Bahan Buli

26.8K 3K 355
                                    

KEPALA Lyana terasa berat dan pening-pening. Mata cuba dikelipkan tapi sukar. Dia memejam mata untuk seketika sebelum mata dibuka kembali, membiarkan cahaya menerobos masuk ke dalam anak matanya.

Tangan naik memegang kepala yang terasa mencucuk-cucuk sambil kepala tertoleh ke kiri dan ke kanan, ingin mengetahui keberadaannya sekarang. Namun apa yang dia lihat hanyalah bilik kosong yang berdindingkan cat hitam lusuh.

"Kat mana ni?" Suaranya yang serak-serak basah itu bersuara lemah.

"Neraka!" Balas seseorang.

Hampir luluh jantung Lyana kerana terkejut melihat sesusuk tubuh tinggi lampai sedang berdiri di sudut bilik itu. Dengan topeng putih serta baju hitamnya itu benar-benar buatkan Lyana terperanjat.

"Kau... kau! Kau buat apa kat sini?!" Jerit Lyana, nyaring.

Lyana bangun dari perbaringan lalu mengengsot ke belakang, cuba menjauhi lelaki itu. Terasa dirinya dalam bahaya apabila berada berdekatan dengan lelaki bertopeng putih itu.

"Nah, makan. Kurus kering dah I tengok. Raya haji dah sampai. Nanti nak sembelih you dapat tulang je." Sempat LBP berseloroh dengan nada selambanya.

Sepinggan nasi berlauk asam pedas tenggiri yang dimasak oleh Addy diletakkan bersama-sama botol air mineral.

Membulat mata Lyana. "Sembelih? Kau nak buat apa kat aku hah?" Soal Lyana, kasar. Dadanya berombak kencang kerana takut akan kata-kata lelaki itu.

Baginya lelaki itu sukar untuk difahami. Seperti 426, dia menyeramkan. Mungkin lelaki itu bergurau dan mungkin juga tidak. Semerta air mukanya berubah pucat jika dia dibunuh betul-betul.

"He he he. Anak-anak buah I cakap diorang tak ada lembu nak sembelih so diaorang cadang nak buat you sebagai lauk Raya Haji ni. Hah, masaklah you nanti." Gurau LBP lalu beredar dari bilik kosong itu.

Tiba-tiba Lyana teringat yang dia telah ditembak oleh 426, tapi kenapa dia tak mati lagi? Seluruh badannya diraba-raba, mengesan sebarang kecederaan di tubuhnya, tapi tiada.

Bagaikan tersedar, Lyana memukul lantai dengan rasa geram.

"Argh!!" Jeritnya lalu rambut diramas kasar hingga menjadi lebih serabut.

Dia sudah tertipu!!!

"Tak guna kau, 426!!" Tengkingnya, melepaskan bengangnya.

Sungguh, dia benci lelaki itu!

#####

MULUT Lyana tak henti-henti merungut kerana sakit beralaskan lantai yang keras dan sejuk. Selimut pun nipis dan sehelai saja. Mereka memang sengaja nak dajalkan aku, getus hati Lyana.

Banyak kali dia menukar posisi tidur, berharap lena akan menjemput tetapi hanya sakit yang dia rasai. Langsung tak selesa!

Ah, ini bukan tujuan asalnya! Dan ini semestinya yang bukan dia mahu malah diimpikan selama ini. Dia berangan-angan tidur di atas katil empuk rumah Shafira, menonton TV sampai pagi, merampas segala kesenangan di rumah itu.

Pendek kata, melakukan rumah Shafira seperti miliknya.

Hidup goyang kaki tanpa rasa risau dan terbeban, itu yang Lyana bayangkan selama ini! Bukan hidup di bilik kosong ini, tidur beralaskan lantai. Hidup macam pengemis!

"Argh, aku benci Shafira! Benci, benci, benci!!! Kenapa aku perlu hidup macam ni?! Selama ni, aku susah payah nak hidup senang. Tapi dia? Keluar-keluar je dari perut mak, dah dapat kemewahan! Ini tak adil! Langsung tak adil!!" Rungut Lyana, panjang. Nadanya penuh kebencian terhadap Shafira.

Tangan tergenggam-genggam erat. Sakit hati yang teramat.

Akhirnya, Lyana mendengus kasar, cuba melepaskan segala kemarahan bersama hembusan nafas kuatnya tadi. Hatinya memang sedari tadi terasa membahang.

Bilalah agaknya dia boleh keluar? Mungkin selama-lamanya dia terus dikurung di sini. Sampai mati agaknya. Paling teruk, hingga mayatnya mereput di bilik kosong ini, barulah dia diberikan kebebasan.

Hanya jasad tanpa roh buat apa?

Lyana mengalih pandang ke arah dinding. Tak kira, mampu atau tak, dia mesti memerah otak mencari jalan keluar dari sini.

Dia tak mahu berada di sini seumur hidup.

"Tapi macam mana? Kawalan kat sini mesti ketat! Susahlah!" Keluh Lyana, buntu.

Dia perlukan cara untuk keluar.

Tiba-tiba pintu bilik terbuka. Lyana terbangun lalu memandang tajam pintu. Terjengul kepala Addy di situ dengan sengihan.

"Jangan lupa esok ya! Ketua dah bagi green light kat kitaorang,"

"Apa maksud kau?!"

Kemudian, muncul pula kepala Edry di atas Addy. Dia tersenyum misteri.

"Ketua dah benarkan kitaorang masak kau esok. Makan banyak-banyak tau hari ni." Pesan Edry lalu tergelak seram hingga naik bulu roma Lyana.

"Keluar!!" Arah Lyana, garang dengan mata terjegil memandang dua orang lelaki yang baginya tak betul itu.

Setelah itu, muncul pula Andy di atas Edry. "Wah, bestnya. Aku dah lama tak merasa daging manusia." Celah Andy lalu menjilat bibir. Wajahnya seperti membayangkan hidangan tengah hari Lyana Chop di atas meja makan nanti. Fuh!

"Hahaha! Tunggu jela kau esok, perempuan!" Gelak Black yang tiba muncul di atas Andy. Kemudian, mereka ketawa bersama-sama.

Tapi bagi pendengaran sihat Lyana, ia lebih kepada mengilai! Ah, mungkinkah apa yang dikatakan oleh lelaki bertopeng putih itu bukanlah suatu gurauan?

Dahinya sudah berpeluh dingin. Kecut perutnya memandang empat orang lelaki yang macam baru terlepas dari Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan.
"Eh, kauorang buat apa ni?" Soal satu suara. Kepalanya berada di atas Black. Keempat - empat orang lelaki itu terdiam.

"Ketua!" Ujar Black, terkejut. Akhirnya, mereka terjatuh tertindih di atas lantai.

"Oh, sori sebab buat awak semua terkejut." Pinta LBP sambil memandang anak-anak buahnya yang mengaduh-aduh sendiri.

Addy, Edry, Andy dan Black segera berlalu dari situ manakala LBP memandang Lyana.

"Tunggu esok," meleret suara LBP sebelum pintu itu tertutup rapat dan dikunci.

Air muka Lyana semakin pucat. Air liur ditelan.

"Memang masaklah aku esok!" Monolognya, resah.

Langsung dia tak sangka, kawan-kawan 426 rupanya manusia kanibal!!

Hahaha! Yeay, chap buli Lyana lgi! Sronoknye author rase! Hehe. Author ni pun pendendam. Haha. Maaflah ye nak, klu ade typo n byk kurgnyee... Anyway, enjoy! Vote n comment.



Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now