Semuanya Musnah

28.1K 3K 89
                                    

KEPALAKU terasa sangat sakit. Bagaikan ada yang sedang mencucuk-cucuk kepala ni. Pandangan mataku kelihatan agak kabur. Pedih! Setelah memastikan mataku dapat berfungsi dengan baik, mataku dibuka.

Siling putih.

Kepala menoleh ke kanan. Dinding biru.

Pandangan diarahkan ke kiri. Langsir hijau.

Tangan perlahan-lahan naik memegang kepala yang terasa berdenyut. Dahiku berkerut menahan sakit yang mencucuk.

"Aku kat hospital ke?" Monologku, lemah.

"Ya, Shafira. Awak kat hospital." Jawab seseorang. Pantas aku memandang ke arah sudut bilik. Haries sedang berdiri di situ sambil memegang telefon bimbitnya. Dia baru lepas selesai menghubungi seseorang agaknya.

"Haries? Awak... buat apa kat sini?" Soalku. Dengan menggunakan tenaga yang ada, posisi ditukar kepada duduk. Segan sebab Haries nampak aku tengah berbaring.

"Hah? Err..." Haries berdehem seketika sebelum menyambung kembali kata-katanya yang putus tadi. "Awak pengsan dalam bilik tadi. Jadi, saya bawa awak pergi hospital." Beritahunya lalu dia melabuhkan punggung di sofa kulit bertentangan dengan katilku.

Pengsan? Bilik? Keningku bertaut rapat sebelum kejadian malam tadi kembali bermain di layar minda. Mataku membulat luas.

"Keluarga saya? Papa dan mama macam mana? Apa jadi kat diaorang?"

Kelam-kabut aku selak selimut lalu turun tergesa-gesa dari katil.

"

Shafira, kau nak pergi mana? Baring balik." Arah seseorang dari arah pintu. Pantas kepala menoleh memandang empunya badan. Farhan!

Aku mula pening. Kenapa Farhan dan Haries boleh ada dekat sini? Mungkin mereka pun ada di tempat kejadian? Ah, tapi apa yang penting sekarang ni ialah keadaan keluargaku. Aku mesti tahu apa yang terjadi pada mereka sebenarnya.

"Han, Datuk Yusri dan Datin Bashirah macam mana? Huraiyah, Humaira dengan Ian ada kat mana sekarang ni? Apa yang jadi sebenarnya? Haries? Awak pun ada kat tempat kejadiankan?" Soalku bertalu-talu lalu wajah tenang Farhan dan wajah serba salah Haries dipandang silih berganti, meminta penjelasan mereka.

Mereka hanya diam. Aku menunggu dengan sabar jawapan mereka tapi mulut mereka bagaikan terkunci rapat. Tiada seorang pun yang mahu beritahu aku kejadian sebenar.

Melihatkan reaksi mereka, aku jadi tak tentu arah. Macam-macam perkara tak elok yang aku bayangkan.

"Kenapa diam? Jawablah!" Marahku dengan suara yang naik sedikit. Aku mahu tahu semuanya!

"Baik kau rehat je, Fira. Nanti kau dah sihat, aku beritahu kau. Semuanya." Ujar Farhan lalu dia mendekati aku yang mahu bangun dari katil.

Bajuku ditarik supaya aku kembali berbaring.

"Saya dah cukup sihat untuk tahu semuanya. Saya tak perlukan rehat lagi. Now, tell me!" Arahku, agak tegas. Mataku tajam menentang mata kelabu gelap milik Farhan.

"Shafira, rehatlah. Awak masih belum sihat sepenuhnya," pujuk Haries, lembut.

"Kan saya dah cakap, saya okey!!" Jeritku, geram. Aku menepis kasar tarikan Farhan pada bajuku.

Kenapa susah sangat? Aku cuma nak tahu apa jadi kepada keluarga aku. Tentang apa yang berlaku malam tadi. Perilaku mereka seolah-olah mahu merahsiakan sesuatu daripadaku. Rahsia yang tak enak didengar oleh halwa telingaku. Aku pasti!

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now