15|Permainan Bermula

39.5K 4.3K 307
                                    

PEMANDANGAN bandar raya Kuala Lumpur dipandang sepi.

Apa khabar dia agaknya? Sihat ke? Sekarang tengah buat apa? Ingat lagi tak dekat aku? Atau mungkin dia langsung tak fikir kat aku pun. Yalah, aku bukan siapa-siapa pun pada diakan?

Akhirnya aku makan hati dengan kata-kata sendiri. Rindu aku semakin menebal bila dah dua bulan tak dengar suara robot vocaloid tu.

Laci meja ditarik. Sehelai kertas diambil. Ya, kertas teka silang kata yang diberikan oleh 426. Belakang kertas dilihat.

MAAF.

Aku tersenyum mengingatkan kenangan indah itu. Kertas ni sajalah satu-satunya kenangan yang aku ada dengan 426.

Kak Nurin masuk ke dalam pejabat. Cepat-cepat kertas itu disorokkan di belakang badan. Aku menoleh memandang Kak Nurin.

"Fira, maaf! Akak lupa nak beritahu yang Fira ada meeting dengan klien dari Jepun hari ni. Dia nak jumpa dekat bilik menunggu. Pukul 10.30 pagi!" beritahu Kak Nurin, resah.

Membulat mataku. Terus aku kelam-kabut mengemas meja. "Ya Allah, ya ke? Aduh, sekarang dah pukul 10.10 pagi!" ujarku apabila terlihat jam di tangan. Lagi 20 minit. Dahlah orang Jepun ni jenis menepati masa.

"Akak, tolong saya carikan fail untuk projek tu. Saya nak kemas meja ni." arahku.

Kak Nurin akur. Fail hitam diberikan kepadaku setelah tiga minit mencari. Kot hitam dicapai lalu disarung ke badan. Beg tangan disangkut ke bahu.
Kami berdua bergegas keluar dari pejabat dan menuju ke tingkat satu di mana bilik menunggu terletak.

Langkahan kaki dilajukan apabila masa hanya tinggal 15 minit saja lagi. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang sehingga membuatkan lelaki itu terundur ke belakang.

Bila aku melihat wajah lelaki itu, aku terkaku. Encik Shazwan! Macam mana dia ada kat syarikat aku?

Pakaian formal yang tersarung di badan lelaki itu diteliti. Baju untuk tukang bersih syarikat. Dia kerja dekat sini rupanya.

"Encik? Encik kerja sini? Ya Allah, kecilnya dunia!" Jeritan kecilku menarik perhatian Kak Nurin yang berada di depan. Dia berhenti dan menuju ke arahku.

"Eh, Cik Shafira. Saya baru sebulan kat sini. Cik... Kerja sini juga ke?" soal Shazwan lalu tersenyum nipis.

"Ya. Maaflah tadi. Saya nak cepat. Eh, sebagai tanda maaf, saya belanja minum ya nanti. Maaf sangat. Saya pergi dulu." balasku dengan wajah serba salah. Kak Nurin dah menyuruh aku supaya cepat.

Shazwan hanya mengangguk saja. Pantas kakiku dicepatkan menuju ke bilik menunggu.

#####

JEMARIKU laju bermain di papan kekunci. Waktu sekarang sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kak Nurin sudah pun pulang ke rumah. Pekerja lain pasti sedang mengulit mimpi sekarang.

Pergerakan tanganku terhenti. Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati malam ni. Rasa macam sesuatu yang buruk akan terjadi.

Sebelum ni, jika aku duduk seorang di pejabat, tiada pula aku rasa takut. Tapi kali ni... Ya Alim, kenapa?

Hatiku mula terdetik untuk keluar sebentar. Mungkin ada orang di luar untuk diajak berbual, bolehlah meredakan sedikit kegusaran hati.

Laptop dibiarkan terbuka. Aku keluar dari pejabat. Suasana sunyi sepi. Tiada orang langsung. Aku mula terasa seram. Jantung pula berdegup kencang seperti memberi petanda sesuatu akan terjadi. Tapi apa sesuatu itu?

Perasaan terlebih berani membuatkan kakiku melangkah lebih jauh. Mana tahu ada orang lagi. Setibanya di pintu tangga kecemasan, aku bercadang nak berpatah balik dan kemas barang-barang untuk pulang saja ke rumah.

