Selamatkan Shafira

30.4K 2.9K 478
                                    

SEMENTARA menunggu Haries dan Aiman tiba, 426 cuba menenangkan dirinya yang keresahan. Pendiriannya ialah selesaikan masalah dengan rasional dan tidak terlalu terburu-buru. Bertindak melulu hanya akan menambah masalah yang sedia ada.

Komputer riba di tempat duduk belakang, diambil lalu dibuka. Alat pendengaran hitam diletak ke telinga kanannya. Farhan menaip alamat kawasan itu yang dimasuki oleh kereta Maya tadi.

Seketika kemudian, skrin laptopnya penuh dengan peta kawasan itu. Kawasan itu hanya dipenuhi hutan belukar dan ada satu jalan kecil untuk masuk ke dalamnya. Ada satu lagi jalan keluar dan ia menuju untuk ke lebuhraya utama.

Mata Farhan mengikut laluan kecil itu akan membawanya. Dan jalan itu berakhir di sebuah rumah besar yang berada di tengah-tengah hutan.

Farhan melihat skala di peta itu. 1cm bersamaan dengan 1 kilometer. Jadi, dalam anggarannya, untuk sampai ke rumah tumpangan itu mengambil masa dalam 30 minit kerana jaraknya lebih kurang 18 kilometer.

Tiba-tiba, Farhan mengeluh. "Kalaulah aku awal," keluhnya.

Kepala diletakkan ke atas stereng kereta. Hatinya kini telah dijerat dengan rasa bersalah dan penyesalan yang begitu dalam. Bersalah kerana dia tak jujur dengan Shafira. Dia sendiri sudah memberi kata setuju jika tekaan Shafira betul, maka dia akan datang ke sana.

Namun sebaliknya yang terjadi. Farhan diserang perasaan ragu-ragu sehingga dia hampir membuat keputusan untuk melupakan saja. Jika cuaca hanya kekal cerah tadi, pasti dia akan benar-benar melupakan saja perkara itu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Farhan terpaku seketika tatkala melihat nombor Shafira terpapar di skrin gajet mudah alih itu.

Keningnya bertaut seketika mengenangkan identiti si pemanggil di hujung sana. Dadanya kembali bergetar hebat. Mungkinkah itu Maya?

Farhan menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus kuat, melepaskan sedikit keresahan yang bertakhta dalam jiwanya saat ini.

Ya Allah, janganlah apa-apa terjadi lagi kepada Shafira, rayunya penuh pengharapan.

Perlahan-lahan, telefon bimbitnya diambil lalu butang hijau ditekan. Butang loudspeaker disentuh, membenarkan suara di hujung sana jelas kedengaran di ruang keretanya.

"426, itu kau ke?" Soal suara garau di hujung sana.

Farhan tidak terus menjawab apabila mendengar suara yang tidak dikenalinya itu. Dia perlu berhati-hati dengan segala kemungkinan. Mana tahu panggilan telefon adalah satu perangkap untuknya.

"426, kalau itu kau... Aku nak beritahu kau Shafira ada di tangan RedK sekarang ni. Kalau kau nak dia selamat, aku boleh tolong kau." Balas suara di hujung talian, mungkin tak terlalu mengharap bahawa 426 akan bersuara.

"Tapi dengan syarat. Aku nak kau juga lepaskan RedK. Aku yang akan serah diri pada polis. Aku tahu kau takkan percayakan aku, tapi sama ada kau percaya atau tak, kau takkan rugi sebab malam ni, Red King akan jatuh."

Dahi Farhan berkerut. Maksudnya, lelaki di talian itu sendiri akan menumbangkan Red King dari dalam. Namun persoalannya mengapa? Apa sebabnya? Untuk menyelamatkan RedK dari terus membuat jenayah?

"Kau Red Joker," perlahan Farhan bersuara.

"As expected, yes. I'm Red Joker. Dan Red Joker can become a traitor to Red King if you, 426 let RedK go. Tapi kalau kau mungkir janji, jangan ingat aku akan berdiam diri." Lelaki yang membuat panggilan itu mengakui kebenaran kata-kata 426 sambil diselitkan dengan ugutan dan amaran dalam diam.

Ini kerana matlamat Red Joker adalah supaya Red King dapat hidup normal seperti orang lain, bukannya terus dibelenggu dengan dendam dan amarah yang tiada kesudahannya. Walaupun hari ini dia telah mengkhianati Red King namun setianya masih tak berbelah bahagi.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now