Ubat Kesedihan

34.5K 3.7K 51
                                    

HARI ini ialah hari yang mulia. Penghulu segala hari dimana hari ini diberkati oleh Allah. Malah pada hari Jumaat ni juga, hari kiamat akan melanda pada bumi yang fana ni.

Jadi, aku dan Kak Nurin datang melawat kubur keluargaku dan Maya. Apabila kami tiba di tanah perkuburan, beberapa orang berselendang dan berkopiah sedang membersihkan kubur dan mengalunkan bacaan Yasin.

Aku beriringan dengan Kak Nurin melangkah ke kubur mereka yang dirindui. Oleh sebab masalah syarikat kebelakangan ini, dah tiga minggu aku tak melawat mereka.

Hanya Kak Nurin yang rajin memastikan kubur-kubur itu dijaga rapi. Kak Nurin sememangnya dah banyak berkorban untuk aku.

Kami membentang tikar dan duduk bersimpuh di situ. Pertama sekali, aku melawat mama dulu. Batu nisan yang tertulis nama mama diusap perlahan.

Senyuman kuukirkan sebagai tanda kekuatan untuk mereka. "Assalamualaikum. Mama, maafkan Fira sebab lama tak datang jenguk. Fira sibuklah. Tapikan mama, semuanya okey. Fira dapat uruskan syarikat tu dengan baik." Ceritaku bernada gembira.

Walhal dalam hati, Alim saja yang tahu.

"Mama ingat tak masa dulu? Fira ni manja gila. Semua benda nak buat dengan mama. Papa cakap Fira ni anak bawah ketiak mama. Tapi Fira manja sebab Fira sayang sangat dekat mama." Aku tersengih. Kolam mataku dah basah. Ya Allah.

"Tapi tu dulu. Sekarang ni, Fira dah tak boleh jadi manja lagi." Sedaya upaya air mata ditahan dari menitia ke pipi.

Terasa genggaman tangan Kak Nurin di tangan kiriku. Aku tersenyum kelat.

Kini kubur papa dipandang. "Papa, syarikat papa ni kenapa besar sangat? Susahlah Fira nak uruskan. Yalah, semua benda Fira buat. Nasib baik PA papa ni tolong."

Sunyi. Tak ada siapa yang balas. Tuhan yang Membolak balikkan Hati, kuatkanlah aku.

"Tapi Fira akan kuat! Sebab tukan hasil titik peluh papa. Fira ingat lagi dulu-dulu papa cakap. Papa nak tolong anak-anak yatim, orang miskin tak kira agama dapatkan rumah cantik-cantik untuk diaorang. Papa, Fira... Fira akan teruskan perjuangan papa ni." Di hujung ayat, suaraku berubah serak.

Air mata yang tak sempat jatuh diseka pantas. Pipi ditepuk perlahan, cuba menenangkan diri. Aku perasan mata Kak Nurin juga dah merah.

"Kak Fiqa, Fina. Tak sangkakan, kauorang akan pergi dulu? Baru aku tahu, sunyi tanpa adik-beradik. Kalau dulu, bukan main marah tapi sekarang baru aku tahu, besarnya nikmat Allah kat aku sebelum ni. Kita selalu gaduh sama-sama, makan sama-sama dan main pun sama-sama. Tapi bila dah dewasa ni, semua bawa haluan masing-masing." Ujarku lalu tergelak kecil mengingatkan memori itu.

Kadang-kadang, kami gaduh hanya kerana benda kecil saja. Ya Allah, bahagianya aku dulu.

"Dan sekarang, aku dah tak ada adik beradik. Kalau aku diberikan peluang, aku nak luangkan masa dengan kauorang."

Bibir diketap menahan rasa. Tolonglah, Shafira. Jangan menangis!

Batu nisan Maya diusap lembut bersama senyuman pahit.

"Hmm... Maya. Aku sunyilah. Dulu, ada juga tempat untuk luah masalah. Teman belajar, teman pergi keluar, teman kena denda dengan cikgu. Kau pun banyak maknanya dalam hidup aku."

Kami di sekolah dulu boleh tahan nakalnya. Prank kawan-kawan dan cikgu. Alahai, indahnya memori ni.

"Kadang-kadang, kita akan gaduh besar! Tapi dua jam lepas tu, kita baik semula. Macam tak matang pulakan cara kita gaduh tukan?"

Tiada jawapan. Ya, aku tahu takkan ada. Aku redha walaupun sakit.

Ya Allah, kalau boleh diputarkan masa lalu, satu saja aku nak buat. Aku takkan pergi UK dan tinggalkan mereka di Malaysia. Aku akan hargai masa 3 tahun di UK sana bersama mereka kat sini.

Tapi mana mungkin. Ini qadak dan qadarnya. Sebagai hamba, aku mesti menerima semua ni.

Lima buah kubur itu dipandang. Akhirnya, air mata yang ditahan sekian lama jatuh menitis.

Tangan tergenggam erat. Jika aku mampu pergi ke waktu dulu, akan aku hargai mereka. Bahagiakan mereka. Korbankan segalanya untuk mereka.

Ampunkan aku, Ya Ghaffar. Aku tak seteguh yang disangka semua. Aku terlalu lemah!

Aku tersedu sedan di hadapan kubur. Bahuku dipeluk oleh Kak Nurin yang turut mengalirkan air mata. Pelukannya dibalas.

Pedihnya rasa, sakitnya tak mampu dikata.

Tiba-tiba bahuku dipegang seseorang. Pantas aku menoleh memandang sebelah. Seorang wanita tua berselendang tersenyum di sisiku. Mungkin pelawat yang aku lihat tadi.

Surah Yasin dihulurkan buatku. Aku terdiam sebelum menyambutnya perlahan-lahan.

"Nak, Surah Yasin, kalamullah, pengubat segala penyakit dan sedih. Nak, jika kamu sedih, inilah ubatnya."

Aku terangguk-angguk lalu surah Yasin itu dipeluk erat. Setelah mengucapkan terima kasih, wanita tua itu berlalu pergi bersama suaminya.

Buku itu dirapatkan ke muka. Ya Allah, ubatkanlah sedih ini dengan keteguhan yang kukuh. Aamiin.

Chap ni mmg author saje bgi sedih2. Author just nk ckp kt sini(for myself too), hargailah dorg slagi dorg ade. Well, author x prnah rase kehilangan, but author cuba bygkn dn nilah hasilnya. Hihi. Vote n comment.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now