43. KERANA MULUT

4.9K 428 28
                                    

"Nyea! Tunggu! "

BAAM!

Kepala bertemu kepala. Bagai dihentak tukul besi rasanya. Kepala Nyea berdenyut-denyut. Berpinar. Pandangan mata berpusing-pusing. Terasa ada bintang putar di atas kepala! Tidak semena-mena tubuh melayang jatuh. Nyea terus pengsan tidak sedarkan diri.

Tubuh kecil ditarik ke dalam dakapan. Gadis itu pengsan. Ah, terlalu kuat agaknya kepala mereka terhantuk. Dahinya sendiri sudah berdenyut-denyut. Bengkak pula tu!

Dia terlalu kelam kabut untuk ke sini tadi sehinggakan berlanggar dengan Nyea. Tak sengaja. Keith baru sahaja ke 'sungai kecil'.

Terdengar suara Kyra dan Anne bising-bising. Itulah dia terus berlari ke sini. Datang je Nyea berlari dari arah bertentangan! Berdesing kepala! Nasib tak pengsan!

Sekumpulan lelaki berpakaian besi perak melangkah keluar dari semak samun. Mereka kelihatan tercunggap-cunggap. Setiap tangan memegang senjata tajam berupa grafu. Bilangan mereka dalam dua puluh.

Harez menarik tangan Kyra ke belakang. Isyarat supaya berlindung di belakangnya. Wanita itu hanya menurut memandangkan keadaan dalam bahaya. Dalam seumur hidupnya memang tidak pernah berlawan.

Lelaki berkepala botak menoleh ke kiri dan kanan. Matanya meliar mencari sesuatu. Kesempatan itu Harez, Anne dan Dellson mengeluarkan tongkat magis.

"Tangkap budak perempuan itu!" pekiknya tiba-tiba dikala pandangan jatuh ke arah lelaki berambut merah.

Keith tersentak. Lelaki tanpa rambut menunding grafu tentera tepat pada Keith. Serentak itu mereka meluru laju. Keith tercegat.

Lantas Harez berpusing. "Kyra, bawa mereka bertiga pergi dari sini. Jangan pernah patah balik ke sini!"

"Tapi ...."

"Pergi!"

Kyra menganguk sebelum berlari pergi. Tongkat magis bertukar menjadi sebilah pedang. Setiap pari-pari mempunyai senjata dari tongkat magisnya sendiri. Tetapi senjata  bergantung pada kesesuaian si pemilik. Pelajar akademi belum diajar lagi tentang magis ini.

Harez memusing sambil libas senjatanya. Tentera pari-pari yang menghampiri ditetak kuat. Darah terpercik serata tempat. Satu persatu mereka rebah ke tanah.

Anne melirik ke kiri dan kanan. Dua pari-pari putih datang mengepung. Lantas dia bertindak menujah kaki naik ke atas. Kedua kaki dibuka seluas mungkin, menerajang muka mereka.

Wanita itu menunduk ke bawah. Tubuhnya jatuh ke atas bahu tentera pari-pari.

"Wah, dah lama tak lawan macam ni!" senyuman melebar hingga ke telingga.

Lelaki tersebut mengerang sakit tatkala Anne mengepit kepala mengunakan peha. Dengan mengunakan sepenuh tenaga Anne menjatuhkan badan ke belakang. Lelaki itu terlibat ke belakang lalu tubuhnya menghentak kuat ke tanah!

Anne terduduk meningung. Tongkat magis menjelma dalam tangan sebelum berubah menjadi kuku logam keluli.  Dia bangun. Mata dibulatkan, Dellson tiba-tiba melibas rantai besi ke arahnya.

"Hoi! Gila ke apa?"

Lelaki rambut kerinting tidak membalas malah wajahnya serius. Rantai besi melintasi bahu Anne dengan laju. Dellson merentap ke sisi.

Seorang pari-pari terhumban, menghentam sebatang pokok. Anne beralih. Kelihatan pingang pari-pari tersebut dililit rantai besi. Terkulai pada pangkal pokok.

"Bahaya betullah kau ni. Hampir bunuh aku!" Bentak Anne geram. Dellson mendekati seraya merentap rantai besi.

"Nak marah aku. Nanti-nantilah ...." balas Dellson malas mahu melayan.

Harez menujah masuk mata pedang menembusi perut lelaki berkepala botak. Terpalit darah pada pedangnya. Lelaki itu sudah tumbang sekelip mata. Heh, tadi bukan main berlagak cakap nak hancurkan kepala. Akhirnya perutnya yang hancur dikerjakan Harez.

