10.KEITH ADA DI MANA-MANA?

6.9K 547 8
                                    

Mulutnya melompong jatuh ke bawah dan kedua belah tangannya memegang kepala. Matanya membulat melihat lelaki berambut hitam sedang enak menikmati kek coklat tadi. Hidung dan mata mula berair. Alamak!

"Hmm...," Hingus yang mahu meleleh disedut kembali. Mata digosok perlahan.

"Nyea? kenapa menagis?" suara dingin menyapa deria pendengarannya. Nyea mendongakan kepala.

"Eh? Mr.Harez... y-yang makan kek coklat saya? " terus dia menarik muka masam.

"Hmm...awak lambat. Saya fikir tak ada orang yang mahu. Kan ada banyak lagi coklat? kamu pilihlah yang lain," ujarnya selamba. Tiada sekelumit pun perasaan serba salah wujud di hatinya.

"Tapi semua itu tidak sama!" Nyea menghentak sebelah kaki. Air mata dikesat kasar.

"Sudahlah... awak carilah yang lain. Sama je semuanya," Tanpa membuang masa Harez melangkah pergi meninggalkan Nyea keseorangan.

Huh? tinggalkan macam itu je? Tanpa kata maaf ? Nyea mengehela nafas. Dia mencari kelibat Fyira dan Violet tetapi mereka sudah tiada disitu. Aduh! mana pula budak dua ekor ni! Hampeh punya kawan! Sudahlah benda yang dia nak tak dapat! Sakit betul hati dia.

Hidung kembali berair. Nyea masih terkenangkan kek coklat tadi. Sedih tahu tak! Ikutkan hati nak korek je perut Mr. Harez tadi. Tapi dia tidak berani. Wahahaha!

"Tada! Aku ada, kalau nak ambillah. Aku tak kisah,"Sepotong kek terhidang di hadapan mata. Kek itu sebijik macam tadi! Adakah kek tiruan?

"Sebab benda ni je kau nak menagis?" Sambung Keith lagi sambil tergelak kecil. Dia mengerakan pinggan ke kiri dan ke kanan. Anak mata Nyea bergerak seiring dengan pergerakan yang dilakukan oleh, Keith.

"Keith...m-macam mana kau dapat?"

"Eh, adalah! Kalau kau nak jangan banyak bunyi." Keith tersengih sumbing.

"Hmm...."

"Kau ni, benda macam ni pun nak menangis? lawak betullah. Dah... takpayah nak jadi budak kecil sangatlah." lengan baju Nyea ditarik supaya bergerak sedikit. Perlahan Keith mengelap tubir mata yang berair.

Nyea terkedu dengan tindakan lelaki itu. Matanya tepat memandang anak mata berwarna merah. Jantungnya berdetak laju. Apakah? Kenapa dia jadi macam ni! Terus dia mengalihkan pandangan ke tempat lain.

"Laplah hinggus kau tu. Geli aku tengok. Selekeh betul kau ni!" kutuk Keith laju tanpa berselindung.

Cepat-cepat Nyea tersedar apabila mendengar ayat, Keith. "Hmph! aku tahulah," dengan selamba dia menarik lengan kanan Keith lalu mengesat hingus yang meleleh.

"Eh, apa benda kau buat ni! " ujarnya sambil menayangkan muka jijik. 'Banyak lemak dia nak kesat hingus! Pengotor betul. Ah, habislah baju aku! Ei minah ni aku hempuk juga dengan pinggan.' getusnya dalam hati.

Malangnya Nyea sudah mengambil pinggan kek coklat terlebih dahulu. Aik? bila masa dia ambil! Nyea tersenyum lebar.

"Wahahaha! padan muka," gelaknya besar. Laju saja dia mencapai sudu lalu menyuap kek masuk ke dalam mulutnya.

Nyea tiba-tiba terdiam. Matanya terbuntang tatkala kek coklat itu melalui anak tekak. Wah, rasa sensasi yang luar biasa seolah-olah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata!

Keith yang memandang terasa risau. "Kau kenapa? Okay tak?" soalnya pelik. Nyea tidak membalas namun tangannya tetap berjalan laju, makan tanpa henti.

"Ada racun ke? Bak sini aku rasa,"

Pantas Nyea menepis tangan Keith yang mahu mengambil pingan kek darinya. Nyea mengembungkan pipi, kepala digeleng laju sebagai tanda tidak boleh! Keith membalas dengan pandangan tidak berpuas hati. Ini yang dikatakan kacang lupakan kulit! Tengok? tak kenang budi betul.

" Kau dah bagi aku... Tapi kau mahu balik? Siku kau hitam nanti aku tak tahu," Balas Nyea selamba.

