35. PUSARAN AIR

5K 464 11
                                    

  Dia duduk bersila di atas sebuah batu besar. Siku diletakan ke atas peha lalu menongkat dagu. Dari segi rupa dan kelakuannya, dia nampak muram sahaja. Aliran air sungai yang mengalir dipadang tanpa ada perasaan. Peluh menitis jatuh ke tepi dahi dek panas matahari petang itu.

Termenung jauh dia buat seketika, memikirkan keadaan, Nyea. Sudah tiga hari mereka melakukan pencarian namun gadis itu tidak dijumpai. Kyra pula sudah mendesak ditambah lagi dengan membebel, supaya Nyea dicari dengan cepat!

Garang persis singa. Dia sendiri tidak tahu macam mana Nyea boleh hidup dengan Kyra. Nafas dihela pendek. Pandangan kini beralih pada Harez dan Dell yang sedang ke hulu hilir di tepi sungai. Mereka pun kelihatan buntu.

Nama dipanggil memaksanya menoleh ke belakang. Calvin tercegat keseorangan. Ahli Elite sudah lama balik. Riak wajahnya seakan lesu, dan kepenatan. Kening terjungkit ke atas, menanti ayat yang bakal meniti di bibir Calvin.

"Kau tak mahu balik ke?"

"Hmm ... Kau baliklah dulu kalau dah penat sangat. Aku mungkin balik bersama mereka." balas Keith seraya tersenyum kelat. Bibir dimuncungkan ke arah Harez, Dellson dan Anne sedang berbincang akan sesuatu.

"Betul ke? Kalau macam tu. Besok kita sambung balik cari Nyea. Kami balik dulu." Usai berkata Calvin mengepakan sayap. Kaki ditujah naik ke atas dan dia terbang ke udara, lesap dari pandangan Keith.

Keith kembali memandang ke hadapan. Keluhan berat terlepas dari bibirnya. Batu kecil diambil dari sisi lalu dicampak ke dalam air sungai. Macam manalah keadaan Nyea sekarang ni? Entah hidup atau mati?  Dia yakin seratus peratus bahawa Nyea akan balik juga. Cuma lambat atau cepat sahaja.

"Eh ... Apa pula aku asyik fikir pasal dia je? Aih, kenapa ni Keith! Kenapa?" ujarnya sendirian seraya menekup telingga dengan kedua belah tangan. Digeleng kepala bagi mengusir perasaan aneh.

"Ah, kejap! Nyea itu tangunggjawab aku. So why not? Tak apa aku asyik fikir pasal dia." omelnya lagi. Belakang kepala diusap perlahan. Rambut merah kelihatan serabai sedikit dek perbuatannya itu.

Dia tersentak apabila seekor burung helang putih terbang dari arah depan. Ia laju menuju ke arahnya. Terbuntang anak mata merah, lantas dia menundukan kepala. Deruan angin dapat dirasai tatkala burung tersebut lalu dikepalanya.

Nafas lega dilepaskan. Jika terkena tadi, mahunya tak berlubang kepala nanti! Segulung kertas terletak elok di atas ribaannya telah menarik perhatian. Keith mengerutkan dahi. Lantas dia mengambil gulungan kertas tersebut tanpa teragak-agak dan rasa sangsi.

Sebaik sahaja meneliti patah perkataan dalam surat tersebut, dia terus kembali gulung. Keith berdiri tegak lalu lompat menuruni batu yang menjadi duduknya. Langkah diaturkan, menuju kearah Anne dan Dellson. Kelibat Harez tidak ada di situ.

"Surat!"

Dellson dan Anne mematikan perbualan. Anne berpaling ke sisi dan Dellson menyambut surat huluran Keith.

"Mana kamu dapat?" Anne menyoal ingin tahu.

"Burung helang putih. Ianya utusan dari sana."

Dellson memperbetulkan sedikit kaca mata yang kian melurut ke bawah. Mukanya serius meneliti isi kandungan surat tersebut.

"Anne, nampaknya mereka mahu Nyea dibawa ke sana dengan segera." beritahu Dellson kepada Anne. Wanita itu hanya menggaru kepala. Pening dia. Nyea pun masih belum jumpa lagi!

"Tak ada pilihan lain. Kita mesti cari juga sampai dapat. Tidak kira macam mana sekali pun."

CAHAYA matahari mula tergelam ditelan kegelapan malam. Kelip-kelip terbang naik ke udara, menerangi susana kelam. Kaki menampak ke kawasan air terjun hutan Voorse. Seketika kawasan itu diperhatikan.

