Benci

24.9K 2.9K 34
                                    

AKU mengajak mama berbincang di tempat yang agak sunyi dari orang ramai. Akhirnya, kami duduk di pondok kayu di halaman hospital. Di situ disediakan air terjun untuk fasiliti pelawat-pelawat dan juga pesakit.

Mama memegang erat tanganku sambil tepat memandang wajahku tika aku katakan aku ada sesuatu ingin disampaikan. Wajah lembut yang teroles senyum manis itu benar-benar membuatkan aku jadi berat hati.

Tapi berat lagi hatiku untuk menipunya.

Jemari yang berada dalam genggaman mama dipandang. Agaknya, bila mama dah tahu perkara sebenar, tengok muka aku pun tak sanggup. Apatah lagi nak pegang tangan aku.

"Sayang, kenapa ni? Cakaplah. Kenapa diam?" Tanya mama, begitu prihatin.

Aku menarik nafas dalam-dalam lalu kuhembus kuat. Jauh di sudut hati, aku mencari kekuatan daripada Sang Pencipta. Doa berkali-kali bergema dalam kepalaku. Walaupun aku tahu, aku akan dibenci, tetapi aku masih menyimpan sinar harapan supaya mama maafkan aku.

"Mama sedih tak kalau Raiya tiada?" Soalku lalu tersenyum pahit. Mana mungkin aku mampu untuk mengukir senyum manis sekarang. Aku tak sekuat itu.

Wajah mama berubah muram. Kelihatan ada air mata yang bertakung di tubir matanya. Pastilah mama sedih. Tak perlu tanya pun sebenarnya.

"Mama mesti sedihkan kalau Raiya dan Maira dah tiada nanti?"

Bagaikan budak kecil, kepala mama terangguk-angguk perlahan.

"Jadi, mama boleh terima tak kenyataan kalau suatu hari nanti, Raiya tiada di sisi mama?" Dugaku lagi. Aku tahu soalan-soalan ini hanya akan menimbulkan rasa sedih di hati tua mama.

Terus mama peluk aku erat-erat bagai tak mahu lepas. Dia menggeleng-geleng laju tanda dia takkan terima. Biasanya, aku akan membalas pelukan hangat mama, tapi kali ini tidak. Aku tak layak!

Dadaku benar-benar terasa sesak. Mahu tarik nafas pun sukar.

"Tapi mama kena terima qadak dan qadarNya." Balasku, perlahan.

Tangisan mama pecah jua akhirnya. Retak hatiku mendengarkan itu. Mata dipejam rapat. Allah, berikan aku kekuatan!

"Raiya, jangan cakap macam tu! Mama terlalu sayangkan Raiya! Cukuplah Maira pergi! Mama tak sanggup terima kalau Raiya pula yang pergi dulu dari mama." Sayu luahan hati sang ibu. Tapi apa yang mampu aku buat?

Apa yang seorang hamba yang tiada kuasa lagi lemah ni mampu lakukan? Huraiyah dah lama meninggal dunia!

Aku pantas meleraikan pelukan. Aku tak layak dipeluk oleh mama.

"Datin, ada sesuatu saya nak sampaikan pada datin." Ujarku, tegas. Tapi jelas, bibirku bergetar menahan rasa. Mampu ke aku, Tuhan?

"Raiya, kenapa ni?"

"Datin, tolong jangan panggil saya Raiya dah." Hatiku bagaikan ditusuk sembilu yang amat tajam tatkala menuturkan ayat itu. Apatah lagi melihat wajah tua yang kecewa itu. Macam sedang melihat wajah sedih mama kandungku dulu.

Aku lihat Datin Bashirah tergamam.

"Datin, pertama sekali, saya mohon maaf. Saya nak berterus-terang dengan datin yang... yang..." Suaraku tersekat di kerongkong. Air mata yang ingin menitis ditahan. Aku kena kuat! Kuat dan kuat!

"Yang... saya bukan... Huraiyah, anak datin. Saya ialah... Shafira Addina. Huraiyah dah lama tak ada. Selama ni, saya menipu datin yang..."

Tiba-tiba Datin Bashirah bangun dari duduknya. "Huraiyah, kamu cakap apa ni? Jangan merepek boleh tak? Kamu sengaja nak kenakan mama ya?" Soal Datin Bashirah lalu ketawa pahit. Dia merenung dalam mataku.

Tapi sungguh, aku bukannya menipu!