Kaki Harez mengundur ke belakang sehinggalah mendekati Anne dan Dellson. Mereka berdiri saling membelakangi. Mereka dikepung. Senjata pada tangan sudah bersiap sedia.

"Aku nak, hapuskan semua dan jangan biarkan satu pun terlepas!"

"Yelah, tahu." Anne membalas kata-kata Harez. Kuku besi diangkat seraya membuka ruang kaki.

Rantai besi milik Dellson digengam erat manakala Harez pula kelihatan tenang. Siap main pusing-pusing pedang lagi.

"Satu ...."

"Dua ...."

"Tiga ...."

Harez berlari sambil heret pedang. Dua eekor pari-pari menghalang menjadi sasaran. Lelaki itu mengelongsur di bawah kelengkang salah satu dari mereka. Pedang dilibas sehingga kaki terpisah.

Kemudian, dia melompat dan pedang dijulang naik ke atas menetak satu lagi pari-pari. Darah merah memancut-mancut keluar. Harez meliri ke arah Anne.

Kelihatan Anne sedang mencakar dan mengoyak tubuh musuh dengan kuku logamnya. Menimbun mayat dibuatnya. Kepala toleh ke sisi. Lantas, pedang dilempar dan terpacak menembusi dada musuh.

Bam!

Batang pokok menghempap banyak musuh. Rantai besi yang melilit batang pokok direntap oleh Dellson dan kembali ke tangan. Tinggal beberapa sahaja yang tinggal. Mereka perlu selesaikan secepat mungkin, sebelum mereka datang meyerang lagi.

Sementara itu, Keith mengedong tubuh Nyea. Gadis itu masih tidak sedarkan diri. Kuat sangat ke mereka berlanggaran tadi? Ke dia saja-saja pengsan? Atau dah sedar tapi buat-buat pengsan balik? Nyea nak tarik perhatian Keith?

Ah, lelaki itu mengeleng kepala. Bukan-bukan pula otak dia fikir. Nak buat apa Nyea nak perhatian dia. Nyea bukan sukakan dia pun. Kawan je. Tidak lebih dari itu.

Fyira di isi menoleh. Pipi digaru perlahan melihat dahi Keith berkerut.

"Pahal? Berat ke Nyea?"

Keith tersentak mendengar soalan Fyira. Lamunannya termati. Kening dijungkit membalas pertanyaan Fyira.

"Berat gila nak mampus! Dia makan apa agaknya. Aku rasa macam angkat batu!" Keith mengutuk tanpa berselindung. Mujur Kyra terbang mendahului dari mereka. Mungkin tak dengar. Fyira mengekek ketawa.

"Eh, betul ke dia berat?"

"Ish, betullah. Nampak ringan kan? Padahal berat. Aku tak tahulah apa yang aku bawak ni. Raksasa agaknya! Rasa nak campak jatuh ke bawah je ni kalau tak tahan."

Keith melebih tambah bahan perasa. Dikutuknya Nyea habis-habis. Saja buat hilang bosan. Budak tu pengsan tak ada teman nak buat gaduh.

"Keith, kalau dia bangun ni memang kau kena sepak terajang aku rasa." Fyira menyengih lebar. Lelaki rambut merah menyang muka toya.

Tiba-tiba Keith menyeringai sakit. Perut terasa bisa. Kulitnya seperti di putar-putar. Pada masa yang sama Nyea membuka mata. Tajam dia merung Keith.

"Kau kutuk aku!" penumbuk singgah ke dada lelaki itu. Keith terkejut.

"Adui, sakitlah!"

"Sedap mulut kau kutuk aku ye? Kau memang nak kena."

Nyea mencubit dada Keith. Bertubi-tubi dia buat. Lelaki berambut merah mengeliat sakit. Inilah, kerana mulut badan binasa! Fyira jadi pemerhati meledakan tawa.

"Berhenti! Nyea! Aku lepaskan kau jatuh ke bawah nanti." ugut Keith.

"Hala, macam aku tak ada sayap nak terabang!" Nyea berkata tanpa berfikir panjang.

"Oh, okay! Nak terbang ye?" Keith tersenyum sinis.

Tiba-tiba Nyea terfikir sesuatu. Sayap! Alamak! Tidak sempat Nyea mahu merangkul leher Keith, dia terlebih dahulu jatuh menjunam ke bawah! Terkapai-kapai Nyea tanpa sayap. Sempat dia menangkap senyuman sinis Keith.

Tetiba terpikir... Pari-pari ni seekor ke seorang?😂


















Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now