72. PERANG: MAYAT HIDUP!

4.5K 398 64
                                    

Nyea terus terjun ke bawah tanpa menunggu Keith. Tak menyempat pun dia menarik nafas, terus dia berlari anak menuju ke arah Raja Willys. Tentera manusia menjadi penghalang habis dipukul dengan tongkat magisnya.

"Keith! Tolong lepaskan Raja Willys."

"Tak perlu cakap pun aku buatlah!" Keith mengibas sayapnya naik ke atas. Tiang itu agak tinggi sedikit. Raja Willys tertunduk seperti tidak sedarkan diri.

Keith terbang mengelilingi Raja Willys sambil memerhati rantai besi yang melilit ketat.  Dia menarik tangannya kembali setelah menyentuh.

"Bukan rantai biasa ...." hujung tongkat magis menyentuh rantai besi. Tetapi langsung tidak berkesan.  Kali kedua dia mencuba juga tidak berkesan dan kali terakhir dia menghentak tongkat magisnya dengan kuat!

Akhirnya rantai besi terlerai. Keith menghembus nafas lega. Lengan Raja Willys di bawa ke atas bahu. Keith bawa Raja Willys terbang ke bawah. Nyea sudah menunggu.

"Camelia pergi mana? Aku tak perasan pula dia tak ada dengan kita."  soal Nyea.

DIA jatuh berkali-kali. Tubuhnya sakit menghentam tanah dan batuan kecil. Luka-luka kecil penuh di seluruh badan. Namun begitu, dia tetap bangun juga. Mencapai pedang walaupun dia lemah. Berdiri tegak walaupun rasa dirinya sudah tidak mampu! Dia cuba gagahkan diri!

Terketar-ketar dia berdiri. Hembusan nafas berat kekuar dari ruang pernafasannya. Peluh tidak berhenti-henti berjuraian jatuh. Wajahnya teruk! Bibir pecah, dua lubang hidung mengeluarkan darah. Pipinya lebam sana sini! Sebelah mata terpejam rapat dan terdapat segaris luka di pipi kiri. Keith berlari dengan pedang diheret pada tanah.

"Abang ...." Camelia jatuh terduduk. Air mata jatuh berjuraian. Tidak sampai hati dia melihat keadaan Calvin. Begitu teruk! Tidak bermaya! Tetapi abangnya itu tetap bangun setiap kali jatuh.  Lebih teruk lagi peluang kemenangan begitu nipis buat Calvin. Dia hanya tengok dari jauh.

Lessie  duduk melutut di sebelah Camelia. Bahu gadis itu dipaut lalu memeluk bagi menenagkan. Dia juga turut menangis kerana faham apa yang Camelia rasakan. Lagi-lagi kerana dia mempunyai kembar! Ketika Lilith dalam bahaya dia juga dapat rasa tetapi dia tidak mampu menolong dan dia yakin kembarnya itu sekarang sedang selamat.

"Lessie ... Camelia ...." suara Kyle memanggil perlahan. Hanya Lessie mengangkat wajah yang basah. Lelaki berambut biru tersenyum tawar. Luth seperti biasa, kekal dengan wajah tanpa riak.

Dari jauh kelihatan Raja Virl menumbuk perut Calvin. Darah merah tersembur-sembur dari mulut lelaki berambut kuning itu. Sekali lagi Calvin jatuh tertiarap.

Tiba-tiba Camelia menolak Lessie dengan kasar. Dia berdiri seraya tersedu-sedu. Lessie terkejut dengan perlakuan Camelia, lantas dia memegang tangan. Gadis itu menepis! Dan terus berlari ke arah Calvin.

"Jangan pergi ke sana! Camelia! " panggil Kyle sia-sia. Gadis itu langsung tidak ambil peduli.

Sesampai sahaja Camelia terus memukul permukaan dinding lutsinar dengan tangannya sendiri. "Jangan bunuh Calvin! Raja tak guna! Abang!" Camelia meraung. Tangan tidak henti-henti memukul! Air mata mengalir semakin deras.

Raja Virl sudah bersedia mahu menikam Calvin terus terbantut. Kepala dipaling ke sisi. Tersenggih dia melihat gadis tersebut. Kemudian dia kembali memandang Calvin.

" Hahaha! Tuan Puteri sedang berdukacita." penuh sinis. Kaki menendang kepala. Calvin memejam mata. Air mata lelaki tumpah dengan perlahan tanpa dia sedar apabila mendengar tangisan adiknya.

Dia rasa serba salah sangat-sangat! Sebabnya, dia tidak kuat di mata adiknya. Jika dia tidak kuat macam mana dia mahu lindungi Camelia? Yang kedua, kerana dia Camelia menangis. Dia sangat sayangkan Camelia dan yang ketiga iaitu perkara yang paling penting sekali! Sebuah janji. Janji yang dia telah buat bersama bondanya!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now