Rara 'n' Zameer

33.2K 3.4K 330
                                    

RANIA berdiri di hadapan Tan Sri Kamal sambil menunduk memandang lantai mozek yang berkilat. Manakala Zameer bersandar elok di dinding pejabat.

"Rara, what is this? Papa dapat tahu daripada Mr. Faizal yang Rara tak bersungguh-sungguh belajar. Markah pun rendah. Apa yang berlaku ni?!" Tengking Tan Sri Kamal, berang. Wajahnya memerah.

Anak tunggalnya itu dah selalu diberi muka. Sekarang, naik lemaklah jadinya. Malu air mukanya apabila berhadapan dengan pensyarah Rania, Mr. Faizal yang berumur 30-an tu.

Katanya, prestasi Rania di universiti sangat teruk. Markah lulus yang cukup-cukup makan itu pun diberi atas alasan simpati. Jikalau tak, Rania terpaksa ulang balik semester.

Gadis itu langsung tak melawan. Jemarinya tergenggam erat bersama air mata di pipi. Dia tak mahu Tan Sri Kamal lihat air matanya. Dia tak nak Zameer memandang rendah dirinya kali ini.

Rania tak salahkan papanya. Dia sedia maklum, Tan Sri Kamal tak tahu cerita sebenar yang terjadi. Tan Sri terlalu percayakan bulat-bulat Mr. Faizal itu.

"Sudahlah tu, Rara! Kamu tu dah 19 tahun. Dah besar. Patutnya dah matang. Bukan berfikiran kolot macam budak-budak!" Marah Tan Sri Kamal lagi. Dia tak peduli. Baginya, Rania dah terlalu melampau.

Zameer menahan rasa melihat Rania yang dimarahi sebegitu rupa. Mahu mencelah, dia masih mampu berfikir. Jangan melawan jika Tan Sri Kamal sedang marah. Buruk padahnya!

Tersentap hati Rania mendengar kata-kata papa kesayangannya. Dia tahu, dirinya masih macam budak-budak tapi perlu ke dicacinya sedemikian rupa? Papanya tak pernah begini.

"Kamu jangan nak malukan papa lagi! Jatuh air muka papa kerana ada anak macam kamu! Kawan-kawan papa semuanya ada anak-anak yang berjaya. Kamu ni, baru semester pertama dah nak gagal!" Jerkahnya, geram. Langsung tak sedar kata-katanya yang menghiris hati anak tunggalnya.

Gara-gara amarah, semuanya tak dipeduli lagi.

"Sedarlah, Rara. Sampai bila kamu nak tenggelam dalam dunia kamu tu? Mama kamu dah lama pergi. Tak payah fikirkan dia lagi. Mulakan hidup baru! Papa dah terlalu manjakan kami dan sekarang, papa rasa menyesal sebab buat macam tu. Rara jadi perempuan yang tak pandai urus diri, gagal dalam pelajaran dan sekarang kamu nak malukan papa pula!" Jeritnya.

Bahu Rania sudah terhenjut-henjut menahan tangis. Ingin saja dia membantah segala kata-kata Tan Sri Kamal tapi dia tak punya kekuatan untuk melawan kata ayahnya sendiri. Rania tak mahu menjadi anak derhaka.

Akhirnya, dia melarikan diri dari pejabat Tan Sri Kamarul. Dia tak sanggup memandang wajah bengis papanya.

Zameer mengeluh perlahan. Sebelum melangkah keluar, sempat dia mendekati Tan Sri Kamarul.

"Tan Sri, saya bukan nak menyibuk tapi kata-kata Tan Sri tadi memang melampau. Ada rahsia yang Tan Sri tak tahu. Rahsia kenapa Cik Amirah hampir gagal." Tajam kata-kata itu menusuk hati bapanya.

Dia mula rasa bersalah, namun kerana ego seorang bapa, dia hanya berdiam diri. Dia tak mahu meminta maaf pada Rania yang baginya Rania yang bersalah!

Tapi apakah rahsia itu?

Mata Tan Sri Kamal memandang tajam Zameer, bodyguard yang diupah olehnya sendiri.

Zameer menyilang tangannya.

"Semua rahsia tu ada pada tangan Tan Sri tapi Tan Sri terlalu yakin sampaikan apa yang ada di tangan, Tan Sri tak ambil peduli dah. Tu saja saya nak cakap. Saya pergi dulu. Assalamualaikum." Ucap Zameer, tegas lalu menuju keluar meninggalkan Tan Sri Kamal temangu-mangu sendiri.

#####

TERDENGAR suara itu berdekah-dekah ketawa di hujung talian. Suka benar agaknya.

"Padan muka you, Rania. Kan I dah warning, kalau you melawan, senang-senang saja I akan hancurkan kepercayaan papa you pada you, sayang." Ujar Faizal.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now