Memori Terindah

31.3K 3.3K 401
                                    

KAMI berjalan beriringan sepanjang pantai. Aku senyap tak bersuara. Bukan kerana tak tahu mahu cakap apa tapi aku dah terpesona dengan keindahan ciptaan Tuhan.

Subhanallah, cantik! Langit kelihatan berwarna jingga, burung-burung turut berterbangan di langit. Mungkin sedang mencari jalan pulang. Bunyi ombak menghempas pantai membuatkan hatiku benar-benar rasa tenang dan aman.

Angin pantai turut menampar pipiku. Biasanya kena tampar, aku akan rasa sakit tapi ni tak. Aku rasa tenteram.

Aku rasa semua masalahku hilang melihat ciptaan Al Khaliq di sini. Dari pasir-pasir pantai hinggalah ke langit tinggi. Tak ada apa yang cacat. Semuanya kelihatan sempurna pada sepasang mataku.

"Sini, Shafira." Panggil Farhan. Baru aku perasan, dia sudah berada jauh 10 meter daripadaku. Sedang duduk mencangkung di bawah sebatang pokok.

Pantas aku menuju ke arahnya lalu duduk dua meter darinya. Kami sama-sama menghadap pantai.

Kemudian, tiba-tiba saja dia memberiku sehelai kertas kosong dan pen hitam. Dahiku berkerut lalu aku memandangnya meminta penjelasan.
"Write anything you want." jawabnya lalu kening diangkat.

Aku angguk saja. Aku perasan dia turut menulis sesuatu di sehelai kertas kosong.

Kami mula leka dengan penulisan masing-masing.

Aku tulis...

Memori Terindah

Bersama Al Khaliq, Tuhan yang menguasai diriku ini yang mengubat segala rasa, petunjuk kepada jalan yang benar.

Bersama mama yang sempoi dan sentiasa membuatkan diri ini tergelak.

Bersama papa yang tegas tapi penyayang yang memimpinku menjadi wanita solehah.

Bersama Kak Fiqa dan Fina, teman sepermainan, teman bergaduh yang menceriakan hariku.

Bersama Maya, teman susah senang selamanya yang akan bersama hingga ke syurgaNya, In syaa Allah.

Bersama manusia dengan kod pengesahan 426, pengganti mama, papa, adik beradikku dan juga Maya.

Mereka inilah segalanya dalam hidup seorang gadis bernama Shafira Addina. Mereka sentiasa di hati ini.

Love, Shafira.

Bibirku tersungging senyum bahagia mengingatkan insan-insan tersayang.

Semoga hubungan ini akan kekal hingga sampai ke Jannah. Aamiin!

Setelah selesai, aku menoleh memandang Farhan yang sedang termenung panjang.

"Kertas ni nak buat apa?" soalku, mematikan lamunannya.

"Oh, kertas. Masukkan dalam botol kaca ni." jawabnya lalu botol kaca lut sinar diserahkan kepadaku. Aku menyambutnya dan meletakkan kertas yang sudah digulung kecil itu ke dalam botol.

Botol kaca bertukar tangan kepada Farhan. Aku perasan, dia turut memasukkan sesuatu sebelum senyum simpul memandangku.

"Kita nak buat apa dengan botol ni? Hah! Saya tahu! Awak nak campak masuk dalam air ya? Macam dalam drama tu selalu buat." ujarku, gembira. Teruja pun ada.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now