23|Jumpa?

36.5K 4.4K 1.6K
                                    

PETANG itu, aku bersiap-siap di depan cermin untuk berjumpa dengan 426. Lima minit juga aku membelek penampilanku itu.

Aku mengenakan blouse labuh berwarna biru lembut dan skirt labuh berwarna hitam. Tudung pula digayakan labuh tapi masih mengikut syariat.

Tak lupa juga bedak kompak dan lip balm. Tak adalah nampak kusam je muka. Hai, takutnya!

Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa gugup sangat. Akhirnya, aku dapat bersua muka dengan 426! Macam tak percaya!

Apa patut aku cakap bila kami dah bersua muka nanti ya? Wajah ditekup dengan tangan.

Kenapa aku rasa berdebar sangat?

#####

JAM menunjukkan tepat pukul 6 petang. Tapi masih tiada kelibat 426 yang kelihatan. Ala... Kalau ada pun bukan aku kenal. Ceh!

Tiba-tiba telefon bimbitku berdering. Segera panggilan itu diangkat lalu telefob dilekapkan ke telinga.

"Pusing belakang." arahnya.

Aku terkaku. Bukan terkejut sebab dia telefon aku tapi terkejut sebab dapat dengat suara 'manusia' dia tu. Selama ni dengar suara robot saja. Tapi aku pasti itu bukan suara betulnya.

"Pusing belakang, Cik Shafira!" arah 426 lagi. Cepat-cepat aku ikut arahannya. Mungkin ke 426 tengah ada di belakang? Macam dalam cerita Hindustan. Tapi hampa aku tak dapat lihat siapa-siapa pun.

Mataku meliar memandang sekeliling. 426 kat mana ya?

"Cari aku ke?" duganya. Aku tergamam. Badanku tak bergerak langsung. Mata yang bergerak tadi terhenti memandang satu arah. Telefon di tangan tergenggam kemas.

Suara itu, betul-betul ada di belakangku sekarang. Mungkin jauh dalam tiga meter tapi masih dapat kudengar suaranya.

Aku tak perasan ada orang di belakang tadi. Pantas, kepalaku ingin menoleh tapi 426 menghalang.

"Just stay like that. We're gonna talk just like this." ujarnya. Pergerakanku terhenti.

"Macam ni je?" Nadaku berlagu kecewa.

"Shafira." Panggil 426. Cik di depan dah tiada. Baguslah. Kami dah jadi kawankan?

"Hmm?"

"About what happen yesterday," ayat itu tergantung. Semerta jantungku berdetak hebat mengingatkan kejadian semalam. Aku masih diam mendengar.

"About the promise and what I'm gonna say,"

Kepalaku menunduk memandang lantai. Apa agaknya 426 nak cakap? Dia kata ada hal penting nak beritahu. Hatiku tertanya-tanya.

Jemari kiriku tergenggam erat. Menahan debar di dada. Terdengar keluhan di bibir 426.

"Aku cuma cakap ni sekali je. Shafira Addina, aku janji aku akan sentiasa dengan kau. Aku takkan khianati kau, aku takkan tinggalkan kau. Macam yang kau selalu cakap, aku akan selalu membahagiakan kau selagi aku mampu. Aku akan terus jadi kawan kau setiap masa kau nak."

Mataku terasa panas mendengar ucapan itu. Pandangan kelihatan kabur dengan air mata. Rasa terharu, sebak, gembira... Semuanya bercampur baur.

"Sebab tu, please dont be afraid. Walaupun kau tak nampak or you dont even know, I'm always be there to safe you. In syaa Allah."

Air mataku menitis akhirnya. Sungguh aku bahagia mendengar kata-katanya. Kalau boleh, nak je aku toleh belakang dan peluk tubuh itu puas-puas. Tapi aku sedar batas pergaulan kami. Aku tak sangka dia juga Islam.

"Aku takkan khianati kau, Fira."

Tangan pantas menyeka air mata di pipi. Aku tersenyum.

"Terima kasih. Awak hadiah yang tak ternilai yang dikurniakan Tuhan untuk saya bila Dia tarik keluarga dan sahabat saya."

"Kawan je." Aku tergelak.

"Awak suka ulang ayat tukan? Kenapa? Awak takut awak akan sayang dekat saya ke?" usikku.

"Aku balik nanti." ugut 426 buat aku mengalah.

"Tapi saya memang sayang awak. Awak je tak sayang saya." usikku lagi. Seronok pula.

"Kalau aku tak sayang, aku tak ajak kau keluar."

Aku terdiam. Wajahku berona merah. Eh, maksudnya dia sayang aku ke?

"Malu? Padan muka. Tu aku kata jangan melebih. Kita ni laki dan perempuan."

"Yalah. Serius sangatlah awak ni,"

Dan kami terus berborak panjang seperti sebelum ni. Kadang-kadang aku akan tersenyum dan tergelak mendengar ucapannya.

Setelah 30 minit berkeadaan begitu, kami setuju untuk pulang. Walaupun aku rasa berat hati sangat, tapi 426 mesti ada kerja lagi.

Dan kami berpisah membawa haluan masing-masing. Talian masih tak dimatikan lagi. Dia nak pastikan aku tak pusing belakang sebelum dia pergi.

Hampir saja aku nak menangis. Aku rasa dia akan tinggalkan aku. Entah kenapa aku rasa begitu sedih.

"Aku dah balik. Kau pun baliklah cepat." arahnya. Aku akur. Aku berpusing ke belakang. Memang tiada kelibat yang boleh aku kenal pasti.

Langkahan kaki perlahan saja untuk beredar dari situ. Kami masih berhubung lagi. Sempat juga mataku melihat-lihat sekeliling.

"Kau sedih?"

"Sedihlah. Awak, malam ni kita borak lagi ya?" pintaku penuh mengharap. Terdengar tawa kecilnya.

426 ketawalah!

"Tak boleh berenggang langsunglah kau ni. Nak berkepit dengan aku je."

Aku bermain dengar jari. "Mestilah. Tak puas rasanya!"

"Shafira. Berhenti kejap."

Kakiku terhenti. Berkerut dahiku.

"Pandang kiri, dekat pokok rambutan."

Pantas kepalaku terarah kepada pokok rambutan itu. Kelihatan seorang lelaki berhoodie hitam dan bertopi. Dia mengangkat tangan kirinya ke arahku dengan henfon di tangan kanannya. Jaraknya dengan aku kira-kira 10 meter.

Aku masih tak dapat melihat wajahnya kerana terlindung dengan topi. Tapi ni dah cukup baik dari apa yang aku mahukan.

"Puas?" soalnya. Aku mengangguk laju. Ya, cukuplah. Aku tak nak jadi tamak sangat.

Mataku tak lepas memandang kelibat itu. Ingin saja aku berlari ke sana tapi pasti 426 tak nak.

"Sambut!"

Aku perasan dia membaling sesuatu ke arahku. Kelam-kabut aku menyambutnya. Di tangan aku terdapat seutas gelang keychain berbentuk cangkerang warna pink lembut.

Cantik sangat!

"Terima kasih, cantiknya!" ujarku, teruja!

"Simpanlah. Memory for our meeting."
Aku terangguk-angguk. Setelah itu, aku pulang ke rumah dengan hati yang gembira.

Keychain itu dirapatkan ke pipi. Akan aku simpannya dengan baik.

"Terima kasih, 426." Ucapku sendiri.

Waaah, 426 sanggup turun jumpe Fira sbb nk pujuk Fira. Trharunya author! Siap bgi keychain lagi. Sweet btol!

Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now