18|426 Kembali

38.2K 4.3K 441
                                    

LAPTOP diletakkan di riba sambil mulut mengunyah biskut di tangan. Bibirku tersenyum-senyum gembira kerana masalahku telah selesai. Malah 426 kembali menceriakan hariku. Bila aku tanya kenapa dia menghubungi aku, 426 hanya senyap.

"Kau gembira ke dapat CEO baru?" soal 426 membuatkan kunyahanku terhenti.

"Macam mana awak tahu?" soalku.

"Hmm... CCTV."

Aku mencebik. Cis! Patutlah tahu! Namun tak lama. Aku kembali tersenyum panjang.

"Gembiralah. Orangnya bagus! Dia lebih kurang macam awaklah. Selamba dan tenang je." ujarku lalu tergelak mengingatkan Haries.

"Aku lebih bagus."

Tawaku pecah kembali. "426, awak dah pandai buat lawaklah!"

"Aku tak buat lawak pun kau gelak." sindir 426 membuatkan bibirku memuncung panjang.

"Awak ni serupa betullah dengan dia. Suka loyar buruk sikit. Ke Haries tu awak? Kejap, awak lelaki ke?" soalku, dengan mata merenung laptop yang gelap saja.

Aku mula syak sesuatu.

"Apa kepentingannya nak tahu aku lelaki atau perempuan? Sama je." balas 426, selamba.

"Pentinglah! Sebab dari cara awak cakap macam seorang lelaki. Mana tahu satu hari kita akan berjumpa? Awak mesti tak tegur saya dan saya pun takkan tegur awak. Awak kenal saya tapi saya tak!" terangku panjang lebar.

"Kau takkan kenal aku. Ingat senang nak kenal 426 ke?"

"Senang kut. Perangai awak tulah. Jenis selamba, baik hati, suka buat saya senyum. Dan tambah satu lagi! Loyar buruk. Awak pernah bercita-cita jadi lawyer ke?"

426 tergelak di hujung talian. Aku tergamam. Pertama kali aku dengar dia ketawa.

"Kau ingat aku ni badut ke sampai boleh buat kau senyum?"

Aku mula terfikir, 426 semakin mesralah. Bagusnya! Kami kembali berhubung. Malah semakin mesra. Kedinginan yang ada pada 426 berkurangan.

"426, saya bahagia bila dengan awak. Awak orang paling jauh tapi dekat dalam ingatan saya. Saya langsung tak tahu apa pasal awak tapi 426, saya rindukan awak sangat-sangat. Saya berterima kasih dekat pembunuh tu kali ni sebab buat saya macam tu." luahku, panjang. Jujur dari hati.

426 terdiam lama. Alamak, aku salah cakap lagi ke? Mungkin ke 426 akan marah aku lagi? Aku mula resah sendiri.

Selepas tu, terdengar keluhan panjang dari 426. "Kali ni, aku boleh anggap kau kawan. Tapi kawan je."

Teruja aku mendengarnya. Aku hampir terjerit suka tapi pantas ditekup dengan mulut.

"Tapi jangan cakap kau berterima kasih kat pembunuh tu. Kalau aku lambat sesaat, kau mati tau!"

"Tetap nak cakap juga. Sebab dia, saya ada kawan. 426 dah kembali. Perkara paling berharga untuk saya dah balik. I miss you so much!" jeritku tanpa sedar.

"Hei, satu benda ni je aku tak rahsiakan dari kau. Aku ni lelaki! Kau ingat kita couple ke? Jangan nak miss you so much sangat! Geli!" suara itu naik sedikit. Nadanya kedengaran kelam kabut je.

Tapi kejap! 426 seorang lelaki?

"Awak lelaki. Tapikan Mr. 426, saya perasan kalau awak malu, memang akan hilang terus keselambaan awak tukan?" usikku lalu tergelak.

Lampu rumahku terpadam membuatkan tawaku semerta mati.

"Hei, buka balik!" marahku. Kiri kanan dipandang. Dada dah berdebar semacam.

"Awak, balas dendam secara sihat. Saya... Saya takut gelap." aduku, macam nak nangis pun ada.

"426, saya takut." ujarku lagi. Laptop dirapatkan ke dada.

"Buka balik!" arahku, seram rasanya.

Aku hampir nak menangis. "Kita kawankan? Jangan buat saya takut."

Lampu kembali terbuka. Aku lega.

"Kawan je! Ingat cakap aku, aku ni lelaki. Kau ingat iman aku kuat sangat ke hah? Aku terjah rumah 'makan' kau nanti." ugut 426.

"Yalah. Gurau sikit pun nak gaduh."

"Aku tutup lagi nak?" Meleret nadanya mengancam aku.

"Tak nak... Tak nak!" Pantas kepala digelengkan walaupun aku tahu dia takkan nampak aku.

"Sudah, pergi tidur. Aku pun nak kerja esok. Kau pun ada kerja." ujar 426. Aku mengangguk saja.

Setelah itu, talian dimatikan. Aku tersenyum memandang laptop. Gajet itu dipeluk erat.

"Welcome back." ucapku, perlahan.

Hero brsama smula dgn heroinnya. Author happy sgt. Asyik buat scene sedih jekn? So kali ni author buatlah hero stuju nk kwn dgn heroin. Pelan-pelan ya readers sume. Vote n comment!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now