69. PERANG: MANTERA BATAL MAGIS

4.6K 420 13
                                    

Satu anak panah terbang menyelusuri suasana dingin hari. Halus sahaja ia membelahi udara. Tanpa bunyi dan tanpa sesiapa yang tahu. Ia melepasi padang.

Kcak!

Terpacak ia di tengah-tengah ruangan yang sedang sibuk. Batang anak panah berasap. Hangit bagi yang mendekati. Kaki bersarungkan kasut kulit hitam berkilat, berhenti satu inci. Terpacak di situ.

"Bau apa ni?"

Sepasang kaki itu terpusing-pusing, mencari punca bau tersebut. Anak panak yang berhampiran dikakinya mengeluarkan kelipan api kecil. Bau hangit semakin kuat!

"Camelia!"

Bam!

Tubuh si gadis terdorong ke hadapan. Calvin sempat mengengam erat lengan adiknya lalu menarik ke dalam pelukan. Letupan kecil tetapi kuat membuatkan pari-pari yang lain berada di situ turut terpelanting.

"Camelia, tak apa-apa kan?" gadis itu hanya mengangguk. Lilith datang berlari. Sampai sahaja dia tercungap-cungap penat. Dia mendekati dua adik beradik tersebut.

"Aku terdengar bunyi letupan. Kenapa ni? "

"Ada anak panah dan meletup. Mujur tak ada yang cedera."

Satu lagi letupan bergema. Ia kedengaran hampir sahaja dekat situ. Selang beberapa minit letupan berlaku lagi.

Lagi!




Dan.




Lagi!






"Mereka serang kita? Baiklah! Siap sedia semua!" laung, Calvin. Mereka semua bergegas keluar dari situ dan berkumpul di luar kawasan perlindungan itu.

Calvin terus mencari kudanya. Setelah itu dia ke tapak kubu Keith juga sampai dengan serentak. Luth, Kyle dan Lessie juga berada di situ.

"Keith, kita teruskan plan kita. Yang lain sila ke posisi masing-masing!" Keith membalas berserta anggukan. Kyle terlebih dahulu berlari mencadi kudanya terus elaki berambut merah berlari mendapatkan seekor kuda. Dia melompat ke atas badan kuda berwarna coklat gelap. Kuda tersebut memekik kuat sebelum memacut laju.

Tentera berkuda memecut laju dikala pagar perlindungan dibuka. Hentakan kaki kuda membuatkan tanah bergegar dengan kuat! Keith menoleh ke belakang. Pandangannya tertarah di atas. Lessie dan Lilith berada dalam posisi yang dirancang. Ya, mereka akan serang dari atas.

Manakala selepas tentera berkuda ini bergerak, satu lagi pasukan dibawah Luth dan Camelia akan dilepaskan juga. Tetapi tentera yang ini kesemuanya terdiri daripada separuh pari-pari hitam dan putih. Pari-pari hitam membawa senjata lembing diamod berwarna hijau. Pari-pari putih pula membawa anak panah.

Tangan kiri melunjur ke depan. Tongkat magis berada dalam tangan bertukar menjadi perisai. Sebelah tangan lagi menari pedang di pingang. Kumpulan Keith bergerak ke kanan begitu juga Calvin bergerak ke belah kiri. Manakala Kyle kekal di tengah-tengah.

Zup!

Anak panah terpacak merata di atas tanah. Keith mendecit bila melihat. Tidak lama kemudiam anak panah tersebut meletup besar-besaran!

"Keith!" ujar Calvin seraya menoleh ke sisi. Dari jauh asap berkepul-kepul naik ke udara. Pisau kecil sepanjang tapak tangannya digengam dengan kedua belah tangan. Badan dibongkok sedikit lalu melemparkan pisau tersebut ke depan. Balingan tersebut laju bagaikan cahaya dan tepat-tepat mengenai dua dada tentera manusia. Pisau itu menembusi baju besi yang dipakai. Mereka jatuh ke belakang.

Zup!

Mata anak panah laju meluru. Tepat pada mukanya. Calvin terbuntang! Dengan pantas dia mengelak ke sisi. Anak panah tersebut tersasar dan mengenai tentera dibelakangnya.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now