguk perlahan. Rambut merah milik Keith berkilat tatkala terkena sinaran cahaya unggun api, dia duduk di sisi Fyira tetapi dengan kadar jarak yang jauh. Suasana menjadi sunyi ... Fyira hanya berdiam diri sambil menguis tanah dengan mengunakan ranting kayu.

"Aku nak tanya sesuatu boleh?"

"Tanya jelah ...." balasnya mendatar.

"Tentang, Nyea."

Mendengar nama Nyea hati Fyira bagai dijentik! Tangan berhenti dari mengais tanah. Dia terdiam seperti patung. Keith mengaru pipi melihat reaksi gadis di sebelahnya.

"Nyea?" ujarnya setelah sekian lama berdiam.

"Ya ...." Keith menoleh ke kiri dan kanan, mata merayap ke seluruh tempat bagi memastikan tiada pari-pari yang hampir dengan mereka. Fyira mengerutkan dahi tanda pelik. " Kau nampak apa yang berlaku tempoh hari?" soalnya perlahan. Wajah diseriuskan.

"Nampak apa?"

"Fyira ... terus terang dekat aku. Apa yang kau nampak dekat Colloseo."

Sekali lagi Fyira terdiam. Kemudian, nafas ditarik dalam. Gadis itu seperti cuba mengumpul kekuatan untuk bersuara. Kalau boleh dia sudah tidak mahu cerita pasal Nyea lagi.

"Sayap dia ...."

"Jadi kau nampak? Macam mana? Sekejap! Violet sekali?" soal Keith bertubi-tubi. Terkebil-kebil Fyira memandang muka terkejut Keith.

"Aku dan Violet pergi berlari ke tandas. Dia sakit perut dan tak tahan! Jadi ... ingatan kami tidak terpadam."

Keith tergamam mendengar kata-kata Fyira. Padanlah mereka tak terpadam memori! Keith mula tidak keruan. Perasaan risau menyelubungi dirinya. Hatinya tidak tenang memikirkan tentang hal ini. Mereka berdua sudah tahu, habislah! Fyira mengaru pipi melihat lelaki tersebut seperti lelaki mati isteri.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now