Kawan Baik

27.3K 3K 310
                                    

REDK terbangun dari duduknya dengan mata membulat memandang Lyana dj hadapan yang sudah tersengih-sengih kambing.

"Kau tak salah dengar? 426? Kau pasti?" Soal RedK bertalu-talu. Wajahnya jelas terkejut mendengar maklumat yang diperolehi oleh Lyana.
Shafira dan 426 berhubung rapat!

Kepala Lyana terangguk-angguk. "Ya, saya tak salah dengar, bos. Memang malam tu dia tengah cakap dengan 426. Saya tak tahulah dah berapa lama mereka kenal tapi dari gaya cakap tu, Shafira dah berhubung lama dengan 426."

Mendengarkan itu, RedK jadi tak senang duduk. Dia mula jalan mundar-mandir sambil menggigit kuku. Jelas riak resah terpancar di air mukanya.

Bibir Lyana tersenyum puas hati. Dari reaksi RedK, dia pasti RedK akan mengupahnya untuk memutuskan terus hubungan antara426 dan Shafira pula. Dia pasti!

Maksudnya, makin bertambahlah duitnya. Memang mangsa Lyana kali ni, betul-betul menguntungkan!

Manakala RedK resah sendiri. Patutlah proses mensabotaj syarikat tak berjaya. Rupanya kerana ada 426 yang sentiasa mengawal ketat sekuriti syarikat itu.

Macam mana RedK mahu membalas dendam pada Shafira jika ada 426? Agaknya, sekarang ni pun 426 sudah mengetahui identiti dirinya.

Jikalau begitu, gagallah semua rancangannya untuk membalas dendam. Hacker 426 tu langsung tak boleh dijangka dan sekarang penggodam terkenal itu berada di pihak Shafira.

"Arrghh!!" Jerit RedK lalu pasu besar di tepi dinding ditolak hingga jatuh berderai. Kaca-kaca porselin dari Tokyo kini bersepah di atas lantai.

Mata RedK mencerlung pandang Lyana. Perempuan itu dah ketakutan apabila melihat kemarahan RedK.

"Aku nak kau buat mereka berdua tak berhubungan lagi. Tapi! Pastikan Shafira tak syak apa-apa pada kau. Kalau tak, kau tahulah nasib kau. Now, get out!" Arah RedK sambil jarinya tepat menuding ke arah Lyana.
Di mata RedK, terpancar rasa benci yang mendalam. Sedalam lukanya selama ini.

Dia akan pastikan rancangannya untuk membalas dendam terhadap Shafira akan terlaksana. Dia takkan biarkan sesiapa menghalangnya.

Takkan!!

#####

WAJAHKU di cermin yang disediakan di pantri dilihat. Ah, Shafira Addina nampak tak bermaya.

Mataku kelihatan sembap dan bengkak. Hidung juga kemerah-merahan. Muka pun nampak pucat macam orang sakit.

Ni semua gara-gara aku menangis semalaman tanpa henti. Sedih kerana buat 426 terasa. Ada juga aku menghubunginya pagi ni, tapi langsung tak berjawab!

426 masih marah dengan aku! Dia akan tinggalkan aku!

Mengenangkan itu, air mataku mengalir perlahan. Cepat-cepat aku seka dengan belakang tangan.

Kedua-dua belah pipi ditepuk kuat dengan tapak tangan supaya aku berhenti menangis tapi usahaku tak membuahkan sebarang hasil.

Hmm... Mesti 426 terasa hati sekarang ni. Dia dah banyak berkorban untuk aku dan aku pula sanggup cakap macam tu. Dia dah berikan aku bahagia, dia buat aku ketawa dan dia yang mampu buat diri ini tersenyum.

Tapi kerana ikutkan sangat hati, 426 dah tak nak cakap dengan aku lagi! Dia tak mahu pedulikan aku lagi!

Betullah kata orang tua-tua, ikut hati, mati... Ikut rasa, binasa.

Cermin kecil di hadapan ditenung dengan mata yang berair. Bibir digigit kuat.

"426, maafkan saya."

Ingin saja aku menangis kuat-kuat dalam pantri ni tapi aku malu kalau orang lain dengar.

Tiba-tiba aku terasa ada benda panas di pipiku. Kepalaku menoleh memandang kanan.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now