61. LELAKI MISTERI

4.9K 442 62
                                    

Dia bangkit dari pembaringan. Resah tanpa sebab. Berpeluh-peluh. Dia menoleh ke sisi. Gadis berambut pendek masih lagi tidur tanpa sebarang gangguan. Nyea menghela nafas pendek. Rambut kuning ditolak ke belakang.

Api ....

Kenapa dia mimpi api? Semata hanya api sahaja yang dia nampak. Sampai satu tahap macam dia rasa dibakar! Panas itu seperti dia yang alami.

Pak!

Dia berganjak ke sisi, hampir tergolek jatuh. Punggungnya terasa perit ditendang oleh Fyira. Rasa nak retak punggungnya dia rasa!

"Ish, sakitlah tak guna!" ujarnya penuh geram. Betis Fyira dia cubit kuat. Gadis berambut pendek terus membuka mata dengan luas. Terkejut!

"Apa kau ni Nyea ...." Fyira merungut sambil menendang-nendang selimut pada kaki. Kepala digaru kasar. Konon menunjukan dia marah. Dia tak tahu Nyea lagi tengah naik angin sebenarnya ni.

"Kaki tak reti duduk diam! Aku kerat juga nanti baru tahu." 

"Er ... hmm ... maaflah ... tak sengaja. Kau kenapa bangun?" ujar Fyira. Dia berguling ke kanan, memberi ruang untuk Nyea berbaring.

"Entah ... aku bermimpi api."

"Ah,  mimpi je."

"Tapi aku rasa macam kena bakar."

"Sudahlah jom tidur balik." balas Fyira malas mahu melayan. Nyea ni ajak berbual pula pagi buta ni. Dia sudahlah mengantuk gila ni. Kacau betul! Nyea hanya menjeling dari sisi sambil mengeluh.

"Mimpi ya ... Hmm."

"TIDAK Nenek!" dia jatuh melurut ke bawah. Tulang kaki terasa lembik tidak bermaya. Hatinya dipukul-pukul dengan perasaan hiba. Hujan renyai turun menimpa dirinya. Saki baki api semakin mengecil dan mengecil. Rumahnya kini hanya tinggal tapak dan abu.

Air mata dikesat perlahan. Pandangan mata redup merenung tapak rumah. Kelibat yang dicari masih tidak jumpa. Tidakan Lessie meredah api sangat memeranjatkan dirinya!  Dan sekarang adiknya tak ada di situ.

"Lilith ... janganlah macam ni. Jom kita balik." pujuk Camelia disebelah. Bahunya dipegang lalu ditepuk perlahan.   Setelah memastikan manusia beredar dan keadaan selamat terus mereka keluar mencari Lessie. Hasilnya mereka tidak jumpa. Lilith mengeleng perlahan. Dia risau akan adik kembarnya dan neneknya!

Hujan semakin lebat menimpa dirinya. Tersedu-sedu dia di situ. Tak boleh bayangkan kalau dia kehilangan Lessie dan neneknya. Mereka sahaja yang dia ada selama ini. Camelia masih setia di sisi. Selagi Lilith tak berganjak selagi itu dia tidak bergerak.

Buat seketika, Lilith terbayang macam mana pasangan kembarnya bertindak melulu dengan meredah sang api! Dia semacam tidak percaya Lessie buat macam itu. Air mata semakin mengalir laju. Mengenang nasib yang menimpa dirinya.

Suara Kyle menjerit namanya dari jauh sambil beralari anak mendapatkannya. Dia tidak menoleh, masih meratapi kesedihan. Camelia beralih pandangan pada Kyle dengan dahi berkerut.

"Aku jumpa dia! Tapi nenek kau ...."  Kyle berhenti dan menunduk ke bawah. Lelaki itu meneguk air liur barkali-kali. Kelihatan serba salah mahu memberitahu sesuatu.

"Tapi apa Kyle? Beritahu aku?" ujarnya perlahan tetapi lebih kepada mendesak. Mata berair tepat memandang anak mata berwarna biru.

"Tak dapat diselamatkan."

HOODIE berwarna hitam menutupi bahagian kepala. Kedua tangan diseluk ke dalam poket sebaik sahaja kakinya mendarat pada tanah. Sedingin waktu pagi ini, tidak langsung mengetarkan tulang temulangnya. Jika pari-pari lain mungkin sudah mengigil kesejukan! Tapi dia kelihatan tenang saja tika ini.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now