"Hey, mana ada. Ah! suka hati kaulah. Jom ikut aku! " Keith menghela nafas panjang. Nanti kalau tak mengalah, lagi teruk dibuatnya. Lengan baju Nyea ditarik kasar namun gadis itu melawan, dan berlakulah adegan tarik-menarik di situ sehinggalah Keith memberi jelingan tajam barulah Nyea akur. Takut!

Mereka berjalan di setiap deretan gerai makanan. Setiap kedai yang mereka lalu pasti Nyea mahu singgah. Tidak pernah tinggal satu pun! Kalau boleh semua kedai dia nak cuba. Sesekali Nyea dan Keith berbalas tumbukan di hadapan orang ramai. Puncanya Keith tidak mahu ikut kehendak, Nyea.

Kalau ikutkan hati Keith, mahu saja dia tinggalkan gadis itu. Tetapi Nyea merupakan tanggungjawab dia, kalau dibiarkan habislah dia. Silap-silap kena pancung kepala! Ah, memang padanlah Violet dan Fyira tinggalkan dia. Mungkin tidak larat nak melayan!

"Aku penat. Carilah tempat duduk," arah Nyea seraya mematikan langkah. Keith juga turut berhenti.

"Kau penat? Sepatutnya aku yang penat tahu? melayankan kau ni, boleh sakit jiwa! " dahi Nyea dijentik kuat sehingga gadis itu mendesis sakit.

"Sakit gila!" balasnya tidak puas hati. Tangannya laju mahu menumbuk muka Keith namun lelaki itu menangkap kemas.

"Ha, marah! marah! " kata Keith seraya menurunkan tangan Nyea. Gadis itu merengus geram. Tangan ditarik tetapi Keith mengenggam erat, tidak mahu melepaskan.

" Keith... lepaslah... aku penat ni."

"Ish... Jomlah, kita duduk dekat sana sekejap," Terus Nyea mengangguk laju. Keith sempat tersenyum sebelum mengorak langkah untuk mencari tempat duduk.

"Kalau aku pergi mana-mana, kenapa kau mesti ada?" Soal Nyea sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi kayu yang telah sedia ada di situ.

"Takdir kita untuk bersama... Auch!" Perutnya disiku kuat. Lantas Keith menekan perut yang terasa senak. Padu gila!

"Jangan main-mainlah."

Bunyi tiupan wisel bergema kuat di bandar pari-pari putih. Suasana yang riuh tadi bertukar menjadi sunyi. Pari-pari yang berjalan berkeliaran di gerai makanan turut berhenti dari melakukan aktiviti. Masing-masing memandang ke dada langit.

Kelihatan sekumpulan tentera pari-pari putih mengibas-gibas sayap di ruangan udara. Baju besi berwarna perak berkilauan dek pancaran cahaya matahari. Mereka merendahkan diri. Salah satu daripada mereka menarik scroll yang tersisip di pinggangnya. Perahan-lahan dibuka.

"Perhatian kepada semua rakyat! Berdirinya saya disini, untuk menyampaikan satu pesanan khas buat semua! Bersempena ulang tahun hari kelahiran Putera Calvin yang ke-19, semua rakyat jelata dijemput hadir ke istana bagi memeriahkan lagu majlis pada hari besok. Sekian, terima kasih." usai berkata, sekumpulan tentera tersebut beredar dari situ. Pari-pari kembali menjalankan aktiviti yang tertangguh sebentar tadi.

Mendengar kata-kata tentera tadi, terus mata Nyea bercahaya kerana teruja! Iyalah, bukan senang nak menjejakan kaki ke istana. Alang-alang sudah dijemput... pergilah sekali. Tak baik menolak rezeki!

"Uit!" Keith mencucuk pingang Nyea dari sisi. Secara automatik Nyea duduk menegak kerana terkejut.

"Apa? " Nyea menyoal dengan nada tidak berpuas hati. Kacau betul.

"Jangan cakap kau nak pergi,"

"Kalau aku nak pergi?"

"Tak boleh...."

"Okay, aku pergi!" Nyea berkata dengan penuh semangat. Keith yang duduk disisi terus berganjak ke tepi kerana terkejut.

"No!"

"Hahahaha! Kalau kau tak mahu pergi, itu kau punya pasallah. Aku tetap akan pergi dengan Fyira dan Violet."

Keith mengetap gigi menahan rasa geram. Rambut merah disikat mengunakan jari ke belakang. Nafas ditarik dalam sebelum menghela keluar. Aih... sabar jelah. Kalau ikutkan hati Keith memang nak cekik saja Si Nyea ni.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now