20|Kawan Lama

37.2K 3.7K 619
                                    

APABILA melihat Min sudah mengangkat tinggi gelas jus oren tu, aku dah tak buat apa. Redha sajalah dengan apa yang bakal berlaku nanti.

Aku dapat mendengar suara Kak Nurin yang memanggil aku supaya mengelak. Tapi semuanya berlaku begitu pantas.

Tiba-tiba seseorang meletakkan sehelai jaket kulit di kepalaku sekaligus melindungi aku dari basah.

Lenganku ditarik ke belakang oleh lelaki bert-shirt merah hitam. Keningku bertaut rapat. Siapa dia ni?

Macam pernah nampak kat mana-manalah. Kak Nurin sudah berdiri di sisiku sambil memeluk erat lenganku.

"Maaf, cik. Boleh cik keluar? Cik dah menganggu pelanggan saya."

Dada Min turun naik menahan marah. Nampaknya dia seperti ingin melawan semula kata-kata lelaki itu.

"Atau cik nak selesaikannya di balai polis je? If you want it, its my pleasure to do that because you still my customer, right?" Nada lelaki itu kedengaran lembut dan sopan tapi terselit ugutan di situ.

Min terdiam panjang sebelum mendengus. Dia memandang Ed di hadapannya.

"Edry, we over!!" Jerit Min, lantang. Kemudian terus keluar dari situ. Ed pula segera berlalu. Malu seribu kali malu dengan perangai tak semegah mana bekas kekasihnya itu.

Lelaki itu mengeluh lega lalu mengusap perlahan belakang lehernya. Dia menoleh memandang aku kemudian mengambil semula jaket kulitnya di kepala aku.

Aku masih terkebil-kebil memandang lelaki itu. Aku pernah jumpa dia di mana-mana ke?

"Shafira, terima kasih sebab cuba meleraikan pergaduhan tadi but you know if I late just one second, mesti kau dah basah kuyup." Ujar lelaki itu.

Dia kelihatannya tak kekok langsung dengan aku membuatkan dahiku berkerut pelik.

Kejap, dia pun pernah kenal aku ke? Mungkin aku saja yang tak ingat rasanya.

Kak Nurin tersenyum memandang lelaki itu. Eh, Kak Nurin pun kenal dia ke? Siapa dia ni sebenarnya?

"Fira, nilah kawan yang akak nak kenalkan. Farhan Qaidhar, tuan punya kafe ni. Dia ialah anak kepada Datuk Haidil." Beritahu Kak Nurin.

Mataku teralih memandang lelaki di depan dengan mata membulat. Tuan punya kafe ni? Dia juga anak kepada Datuk Haidil? Patut macam pernah lihat. Datuk Haidil memiliki syarikat sendiri dan papa bersetuju untuk bekerjasama dengan Datuk Haidil. Kiranya Datuk Haildil juga memegang saham terbesar di AmiZa Holding.

Datuk Haildil adalah VVIP di syarikat aku tu. Dan tuan punya kafe ni ialah anak Datuk Haidil tu?

Patutlah aku macam pernah lihat wajah itu. Cuma dah lama. Dah lebih tiga tahun aku tak melihatnya. Dulu Farhan ni boleh tahan rapat dengan aku jugalah. Kami selalu berborak sama jika Datuk Haidil dan arwah papa berbincang tentang kerja.

Dia meminta maaf dari pihak pelanggannya dan berjanji akan melayan aku nanti.

Kami kembali duduk. Haries merenung aku tajam membuatkan aku malu sendiri. Haries ni hensem orangnya, mana tak buat aku cair.

Hai, iman di dada! Bila nak jadi kuat ni? Kena tenung dengan lelaki pun dah longlai. Tak patut!

"Tulah, acah nak jadi hero tadi. Saya baru nak tepuk tangan tadi tapi tak sangka hero kedua datang," perli Haries membuatkan aku menjelingnya tajam.

Amboi, mulut! Macam longkang!

"Sibuk je. Suka hatilah nak jadi hero pun. Bukan dia yang selamatkan aku tadi." Omelku perlahan.

"Ingat saya tak dengarlah tu,"

Kak Nurin menggeleng perlahan melihat kami.

" Hish, kita datang sini nak ceria-ceria. Lagi satu awak berdua nikan kawan sekerja nanti. Ofis pun sebelah-sebelah je. So, tak payah gaduh!" bebel Kak Nurin panjang.

Aku mengangguk. Ya, nak tak nak Haries ialah CEO syarikat AmiZa Holding. Jadi suka ke tak, dia ialah orang yang paling banyak berurusan dengan aku nanti.

Tiba-tiba Farhan duduk sekali di situ. Dia tersenyum nipis memandang aku.

"Shafira, long time no see. How are you? Sihat?" soalnya.

"Alhamdulillah, sihat. Saya tak sangka awak dah banyak berubahlah. Dulu badan besar, berjambang. Serupa Pak Arab tapi sekarang baru nampak Malaysia sikit." usikku lalu kami tergelak. Memang patut aku tak kenal dia sangat.

"Oh ya, kenalkan. Ini Haries Naim, CEO baru."

Mereka berdua bersalaman. Kami berborak-borak kosong. Banyak kali aku memujinya sebab kafe ni tapi dia cuma senyum je.

Sedang kami berbual-bual, telefon Farhan berbunyi. Bunyinya seperti alarm. Setelah melihat skrin telefon, dia meminta diri untuk berlalu.

Aku hanya memerhati. Kekasih agaknya. Aku mengalih pandang di depan. Aik, mana Haries?

"Baru dua minit tadi dia pergi tandas." beritahu Kak Nurin bagai mengerti kehairanan aku. Aku hanya angkat bahu dan menghirup kopi di depan. Ah, sedap!

Tiba-tiba telefon aku pula yang berbunyi. Nombor tak dikenali. Peti mesej dibuka.

Better kau balik syarikat cepat. Something happen dekat sana. Orang tak dapat telefon kau sebab talian kat sana terputus.

426.

Mataku terbuka luas. Aku terkejut membaca mesej itu. Apa maksud 426? Sesuatu yang buruk berlaku ke? Dadaku berdebar hebat.

Tanpa berlengah, aku menuju ke kereta. Panggilan daripada Kak Nurin tak dipedulikan. Kak Nurin boleh temankan Haries.

Kereta dipecut untuk segera ke syarikat. Setelah memarkir kereta, aku lihat kawasan itu lengang. Lif dinaiki hingga ke tingkat 35.

Ramai orang berkumpul di situ. Malah ada yang menangis-nangis takut. Terdengar suara garau menjerit lantang membuatkan jantungku semakin laju berdegup.

Fuh, sape pulak buat kecoh ni? Kat syarikat pula tu! Korg agak2 dye ni sape? Ala... Mesti korg mls nk serabutkn otak dgn pegi ke next chapkn? Tahu dah...

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now