Seseorang Muncul

30.2K 3.4K 1.6K
                                    

"BUAT apa kat sini?" Seseorang menegur sambil berdiri di hadapan Shafira yang terduduk sepi di pasir pantai.

Gadis itu tersentak. Jantungnya berdegup sekencang-kencangnya. Dia kenal suara itu. Walaupun dah hampir setahun tak kedengaran, tapi dia yakin itu ialah suara yang dirinduinya.

Namun, persoalannya, bagaimana...

Perlahan, kepala Shafira naik memandang empunya tuan badan. Mata gadis itu membesar, tak percaya. Saat ini, jantungnya seakan-akan baru direntap kasar dari tempatnya.

Terus saja badannya kaku dan dia tergamam di situ sambil merenung wajah orang yang menegurnya. Keliru, sedih dan gembira bersilih ganti.

Dia ingin sekali menyeru nama orang yang berdiri di hadapannya sekarang, tapi suaranya bagaikan tak mahu keluar. Mulut tertutup rapat macam ada gam yang melekatkan ia. Sungguh, Shafira sangat terkejut dengan apa yang dilihatnya sekarang ini.

"Suprised?" Duga manusia itu lalu mencangkung di hadapan Shafira yang masih terpana. Memang sangat jelas di mata Shafira bahawa gadis itu sangat-sangat terperanjat.

"Takkan dah tak kenal aku lagi, Shafira Addina?"

Air mata Shafira menitis ke pipinya. Dengan bibir yang terketar-ketar, dia cuba bersuara dalam kepayahan,

"Mm...mmmaa... Maaya,"

"Yes, ini akulah!"

"Tapi... Tapi kau dah tak ada. Kau dah..."

Tak sempat Shafira mahu menghabiskan ayatnya, Maya pantas menekup mulut Shafira dengan sapu tangan putih yang telah dicelupnya ke dalam bahan yang memabukkan. Shafira meronta-ronta kecil sebelum perlahan-lahan tubuhnya menjadi lemah.

Apabila mata Shafira ingin terkatup, Maya bersuara penuh dendam, "Mati? Bukan aku, tapi kau, Fira."

"Nyawa kau dalam genggaman aku, Shafira. Aku akan pastikan kau tak nak hidup lepas ni." Bisik Maya seraya tersenyum sinis.

Dia meminta bantuan anak-anak buahnya untuk mendukung Shafira masuk ke dalam kereta. Nasib baik waktu itu, orang tak ramai dan semuanya tak perasaan akan kegiatan mereka.

####

426 memandu keretanya untuk menuju ke pantai. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk berfikir, dia membuat keputusan untuk datang.

Dia melihat ke luar. Dah hujan. Tak lebat tapi pasti Shafira akan kesejukan. 426 rasa bersalah. Dia harap Shafira sanggup menunggu dirinya.

Pedal minyak ditekan kuat. 426 perlu cepat. Ketika sedang memandu, tiba-tiba saja matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang dikenalinya sedang menuju ke arah bertentangan di dalam sebuah kereta.

Dada 426 berdetak hebat tatkala melihatkan Maya di dalamnya. Dia rasa tak sedap hati. Maya baru balik dari jalan ke pantai. Selama pemerhatiannya, Maya jarang sekali menjejakkan kaki di luar.

Ada yang tak kena ni!

Pantas, tangan 426 menukar gear dan tanpa memikirkan keselamatan diri, dia membuat pusingan u di tengah-tengah jalan raya itu.

Earphone dipasang ke telinga lalu nombor Shafira didail laju. Sementara menunggu, sempat dia mengakses keberadaan Shafira dengan telefon bimbitnya.

Panggilan tak berjawab. 426 semakin melajukan kenderaan. Dia yang pada mulanya tenang, semakin cemas apabila panggilannya asyik masuk peti suara. Tangan yang memegang stereng menggigil kecil.

"Oh, shit! Stop shivering!!" Tengking 426 pada diri sendiri apabila dia terasa tak selesa. Jantung berdegup laju, badannya berpeluh, perasaan resah, risau dan takut bercampur baur dan sekarang ni, tangannya tak semena-mena menggigil.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now