Persoalan

33.3K 3.6K 546
                                    

SUDAH tiga hari berlalu sejak peristiwa di depan rumah aku. Namun orang ramai masih hangat memperkatakan tentang kes kemalangan yang dikatakan sangat teruk.

Kak Nurin, Lyana dan rakan-rakan sekerja yang lain sibuk bertanya itu ini memandangkan kemalangan itu berlaku betul-betul di hadapan rumahku.

Di berita turut menyiarkan tentang kejadian ngeri itu. Entah sejak bila wartawan ada di tempat kejadian pun aku tak tahu.

Rupanya, keluarga yang aku tolong tu berasal daripada keluarga yang agak berada. Dengar kata, kemalangan ni berlaku dengan niat. Polis dah siasat, tiada orang dalam kereta waktu tu. Kereta itu bergerak sendiri menggunakan automatic button dengan kelajuan 120 km per jam. Mangsa kemalangan, Datuk Yusri yang ketika itu nak pulang ke kampung kerana urusan keluarga tak sempat nak mengelak dan akhirnya berlakulah kemalangan.

Dagu ditopang di atas meja batu di tengah laman rumah. Angin petang yang meniup lembut pipi dan tudung aku memang sangat menyenangkan.

Mata terpejam rapat menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.

Semerta mindaku menerawang teringatkan Ian. Wajah ketakutannya,badannya yang mengigil dan pipinya yang dah basah dengan air mata bermain di fikiran.

Pantas mataku terbuka kembali.

Ya Rabbi, jahatnya manusia yang cuba membunuh keluarga Datuk Yusri. Mereka ni tak ada rasa sedikit pun kemanusiaan ke? Takkan langsung tak ada perasaan simpati?

Manusia yang buta hati sememangnya bertuhankan nafsu dan syaitan laknatullah!

Langit yang berwarna kuning jingga dipandang. Siapalah orang tu? Bisik hati kecilku.

Entah kenapa, layar minda memaparkan memoriku tiga hari lepas tentang seorang kelibat yang kulihat di sebalik semak dan pokok itu.

Mungkinkah hanya kebetulan saja? Atau memang ada kaitannya dengan kemalangan yang terjadi?

Hmm... Lagi satu! Bila terfikirkan kejadian tiga hari lepas, ada sesuatu lagi yang pelik.

Siapa Farhan sebenarnya? Farhan tu kerja apa sebenarnya? Kenapa dia boleh rapat dengan pihak polis malah dia juga turut boleh masuk campur dengan urusan pihak berkuasa.

Tak silap aku, Farhan tu anak Datuk Haidil dan sekarang bekerja di kafenya sendiri.

Argh, banyak lagi aku tak tahu! Banyak persoalan yang tak dapar dijawab. Aku nak minta tolong siapa ni?

Setelah beberapa saat, aku memetik jari dengab riak gembira. "Hah! Aku tahu siapa! 426!" Jeritan kecilku memecah sunyi pada petang yang indah itu.

#####

"FARHAN Qaidhar Datuk Haidil." Ulang suara robot vocaloid milik 426.

Aku mengangguk laju walaupun 426 tak melihat. "Ya, saya nak awak cari pasal lelaki ni. Saya akan sediakan upah."

"Okay. How about... 3 days?" Pinta 426.

"Saya tak kisah berapa hari pun. Janji saya ada maklumat pasal dia. Oh ya, pasal upah tu," Ayatku sengaja dibiarkan tergantung. Letak duduk di katilku dibetulkan. Jam di dinding dilihat. Pukul 11 malam.

"Kenapa?"

Wajahku berubah risau. "Awak... Awak janganlah minta saya tak hubungi awak lagi. Awakkan dah janji takkan tinggalkan saya." Sambungku, agak resah. Nadaku lirih saja.

"Kalau aku minta juga?" Duganya, selamba.

Membulat mataku pandang skrin laptop. "Mana boleh! Awak dah janji! Awak tak boleh mungkir janji. Saya perlukan 426 dalam hidup saya." Balasku, jujur dari hati.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now