8|Nothing Between Us!

41.4K 4.4K 353
                                    

SEDANG aku leka menonton drama Melayu di laptop, tiba-tiba skrin laptop aku berubah gelap. Belakang laptop ditepuk-tepuk.

"La... Rosak ke? Tengah syok layan cerita ni! Mana boleh rosak! Baru lima bulan beli!" rungutku, tak puas hati.

Dah habis bateri? Tapi wayar pengecas masih bersambung dengan suis. Suiz dilihat. Terbuka je.

"Kejap! Takkan ada virus? Ya Allah, janganlah. Banyak benda dalam laptop ni!" omelku, cemas. Apa taknya, semua datuk nenek ada dalam laptop ni. Matilah aku kalau kena serang virus nanti.

Terdengar deheman seseorang. Dari laptop aku. Pantas, aku dapat mengagak siapa.

"426? Awak ni, lain kali bagilah signal dulu ke? Tak pun, beri salam. Eh, kejap. Awak Islam ke?"

Terdengar keluhan halus di hujung talian. Stres agaknya dengan aku ni. Aku tersengih saja.

"Aku nak beritahu duit 5 juta US dolar dah aku jumpa. Baru 10 minit lepas aku masukkan balik dalam akaun syarikat. Aku pun dah ketatkan sekuriti akaun tu so dont worry."

Teruja aku mendengarnya. Hampir-hampir aku terlompat dari sofa tempat duduk aku. Senyuman lebar bergayut di bibir.

Pantas tangan diraupkan ke muka. "Alhamdulillah, terima kasih. Saya tak sangka secepat ni awak buat kerja. Saya tak tahu macam mana nak balas budi awak. Yalah, 5 juta US dolar tu bukan sikit." ucapku, penuh terharu.

Alhamdulillah, mama... Papa! Allah dah bantu Fira! Bisikku di dalam hati.

"Hmm... Kau tak perlu nak terhutang budi sangat. Aku tolong kau sebab kau dah janji nak bayar aku." balas 426 tanpa nada.

"Yalah. Boleh saya tahu tak bayaran apa yang awak nak? Saya dengar awak selalu minta benda yang berharga dari duit. Saya tak ada benda berharga pun selain syarikat AmiZa yang ditinggalkan papa dan mama." Suaraku semakin lirih.

Aku semakin selesa dengan 426 hingga aku boleh ceritakan masalah aku kepadanya. Agaknya, dia setuju tak kalau aku nak jadi kawan dengan dia?

426 langsung tak membalas. Suasana senyap beberapa ketika sebelum aku menyambung kata,

"Memang ada orang nak sabotaj saya ke? Awak dah dapat tahu siapa dia?" soalku, memecah sunyi.

"Yes. Maklumat yang aku dapat, projek mega sebelum ni bertukar tangan sebab rasuah. Dari siapa, tu masih aku tak tahu lagi." jawab 426.

Siapalah yang berdendam dengan aku sampai nak sabotaj syarikat papa ni. Ya Nasir, permudahkanlah segalanya.

"426, PA saya ada beritahu saya pasal awak. Dia cakap, awak ni macam komputer. Wujud dan berguna tapi bukan untuk dianggap kawan. Saya sebenarnya tak setuju sangat dengan apa PA saya cakap tu," Di hujung ayat, suaraku semakin perlahan.

Aku langsung tak anggap 426 begitu. Walaupun kami hanya berhubung melalui laptop dan tak sampai beberapa jam, tapi aku selesa dengan dia. Sunyi aku hilang bila dengan manusia bersama kod pengesahannya 426 tu.

"Betullah apa yang PA kau cakap tu. Anggap je aku macam komputer." balas 426, membuatkan aku makin sedih mendengarnya.

"Tapi saya nak anggap awak macam kawan saya." beritahuku, terus-terang. Laptop dipandang tajam, bagaikan sedang merenung mata 426.
426 mengeluh. "Cik Shafira. Listen what I'm gonna say. Nothing between us. You the boss and I'm the employee. You dont have the right to be friend with me."

Aku terkelu mendengarnya. Mata terasa panas mendengarkan kata-kata itu. Aku diam tak berkutik. Tak tahu nak balas apa.

"Aku layan kau baik-baik sebab rasa kesian aku pada kau. Aku tahu semuanya pasal kau dan aku ni manusia juga. But please dont think futher than this. Betul cakap PA kau tu, anggap je aku ni macam komputer."

Hatiku rasa sakit. Mungkin ke sebab perasaan sunyi yang jadikan aku macam ni? Air mata yang ingin mengalir ditahan-tahan.

Aku pura-pura gelak. "Saya gurau je. Kenapa serius sangat. Okeylah, saya ada kerja ni. Bye!" Terus laptop ditutup. Aku takut tangisan aku akan pecah nanti.

Maya, kalaulah kau ada dekat sini. Mesti kau akan teman aku dam berusaha untuk ceriakan aku. Monologku sendiri.

Aku masuk ke dalam bilik lalu duduk memeluk lutut di hujung katil. Sepi, seorang. Tu yang aku rasa sekarang. Jauh bezanya dengan keadaan aku sebelum-sebelum ni yang normal dan cukup bahagia.

"Aku nak kawan. Salah ke?" Bisikku perlahan. Air mataku menitis di pipi apabila teringatkan kata-kata 426.

"You dont have the right..."

"Sebab aku kesian dengan kau..."

"... Nothing between us!"

Huwaaa!!! Apsal ko jahat sgt, 426? Aq akn buat kau menyesal utk the next chap. Siaplah kau!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now