Sejarah Akan Berulang

29K 2.9K 140
                                    

BANTAL-BANTAL yang tadinya tersusun elok di atas katil dicampak ke sekeliling bilik sambil menjerit geram. Cadar katil pula dicakar-cakar dan ditarik sekuat tenaga untuk melepaskan rasa marahnya.

Masih tak cukup! Marah, benci dan geramnya telah bersatu hingga buatkan gadis itu hampir hilang kewarasan.

Alat solek di atas meja solek ditolak semuanya hingga jatuh bersepah ke lantai biliknya.

Dada RedK berombak ganas ditiup angin dendam yang tiada noktahnya. Mukanya yang putih itu kemerah-merahan seperti matanya.

RedK lihat pantulan wajahnya di cermin. Orang di dalam cermin itu nampak sungguh marah dan kecewa kerana perasaan yang sudah bercampur-aduk itu begitu sukar untuk disingkirkan dari hatinya sekarang.

Di sepasang mata gadis di dalam cermin itu tersinar api benci yang cukup dalam.

Sedang leka memerhati biasan di cermin, hati RedK terdetik, mana perginya Maya yang ceria dulu? Kenapa Maya yang suka tersenyum pada satu ketika dahulu boleh berubah mukanya hingga begini?

Sebab apa yang RedK nampak ialah Maya yang penuh dendam, Maya yang berdosa dan Maya yang tiada apa!

Tanpa sedar, air mata RedK mengalir perlahan. Menitik-nitik melalui lekuk pipinya.

Jemari digenggam erat membentuk buku lima. Sangat erat sampaikan RedK dapat merasa kukunya yang terbenam sedikit dalam kulitnya.

Sakit, pedih.

Tapi tak mampu melawan sakit dan pedihnya pada Shafira dan keluarga gadis itu serta... Pada dirinya sendiri.

Berserta satu jeritan nyaring, penumbuk RedK tepat mendarat ke cermin soleknya. Sangat kuat!

Cermin itu retak di tengah-tengahnya. Serpihan cermin yang kecil jatuh ke meja solek dan ada juga yang terlekat ke tangan putih RedK.

Dia meleraikan genggaman tangannya. Cecair panas turun dari celah-celah jari RedK.

RedK termengah-mengah sebentar dalam kemarahan.

Baru saja Lyana menghantar perbualan Shafira dan 426 kepadanya melalui SMS tadi. Kenapa perlu 426 berada di pihak Shafira? Rancangannya untuk membalas dendam terhadap Shafira pasti menjadi sukar. Ini tak boleh terjadi. Hutang nyawa perlu dibalas dengan nyawa!

RedK akan pastikan dendamnya terlunas!

Tiba-tiba, pintu bilik RedK terkuak dari luar. Berdiri tegak sesusuk tubuh tinggi lampai di pintu bilik sambil menyilangkan tangan.

Namun RedK langsung tak memandang empunya badan yang asyik memerhatinya. RedK masih setia melihat biasan dirinya yang sudah retak kerana tumbukannya sebentar tadi.

"Kau kenapa mengamuk tiba-tiba ni?" Soal Jack lalu mengangkat keningnya. Badan disandarkan ke tepi pintu.

RedK diam.

"Kalau kau ada masalah, meroyan takkan dapat selesaikan masalah." Sambung Jack, selamba.

"Diam," arah RedK namun mata masih digamkan pada cermin.

Jack senyap seketika sebelum bersuara kembali, "Please be professional. Control yourself. You're Red King, Maya. You've big responsibility." Ujar Jack, panjang.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah tak terurus itu lalu berdiri dua meter dari RedK.

"Shut up! I know it!" Balas RedK, cuba menahan marahnya. Dia memandang seketika Jack sebelum mengalih pandang pada cermin semula.

"So kalau dah tahu, stop acting like you dont know. Kenapa kau mengamuk ni?" Tanya lelaki itu masih beriak tenang.

Jack tak suka apabila RedK berkelakuan sebegitu. Selama lebih 14 tahun berkhidmat dengan ayah RedK, Merrick sentiasa tenang dalam setiap urusannya. Dia takkan mudah melenting hanya kerana perkara-perkara kecil saja.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now