"Kita belum ke sini bukan?" Harez bersuara tanpa memandang mereka dibelakang. Kayu magis bercahaya menjadi lampu untuk mereka.

"Belum."

"Whoa ... Cantik betul air terjun ni!" Anne berkata dengan sungguh teruja walaupun acap kali telah pernah menjejakan kaki di situ. Dia tidak pernah berhenti dari mengagumi.

Kadang kala air terjun ini bertukar warna pada waktu malam menjelma. Ia akan menjadi pelbagai warna yang mampu memukau mata si pemandang. Air yang jatuh menuruni, terpercik ke tebing sungai. Bunyinya seakan hujan lebat menuruni hutan Voorse. Udara di situ sungguh nyaman.

Anak mata merah melilau ke seluruh tempat. Dari air terjun berwarna turun ke sungai, dari sungai pergi ke celah-celah batu dan seterusnya beralih pada pokok-pokok di situ. Boleh dikatakan semua benda dia pandang.

Keith kembali melihat sungai tatkala ada sesuatu menarik perhatiannya. Pandangan terhenti tidak jauh dari air terjun. Mata dikecilkan sedikit. Aliran air bergerak seiring dengan anak matanya dan satu pusaran air aneh terbentuk.

Mula-mula dia tidak mengedahkan tetapi dia perasaan ada benda tidak kena dengan pusaran air tersebut. Ia bercahaya! Dahi Keith berkerut seribu. Dellson tiba-tiba bertindak terlebih dahulu. Lelaki berambut kerinting berlari mendekati tebing yang berhampiran.

Keith berpusing ke belakang, Harez dan Anne masih tidak perasan dengan kewujudan pusaran air tersebut. Segera, nama mereka dipanggil oleh Keith.

"Pusaran air dekat sana pelik!"

"Pusaran air?" Anne menyoal pelik.

"Mari kita periksa. Mana tahu keluar benda bahaya,"

Mereka bertiga berlari meninggalkan tempat itu. Tempat pusaran air menjadi tujuan. Dellson sudah tercegat memerhati tanpa berkelip mata. Kehadiran Keith, Harez dan Anne tidak diendahkan langsung.

"Ini bukan pusaran air biasa." Dellson bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Harez menarik baju Dellson agar berundur sedikit, kerana Dellson bagai telur dihujung tanduk.  Pusaran air tersebut semakin membesar. Dibuatnya terjatuh, satu lagi masalah!

"Cahaya apa ni!"

Anne terjerit kecil seraya menghadang lengan ke muka. Cahaya terang benderang terpancar dari pusaran air tersebut, menyinari kegelapan malam di hutan tersebut. Silau. Mata mereka langsung tidak boleh dibuka!

Setelah cahaya beransur hilang, barulah mereka dapat mencelikan mata. Pusaran air tadi semakin menghilang dan air kembali tenang.

Keith tiba-tiba lantang bersuara menyebut nama Nyea, membuatkan mereka terkejut. Susuk tubuh seorang gadis terapung mengikut aliran air. Keadaannya tertirap dan dia bergerak perlahan dibawa air.

"Nyea! Nyea! Nyea!" ujar Anne melompat seraya memukul-mukul  bahu Harez. Sempat Harez memberi pandangan tajam sebelum melompat terjun.

Lelaki berambut merah, sudah tidak tentu arah. Dia menanti dengan penuh debaran. Jika diikutkan, memang dia mahu terjun juga ke sana. Tetapi niatnya yang satu ini dihalang oleh Anne. Dia terpaksa akur. Rambut disisirkan ke belakang seraya menarik nafas dalam lantas dia berkalih ke sisi apabila Harez mula memunculkan diri.

Perlahan Harez naik ke darat sambil mengedong Nyea yang terkulai lemah. Wajah Nyea kelihatan pucat lesi. Bibirnya membiru. Jika digores pisau pasti darah tidak akan keluar! Gadis itu kelihatan tidak bermaya. Lembik seperti sotong.



Thanks semua yang jawab soalan saya di chapter lepas😍 maaf yang mana saya  tak sempat balas tu😣.

Okay, saya dah publish Fallen Kingdom haritu. Sambungan white guardian. So, yang belum jengah lagi, pergi la tengok😂.  Tak nak takpa, tiada paksaan pun, hehehe.😚 saya update bergilir jika sempat. Tapi saya lebih tumpu dekat cite Nyea ni dulu. hahaha


Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now