Rancangan Jack

25.4K 2.7K 14
                                    

JACK melabuhkan punggungnya di kerusi biliknya, menghadap dua orang yang paling dipercayainya dalam kumpulan Red King, Isaac dan Fred.

"I ask you one last time, Red Joker. Are you really sure want to do this?" Soal Isaac lalu memandang tajam sepasang mata milik Jack. Lelaki itu nampak tekad dengan keputusannya walaupun berkali-kali dinasihati.

Jack mengeluh lalu menyilangkan tangannya. "Kau sendiri dah tahu jawapannya."

Penat rasanya. Bukan kerana asyik ditanya soalan yang sama, tapi penat dengan perasaannya. Dia nampak tenang, tapi hakikatnya, Jack sedang melawan gelora di hati sendiri. Dia berbelah bahagi antara dua jalan.

Setiap kali ditanya oleh Isaac, sekali itu jugalah, hatinya akan menjadi ragu-ragu. Tapi sebagai Red Joker, dia kena cekalkan hati. Keputusannya adalah yang terbaik untuk Red King. Bukan, untuk Maya Karmeela.

"Baiklah, kalau itu keputusan kau, aku nak cakap apa lagi?" Celah Fred lalu mengangkat bahu tanda tak kisah. Dia dah letih nak cakap panjang-panjang. Red Joker pasti lebih mengenali RedK dan tahu apa yang terbaik untuk ketua mereka.

Malah Jack juga dah menjadi orang kepercayaan RedK dari umur 15 tahun lagi.

"Kalau macam tu, aku nak rancangan ni go smoothly. In two months, this should come to its end." Ujar Jack, perlahan tapi tegas.

Selesai perbincangan, Isaac dan Fred keluar dari bilik Jack, menuju haluan masing-masing. Dan saat Jack turut keluar dari biliknya, terlihat RedK berdiri tegak di hadapannya dengan tangan disilangkan ke dada.

"Looks like you guys are having something without me?"

Jack senyum lalu berjalan pergi tanpa menjawab soalan RedK. Pantas, RedK mengekor dari belakang. "Hei, Jack. Kau ada sembunyikan sesuatu daripada akukan? Selalu sangat aku nampak Isaac dan Fred masuk dalam bilik kau. Kauorang bincang apa tanpa aku?" Soal RedK bertalu-talu. Dia agak tak puas hati melihatkan itu. Wajahnya agak tegang

Kenapa perlu ketepikan dia?

"Nothing!" Balas Jack, ringkas. Dia berjalan menuruni tangga tanpa memandang wajah RedK di belakangnya sedikit pun.

"Tak, dari gaya kau, ada sesuatu kau sorokkan. Kau ada rancang apa-apa ke tanpa aku? You better tell me, Jack." Ugut RedK dalam diam. Dia masih setia mengikut jejak orang kanannya itu.

Jack mengeluh perlahan lalu dia pusing menghadap RedK. Dia tak mahu mencetuskan pergaduhan dengan RedK lagi.

"Bincang pasal bisnes. Fred beritahu ada masalah sikit." Bohong Jack.

"Dah tu, kenapa tak panggil aku sekali?" Wajah tegang RedK berkurangan.

"Sebab benda tu tak penting sangat. RedK kena selesaikan benda yang lebih besar dari layan benda remeh-temeh ni."

RedK terdiam. Jack tak pasti adakah gadis itu sedang berfikir atau mencurigai jawapan yang diberikannya.

"Suka hati kaulah!"

Dan RedK terus melangkah pergi.

Jack memandang bayang gadis itu menghilang dari pandangan matanya.

"I'm sorry, Maya." Bisiknya.

#####


REDK merebahkan badannya ke katil empuk miliknya. Siling putih dipandang kosong. Fikirannya berputar-putar mengingatkan Jack, orang kanannya yang sudah berbelas-belas tahun berkhidmat dengan Red King. Dia pasti, Jack ada rahsia yang tak mahu dia tahu.

Tapi apa?

Hubungannya dengan Jack pun terasa makin renggang. Lelaki itu sedaya upaya cuba mengelakkan diri daripadanya. Sekarang ni, nak bertekak pun, RedK jadi janggal. Dia merasakan Jack memang sengaja menjauhkan diri, mencipta jurang antara mereka.

Kenapa?

"Argh!! Kalau aku tahu, tak payahlah aku pening-pening kepala fikir lagi!" Marah RedK. Entah pada siapa agaknya. Dia mengiringkan badannya ke kanan, menalakan pandangan pada dinding berlatarkan perang itu.

Tiba-tiba dia jadi....

Sebak.

Dulu, mereka selalu bergaduh. Tak pernah pun satu hari tu berlalu tanpa mendengar suara mereka berdua yang saling bertingkah. Kadang-kadang, punca pergaduhan hanyalah perkara kecil saja. RedK dah berkawan dengan Jack sejak ayahnya hidup lagi.

Bila dia sunyi atau rasa sedih sebegini, pasti akan ada Jack yang akan membuatnya sakit hati dan marah. Dia tahu, Jack cuba nak buat dia lupa semua perkara yang menyedihkan RedK. Dia sedar itu dan sejujurnya, Maya memang amat menghargai Jack dalam hidupnya.

Jadi, bila mereka mula renggang, dia jadi kecewa. Pelbagai perkara menerjah mindanya. Tentang kematian ayah kandungnya, tentang bahagia yang pernah dicipta bersama Shafira dan kemesraannya ketika dengan Jack. Semuanya telah berakhir.

"Betul cakap Jack. Tak ada bahagia untuk orang macam aku." Getusnya, dengan suara yang serak. Air matanya bertakung lalu perlahan-lahan menuruni pipi dan akhirnya jatuh menitik di cadar katil.

Cadar katil berwarna biru gelap itu digenggam kuat. Bibir diketap rapat. Sedaya-upaya suara tangisannya cuba ditahan agar tidak meletus.

"Bodoh, jangan menangislah! Apa guna kau menangis, Maya? Semuanya takkan kembali lagi!"

"Kau memang bodoh!" Marah RedK. Sekarang dia tahu, manusia yang paling dia benci sekarang ini ialah dirinya sendiri.

Hmmm.... agak sedih juga citer pasal Maya ni. Tak tau kenapa, author pun rasa kesian! Apsal semua watak jahat dalam citer ni mcm jadi baik je? Sbb citer ni tag happyending kut! Haha! Apa2 pun, enjoy! Vote and comment!


Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now