"Datin, saya tak merepek. Saya serius! Saya ialah Shafira Addina! Ingat tak, doktor cakap datin ada masalah untuk cam wajah orang. Jadi saya..."

Pangg!!

Kepalaku terteleng ke kiri. Ah, aku tahu ini semua akan terjadi. Inilah layanan yang sepatutnya aku dapat. Bukan kasih dan sayang dari Datin Bashirah.

"Kau jangan nak main-main! Apa kau cakap ni, Raiya? Mama tak suka kau menipu macam ni!" Jerkah Datin Bashirah.

Aku memandang wanita tua itu dengan mata yang berkaca-kaca. "Saya tak main-main. Memang saya bukan Huraiyah! Saya Shafira! Shafira Addina! Datin tak boleh menipu diri sendiri!"

"KAU DIAM!!" Tengking Datin Bashirah lantang. Aku terkejut. Air mataku mengalir laju. Aku tahu... pengakhirannya akan selalu begini.

"Saya minta maaf, datin. Saya tahu saya salah. Saya bukan anak datin, Huraiyah! Saya Shafira! Huraiyah dah lama pergi!" Jelasku lalu menangis teresak-esak. Aku tak sanggup nak memandang wajah tua itu.

Aku lihat Datin Bashirah menekup kedua-dua telinganya. "Aku tak nak dengar! Kau diam, Raiya! Kau tipu aku! Raiya tak mati! Raiya tak mati!!" Racau Datin Bashirah dengan air mata laju membasahi pipinya.

"Tak, datin! Saya Shafira Addina! Bukan Huraiyah!" Tegas aku. Aku turut berdiri menentang pandangan Datin Bashirah. Bagaikan ada semangat yang menyelinap masuk dalam hatiku.

"Jangan cakap apa-apa lagi! Diam! DIAM!!!" Jerit Datin Bashirah sebelum wanita itu longlai ke tanah. Aku terkejut. Terus tubuh datin disambut.

"Ya Allah, mama!!!"

#####

"DATIN mengalami tekanan perasaan yang melampau. Tekanan darahnya juga naik dengan tinggi. Saya harap awak dapat tenangkan datin dan bagi dia rehat. Jangan bagi dia stres." Nasihat doktor berkot putih itu lalu melangkah pergi.

Aku terduduk di sofa bilik VIP yang menempatkan Datuk Yusri dan juga Datin Bashirah. Lemah sendi-sendi otot. Mahu kelip mata pun rasa tak terdaya.

Perlahan-lahan, lutut dibawa rapat ke dada.

"Mama, maafkan Fira. Fira tak berniat nak sakitkan mama." Pintaku, antara dengar tak dengar.

Ah, layakkah aku nak memanggilnya mama?

"Fira," Panggil seseorang. Aku pantas memandang Datuk Yusri.

"Sini." Arahnya. Aku akur lalu bergegas ke arah Datuk Yusri. Aku terharu dan bersyukur kerana Datuk Yusri dapat menerima aku.

"Ingat, Shafira. Kamu tak salah. Ini semua dah diaturkanNya. Kamu tak salah, Shafira!"

Aku mengetap bibir. "Tapi tu masih tak cukup untuk buang rasa benci datin pada saya, datuk. Saya dah tipu dia. Saya dah lukakan hati dia! Saya... saya..."

"Papa percaya Allah dah tentukan sesuatu untuk kami. Papa percaya. Jadi Shafira, tindakan kamu betul. Kamu dah berterus-terang. Papa pasti, tak lama lagi mama akan terima juga akhirnya. Hati manusia ni taklah sekeras mana. Pasti akan lembut juga." Nasihat Datuk Yusri panjang diselang seli dengan batuk-batuk.

Aku mengangguk. Tak mampu mahu aku bantah kerana kata-kata datuk benar.

"In Syaa Allah, selagi ada usaha dan doa, Allah bantu. Tuhan sentiasa bersama kita."

Hatiku begitu tersentuh mendengarkannya. Betul, aku tak boleh berputus asa dengan cepat. Aku pasti! Aku pasti kalau aku berusaha dan berdoa sepanjang masa, hati Datin Bashirah akan lembut untuk memaafkan aku.

In Syaa Allah!

Fuh, rahsia dah terbongkar! Akhirnya, Shafira mengaku! Perasan tak, heroin kita ni makin boleh berdikari? Ke perasaan author je? Hehe. Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now