Dalam perjalanan ke pejabatku semula, tiba-tiba lampu terpadam. Wajahku berubah pucat. Dada berdebar tak sudah.

Aku bagaikan terkaku di situ. Langsung tak bergerak walau seinci. Aku sangat takut untuk bergerak. Malah disebabkan terlalu panik, aku jadi sukar untuk bernafas.

"Allah, apa jadi ni?" bisikku.

Perlahan-lahan, aku memberanikan diri untuk masuk ke pejabat. Satu je yang aku akan hubungi.

426!

Pintu kayu ditolak perlahan. Tiba-tiba aku terbau sesuatu. Gas apa ni? Kenapa aku rasa mengantuk?

"Ni gas tidur ke?" soalku sendiri. Pantas tudung ditekupkan ke mulut. Dengan langkah yang macam orang mabuk kerana rasa mengantuk, aku menuju ke arah laptop.

Papan kekunci ditekan untuk menghubungi 426. Namun tak berjawab. Hampir aku menangis tapi semangat dikuatkan. Mata cuba ditahan supaya tak terkatup.

Sekali lagi, aku cuba menghubunginya. Tapi gagal juga. Ya Allah, tolong aku. Gerakkan hati dia untuk jawab panggilan aku. Doaku sungguh-sungguh.

Kali ketiga, aku mencuba. Setelah beberapa saat, panggilanku berjawab. Tapi malangnya, rasa mengantuk makin menguasai diri.

"Cik Shafira, kenapa kau..."

"Awak, tolong saya."

"Cik Shafira?" Suara itu kedengaran samar-samar saja.

Senyap seketika sebelum tiba-tiba 426 bersuara lantang.

"Shafira, bertahan! Shafira!!"

"Saya... Tak mampu." Air mataku tumpah. Ya, aku tak mampu mahu melawan semua ini.

"Shafira Addina! Tolong bertahan. Aku akan selamatkan kau." Nada itu kedengaran cemas di telinga aku.

Badan yang terasa lemah ditahan dari jatuh dengan memegang meja. Tekupan di hidung dan mulut dikemaskan.

"426, maafkan saya," balasku apabila merasakan kekuatan aku dah tiada. Tubuhku akhirnya rebah ke bumi.

Telingaku dapat menangkap suara yang begitu lama aku rindui.

"Shafira!!"

Akhirnya mataku terkatup rapat.

#####

Sementara itu, 426 cemas sendiri. Kawalan keselamatan di syarikat dapat digodam oleh musuh. Selama ni, dia terlalu beri perhatian pada akaun syarikat. Langsung tak terfikir pembunuh tu dah bertindak seperti ini.

Peluh merecik di dahi. Nafasnya tak teratur. Di dalam hati tak habis-habis berdoa supaya gadis itu selamat saja. Tangan yang dari tadi menekan papan kekunci menggigil hingga dia asyik tersalah tekan.

426 cuba bertenang. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dia berkeadaan seperti tu selama 10 saat.

Setelah kembali bertenang, otaknya mula berfikir sesuatu. Mula-mula pihak polis ditelefon kemudian kerja menggodam syarikat itu diteruskan.

Gas tidur itu keluar dari atas. Sistem kawalan pemancut air keselamatan(?) dimatikan. Elektrik yang mati dibuka kembali malah lif yang sengaja dirosakkan, dibetulkan semula.

Setelah hampir setengah jam, semua kawalan dalam syarikat kembali seperti biasa. 426 mengeluh lega. Rambut yang basah dengan peluh diraup ke belakang.

CCTV di pejabat Shafira dilihat. Gadis itu sedang terbaring di lantai. Bibir diketap. Kenapa aku lalai? Getus hatinya.

Tak lama kemudian, pihak polis dan ambulans tiba. Shafira dibawa ke hospital yang berdekatan.

426 menumbuk meja. Tak guna! Entah kenapa, dia jadi sangat marah dengan diri sendiri. Hatinya jadi sakit mendengar rintihan kepayahan Shafira.

Nampaknya, RedK! Kau dah mulakan permainan kau! Desis hati 426.

Patutnya author rasa risau, tapi chap ni author rasa teruja. Because what? 426 n Fira akn brhubung smula! Hehe! Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now