40. PILIHAN FYIRA.

4.9K 439 25
                                    

Pintu ditutup rapat sebaik sahaja melangkah masuk. Dari situ suara-suara kedengaran memekik dari ruang tamu. Dia mengeluh perlahan. Fyira kembali meneruskan langkah sehinggalah dia berhenti dan menyorok disebalik dinding. Dia menjengah sedikit.

Matanya dapat melihat pergaduhan di antara ibu bapa mereka. Itulah rutin harian hidupnya. Setiap hari pasti ibu bapanya akan bergaduh. Tidak tahulah apa masalah mereka. Kadangkala dia sendiri sudah terbiasa melihat mereka begini. Mereka gaduh sekejap lepas itu berbaik semula.

"Fyira mana! Tadi pihak akademi datang ke tempat kerja saya cari dia!"

"Sayang, apa ni jangan marah dia!"

"Saya tak sangka dia buat benda macam itu!"

"Awak ni, saya pun baru sampai rumah! Tak sampai lima minit nak rehat awak dah balik lepas itu mengamuk! Eh, tahu tak saya penat!"

Air liur diteguk berkali-kali. Fyira mula berubah cuak. Peluh dingin kelihatan mengalir di tepi dahi. Pihak akademi datang jumpa ibu dia? Seriuslah? Sungguh cepat berita ini sampai ke tangan ibu bapanya!

Fyira mengemam bibir. Tangan digenggam membentuk sebiji penumbuk. Habislah dia kali ini! Pasti kena dengan teruk! Dia rasa macam nak lari dari rumah saja!

Sebenarnya itu bukanlah ibu kandungnya, dia hanya anak tiri! Ibunya telah pergi selepas dia dilahirkan. Fyira anak tunggal. Jadi ayahnya telah membuat keputusan untuk berkhawin lagi demi membesarkan, Fyira.

Memang dia dibesarkan dengan baik. Segala-galanya cukup dan lengkap cuma ada yang kurang kerana ibunya sungguh tegas sehinggakan Fyira kadang-kadang jadi takut. Takut untuk mendekati wanita itu. Alangkah dia dibelai sekalipun dia sudah kecut perut! Ibunya ini kalau boleh semua benda nak kena ikut telunjuk jarinya. Silap hari bulan kena khawin paksa pun boleh ni. Tertekan Fyira!

"Ibu, Fyira dah balik ...." ujarnya seraya menampakkan diri disebalik dinding. Dia cuba gahkan diri. Kepala menunduk ke bawah. Dia menyulam jari.

"Ha! Baru balik? Lewat petang baru balik? Kamu dari mana ni? Lari dari akademi? Kenapa kami buat macam ni! Ibu tak ajar! Pihak akademi dan tentera datang jumpa ibu. Mereka beritahu kamu ada kena mengena dengan pari-pari hitam! Apa ni Fyira!" suara meninggi.

Soalan tersebut bagaikan hujan batu menimpa kepalanya. Sungguh membebankan! Terasa dia diketuk berkali-kali. Buat seketika dia kehilangan kata-kata. Tiada sebarang patah yang mampu membela diri.

"Sudahlah ... Dia baru balik!"

"Jawap, Fyira! Jawap!" Ibunya meradang apabila gadis itu tidak memberi sebarang tindakan. Dia hanya diam membisu. Fyira terdorong ke hadapan apabila dia ditarik kasar. Dia mengangkat muka dan pada masa yang sama ibunya menghayun penampar! Mata Fyira terpejam rapat.

"Berhenti!" kedengaran suara ayahnya menempik kuat. Fyira membuka mata. Tangan ibunya dipegang oleh ayahnya.

"Apa ni!"

"Awak cuba nak tampar Fyira dihadapan mata saya! Fyira, pergi naik atas!" tangan wanita itu direntap jatuh ke bawah. Suasana kini semakin tegang. Fyira mengundur sedikit demi sedikit sebelum berlari menuju ke biliknya.

Riben akademi dileraikan sebaik sahaja pintu bilik dikunci rapat. Air mata menitis diseka perlahan. Tersedu-sedu dia menarik nafas. Dia memanjat katil, bantal peluk dicapai lalu dipeluk erat. Esakannya bergema di seganap ruang.

Hampir-hampir saja dia mahu terkena penampar padu! Mujur dapat di hentikan! Bukannya sekali dia kena macam ni malah berkali-kali! Belum lagi campur ketika dia kecil kena pukul. Itu semua dilakukan tanpa pengetahuan ayahnya! Mahu mengadu? ayahnya terlalu sibuk berkerja, jadi dia memilih untuk diam.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now