Bab 1

505K 14.9K 3K
                                    

    Bagasi yang dipenuhi dengan pakaian itu ditarik kasar oleh Avrin. Hari terakhirnya di Malaysia membuatkan dia berasa sedikit gementar untuk meninggalkan keluarganya yang tersayang. Avrin memerhati biliknya yang besar itu dengan penuh rasa sayang.

"Bye my lovely room. I'm promise i'll come back as soon as possible, okay ?," janji Avrin pada biliknya yang luas itu.

"Quin Avrin! What took you so long upstairs?!," Datin Quin Avin menjerit dari anak tangga paling bawah.

"Iya mummy Rin turun la ni", Avrin bertutur sambil menarik bagasinya dan menggalas beg berjenama Q. Av's yang mengisi barang keperluan Avrin itu menuruni anak tangga satu persatu. Bilik Avrin yang terletak di tingkat tiga membuatkan dia turun dengan lambat kerana begnya yang terlalu berat. Lif di rumahnya itu telah lama rosak dan akan dibaiki dalam masa yang terdekat.

"Buat apa kat atas tu lama-lama? Flight Rin pukul 12 tengahari tau tak? Kita dah lambat dah ni," tutur abang sulung Avrin, Qey Ari dengan tegas. Qey Ari melangkah dari sofa ruang tamu mendekati Avrin dan mengangkat bagasi dan beg galas milik Avrin kemudian melangkah keluar rumahnya untuk dimasukkan barang-barang milik Avrin ke dalam but kereta Audi RS5 miliknya.

"Chill lah Along. Rin nak makan sarapan dulu la. Rin dari semalam tak makan lagi tau tak," tutur Rin lembut pada abang sulungnya.

Abang sulungnya itu buat tidak endah dan terus memasukkan barang-barang milik Avrin ke dalam but keretanya.

"Yang Rin lambat sangat bersiap tadi kenapa? Dah tak sempat lah nak makan kat rumah. Rin beli breakfast kat airport jela ya?," pujuk abang keduanya, Qey Aron.

"Mana boleh macamtu angah! Rin nak makan nasi lemak mummy yang special tu!," Rin bertutur dalam intonasi merajuk.

"Habistu siapa suruh kau lambat. Sekarang masuk dalam kereta sebelum Along angkat kau masuk dalam," tegas Qey Ari yang datang dari luar rumah.

Qey Ari memang terkenal dengan ketegasannya tetapi masih terkenal dengan lelaki kacukan yang handsome dek kerana matanya yang berwarna hazel cair dan rambutnya yang berwarna coklat pekat. Suami kepada Lisa itu bekerja di syarikat minyak yang dimiliki sepenuhnya oleh Dato' Arfan dan akan mengambil alih tugas bapanya sebagai Chief Executive Officer di syarikat Petronas itu.

"Akak Lisa tengoklah suami akak ni! Dia paksa Rin pula suruh masuk kereta," adu Avrin pada kakak iparnya, Lisa binti Idris. Avrin melipat tangannya untuk menunjukkan protesnya.

"Ala, nanti akak temankan Rin breakfast kat airport okay?," pujuk Lisa dengan intonasi yang sengaja dibuat-buat beralun.

"Jangan nak manjakan sangat adik ipar awak tu. Nanti makin menjadi-jadi manja dia tu. Sudahlah manja sebab anak bongsu dalam keluarga, karang manja sebab kakak ipar manjakan pula. Tak sanggup saya nak jaga," tutur Qey Ari lembut pada isterinya. Lisa hanya tersenyum.

"Tak suruh pun Along jagalah!," marah Avrin sambil berjalan mendekati abang sulungnya.

"Habistu siapa nak jaga kau. Suami pun takda," tutur Qey Ari dengan intonasi mendatar dan gelak halus di hujung ayat.

"Muda lagi tak perlu kahwin pun!," marah Avrin.

"Sudah-sudahlah. Kamu berdua ni asyik bertekak je bila berjumpa. Along pun, adik kamu tu dah nak study jauh dah. Nanti kamu juga yang rindu," tutur Datin Quin Avin yang baru muncul dari dapur.

Wanita lingkungan umur 60 itu masih kekal cantik walaupun sudah berumur. Rambutnya yang berwarna perang itu tidak menampakkan dia sebagai wanita berumur langsung.

[Terbit] Jejaka Blue & Gadis Hazel [UNEDITED]Where stories live. Discover now