Pujuk?

34.8K 3.6K 504
                                    

TENGAH hari itu, Haries mengajak aku keluar dengannya ke suatu tempat. Kak Nurin tak ikut kerana perlu pulang ke rumah untuk melayan suaminya yang balik bagi makan tengah hari.

10 minit dalam keretanya, kami hanya berdiam diri. Aku masih dengan rasa canggung dan bersalah kerana membuatnya marah manakala dia mungkin masih menyimpan rasa marah padaku.

Bibir digigit. Suka atau tak, aku tetap kena meminta maaf. Sejujurnya, aku yang bersalah. Benar apa yang dikatakan Haries. Aku tak boleh selalunya bersedih. Nak tak nak, realiti ini harus aku tempuhi dengan berani.

Realiti yang aku adalah pengarah AmiZa Holding, syarikat pembinaan terbesar dan terkenal di Malaysia.

Mataku beralih memandangnya yang dari tadi fokus memandu.

"Haries, hmm... Saya... Saya minta maaf. Saya tahu banyak salah yang saya buat. Saya dah selalu susahkan awak. Awak pun dah banyak tertekan sebab saya. Lagipun, awak dah banyak tolong saya. I'm sorry." Ujarku, lambat-lambat.

"Tahu takpe." Ringkas. Langsung dia tak pandang aku. Nampak sangat dia masih marahkan aku.

"In Syaa Allah, kali ni... Kali ni saya akan cuba... Elakkan kesalahan dalam kerja saya." Janjiku, berharap agar dia dapat memaafkan aku.

"Baru sekarang nak cakap?" Perlinya. Aku tersentak. Kepala tertunduk perlahan. Bibir digigit.

"Saya tahu saya tak layak pegang jawatan pengarah tu. Saya teruk, tak pandai, lembap, cengeng, lemah dan bongok tak macam awak. Tapi saya betul-betul minta maaf. Jujur dari hati." Kataku lalu mataku memandangnya di sebelah. Entah kenapa, cepat sangat aku menangis hari ni.

Haries menjelingku sekilas. Dia berdehem perlahan. "Dahlah. Saya gurau je. Janganlah nangis. Lepas tu, jangan nak mengutuk diri sendiri. Tak baiklah, Shafira." Tegurnya setelah beberapa ketika mendiamkan diri.

Terkebil-kebil aku pandang dia. Tersinar harapan di hati aku untuk dia maafkan aku.

"Awak maafkan saya, Haries?" Tanyaku.

Haries mengangguk. "Ya, saya maafkan awak lama dah. Tak sangka cengeng juga ya, Cik Shafira ni?" Usiknya tiba-tiba. Dia tersengih-sengih.

Aku tercengang. Aku telah dikenakan oleh dialah tadi? Aku tertipu!

"Awak..."

"Shafira, saya tak campurkan urusan kerja dengan dunia luar. Dalam pejabat, saya memang marah, tapi kat luar, I'm okaylah. Sebelum datang temu duga, saya dah tahu risiko yang perlu saya tanggung kalau bekerja di bawah awak." Potongnya. Aku terdiam.

Aku terkena rupanya! Dia sengaja nak buat aku cuak.

Tiba-tiba dia mengambil sehelai kain sapu dari dashboard keretanya lalu diberikannya kepadaku.

"Nah, lap air mata tu. I'm sorry too because I hurt you. Saya tahu saya tak boleh terlalu keras." Tuturnya perlahan namun cukup untuk aku mendengarnya.

Kain itu disambut lalu air mata yang tersisa di pipi disapu. Aku tersenyum.

"Haries, awak ni baik juga." Pujiku, jujur. Terharu dengan pengakuannya tadi. Dia tergelak.

"Mungkin saya tegas bila bekerja, jadi saya minta maaf kalau kadang-kadang I'll make you cry, Shafira." Ucapnya dan menjeling sedikit aku.

Aku mengangguk. Alhamdulillah, kami dah berbaik semula.

Haries yang sedang fokus pada pemanduannya dipandang. Lantas senyum simpul bergayut di bibirku.

Terima kasih, Haries. Saya hargainya.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now