Misi Mencari Bermula

27.6K 3K 185
                                    

PUKUL 1.30 tengah hari. Lekas-lekas barang-barang yang bersepah di atas meja disusun ala kadar. Aku perlu cepat sekarang. Sebuah fail yang tebal seinci itu dipeluk rapat ke dada. Masa yang berlalu begitu berharga. Kunci kereta diambil lalu bergegas aku menuju ke pintu lif.

Punat turun ditekan. Sempat aku berbalas senyum dengan pekerja-pekerja yang ingin turun untuk makan tengah hari. Sementara menunggu pintu terbuka, fail biru tua di tangan diselak ke helaian pertama.

Terpapar gambar kecil Farhan di tengah-tengah kertas dengan butiran peribadi lelaki itu. Farhan Qaidhar bin Datuk Haidil, bekerja sebagai seorang usahawan dan mempunyai kafe sendiri walaupun mempunyai masa depan yang lebih cerah di syarikat ayahnya, Datuk Haidil.

Dia merupakan orang dalam PDRM dan bekerjasama dengan Inspektor Aiman Nafis dalam bidang penyiasatan. Selain mengambil jurusan keusahawanan, Farhan ada juga terlibat dengan jurusan perkomputeran.

Ah, baru aku ingat! Farhan memang pandai dalam bidang IT. Dulu pun dia pernah tolong aku betulkan laptop yang dah rosak tu. Jadi, kemungkinan dia ialah 426 pun tinggi! Argh, kenapalah dua-dua orang lelaki ni mesti sama sikapnya seperti 426?!

Mana satu sebenarnya?

Lagi... lagi!

Helaian fail diselak secara rambang.

Sekarang Farhan tinggal di rumah sendiri. Aku lihat alamatnya. Ah, dekat dengan tempat tinggal akulah! Macam mana aku boleh lupa ya? Hmm... maklumat ni tak berapa membantu. Apa yang boleh memberikan klu kepada aku bahawa Farhan ialah 426 atau bukan?

Kepala yang bertudung digaru-garu perlahan.

Dahiku turut berkerut-kerut memikirkan segala kemungkinan yang ada. Helaian itu diselak-selak lagi hingga sampai ke muka surat yang terakhir.

Farhan hanya membantu polis dalam penyiasatan kes-kes yang sukar saja. Biasanya, kes-kes yang senang ni, pihak polis yang selesaikan sendiri. Jadi, maknanya... Farhan ni taklah sibuk sangat macam yang aku sangka?

Pantas kepala tergeleng-geleng. Boleh jadi dia sibuk juga kerana perlu uruskan kafe diakan? Argh, tapi apa kaitan semua ni dengan 426?!

Tiba-tiba aku terasa beg tanganku ditarik dari hadapan. Aku tersentak. Eh, Haries. Sedar-sedar saja, pintu lif dah terbuka luas. Semua orang di dalam lif tersengih-sengih melihat aku yang terpinga-pinga. Cepat-cepat aku masuk ke dalam lif.

Dah lama ke aku berdiri je depan lif tadi? Mukaku terasa membahang. Pekerja-pekerja di dalam lif ada yang sedang tahan ketawa melihat aku. Malunya!

"Haries, dah lama ke saya berdiri depan lif?" Soalku dengan nada berbisik memandangkan dia di sebelah aku.

"Dalam tiga minit jugalah awak duk belek fail tu." Beritahu Haries, perlahan.

"Hah? Kenapa tak panggil?" Tanyaku, agak tak puas hati.

"Saya baru sampai tadi. Nampak awak khusyuk sangat, terus saya tarik awak masuk lif." Jelas Haries lalu tergelak kecil.

"Maaflah, Cik Shafira. Dah banyak kali kami panggil cik, tapi Cik Shafira macam tak dengar." Celah seorang wanita di sebelahku. Mendengarkan itu, aku termalu sendiri. Aduh, mesti mereka semua dengar.

"Sori, semua." Ucapku sambil tersengih bersalah. Alahai, ini 426 punya pasal! Habis 426 yang tak bersalah disalahkan oleh aku gara-gara malu dan tak puas hati.

"Tapi, saya patut berterima kasih juga sebab kalau bukan awak, mesti saya tak sempat masuk lif." Ujar Haries lalu ketawa. Gelaknya diiringi tawa pekerja-pekerjaku di dalam lif.

Hacker 426 ✔️ Where stories live. Discover now