Misi Shafira

27.4K 2.9K 381
                                    

BERKALI-KALI aku menghubungi 426, namun usahaku semuanya tak menjadi. 426 langsung tak mahu menjawab panggilanku.

Setelah lebih lapan kali mencuba dan gagal, aku mengeluh perlahan. Aku tak sangka pula 426 ni jenis kuat merajuk.

Ala... 426! Janganlah merajuk lagi! Sayakan nak minta maaf ni. Jerit batinku. Rasa terseksa kerana ucapan maaf yang ingin aku utarakan kepadanya tak tercapai.

Kepala diletakkan di atas meja dengan wajah sugul. Aku berharap sangat aku dapat meminta maaf kepadanya. Sungguh, aku tak mahu kehilangan orang yang sudah aku sayang. Aku tak sanggup!

"Then you want to say, you trust her more than me. Huh?"

Apabila mengingatkan kata-katanya semalam, hatiku pula yang jadi sakit. Jelas sekali 426 bengang dan agak kecewa dengan aku kerana lebih mempercayai Lyana daripadanya.

Muka dilekapkan ke meja. Kemudian, wajahku diangkat untuk melihat Farhan.

Pelik sebab tidak terdengar bunyi mesin pembuat kopi itu berbunyi mahupun bunyi dentingan sudu dan cawan yang biasa mengetuk gegendang telinga.

Rupanya, dia dah tiada di hadapanku tapi berada di sudut kaunter dengan telefon di tangannya.

Baru aku mahu menegurnya, dia dah berlalu keluar dari kafe dengan riak yang agak bengang.

Aku pun tak jadi mahu mengikut. Bagi kesekian kalinya, aku mengeluh.

Kepala diletakkan kembali ke meja. Tiba-tiba telefon bimbitku berdering perlahan.

Dengan malas-malas, telefon bimbit itu dicapai lalu butang hijau ditekan. Gajet itu dirapatkan ke lubang telinga.
"Shafira!"

Badanku semerta menegak. Kejung. Bibirku tak bergerak langsung saat mendengar suara itu.

Kelu bila yang telefon aku tu ialah...

426.

"Shafira Addina." Serunya, tegas.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Aku terdiam sebelum air mata mula bertakung di pelupuk mata. 426 telefon aku!!

Genggaman pada telefon dieratkan.

"426, saya... Saya ingatkan awak takkan maafkan saya. Saya minta maaf sebab cakap macam tu. Saya risau... Awak akan tinggalkan saya." Ujarku dengan suara yang mula serak dan bergetar.

Gembira, teruja, sedih dan serba salah. Semuanya ada sekarang ni.

Sudah tak peduli dengan pandangan orang sekeliling. Peduli apa! 426 merajuk dengan aku, bukan dengan mereka pun.

Dia mengeluh. "Okey, aku maafkan kau tapi..."

Ayatnya itu dibiarkan tergantung. Aku pula setia menanti kata-kata seterusnya.

"Tapi cuba kau tengok jam. Dan kau tahu tak? Aku ada kerja. Lepas tu laptop dan henfon aku pula tak berhenti berbunyi." Bebel 426 di hujung talian.

Macam tak puas hati pun ada.

Bebola mataku melihat waktu di skrin laptop. Semerta mataku terbuntang melihatkan waktu sekarang sudah menunjukkan pukul...

2.45 petang!

"Ahh! Dah lambat! Kenapa Haries atau Kak Nurin tak call?" Aku terjerit kecil.

Barang dikemas dengan kadar segera sambil telefon masih di telinga dengan menyepitkannya di antara bahu dan kepala.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now