Episode 35 Naughty Baby!

178 21 2
                                    

(PLEASE LEAVE THIS EPISODE SOME VOTE. Thank you💋💋❤❤)

Author:

"Okay, P'Author tidak janji andai Episode kali ini panjang seperti rambut Repunzel atau pendek seperti rambut askar (Soldier). Sebab nya, tadi Pagi, Si Pengetua/ Kepala sekolah meminta P'Author untuk membawa murid2/ anak2 sekolah bersenam/berolahraga. Then suddenly, ada meeting! YAHHHHH........!!!!! Jadi lambat update....! Rasanya seperti menipu readers aja.......!!😤😤😤😩😩😩

So, here we go!

(11/08/2018-Saturday)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3rd Person POV.

......................

"Di mana janji Baby untuk menjaga cinta kita?"

Wayo termenung panjang melihat message terakhir Phana sebelum kekasih tinggi nya itu Offline!

"Mengapa..."

"Mengapa..."

"Mengapa...."

Ayat itu terus-menerus mengetuk pintu rasa bersalah nya! Mengapa harus bergini? Mengapa?!
Yah....!! Malah sekarang Aku yang guna words itu, "Mengapa!" - kutuk perasaan Wayo terdalam...

Selepas habis sahaja Wayo membaca message terakhir itu yang berbaur kekecewaan, rasa riang nya mati serta-merta! Tiada lagi 'mode' Happy hours yang sebelum tadi menyelubungi jiwa remaja nya. Lalu, smartphone itu diletakkan semula diatas meja Bar!

Punah!

Ya, itulah ayat yang dapat diungkap kan nya untuk diri sendiri! Malam yang sepatutnya untuk berhibur bertukar menjadi malam duka buat dia dan kekasih nya di Malaysia.

Ming yang terkesan akan perubahan sang sahabat baiknya, lantas mendekat, mengalunkan lengan panjang nya di bahu Wayo lalu mengucapkan kata-kata santai.

"Relaks Yo.... Kenapa kau harus bermasam muka. Tidak mungkin hal sekecil ini pun dia hendak cemburu? Jeez........!" Kata Ming dengan tenang sambil menggeleng-gelengkan kepala nya perlahan.

Jika difikirkan semula, memang benar! Itu semua hanyalah hal kecil. Mengapa P'Pha harus marah?! Bukan nya aku dicium di mulut pun..!! Mulut ku ini masih sahaja "SAH" milik nya! Belum ada yang "Sebelum" atau "Sesudah" dirinya! Dialah yang pertama, bentak perasaan lelaki comel itu dengan wajah kekesalan.

Tetapi jika difikir DUA KALI....., Phana benar! Mana pergi nya janji Ku untuk menjaga cinta kami?! Dia disana sedang bekerja demi masa hadapan nya dan demi mencukupi permintaan "Extravaganza" Ku yang terkadang seperti permintaan isteri mengandung sahaja, namun aku disini membalas semua itu dengan melecehkan kepercayaan?! Ah, aku benar-benar tidak menyangka 'gurauan' sederhana mampu berhujung dengan pergaduhan kecil! Jadi, sekarang....., bagaimana aku harus berdepan dengan nya?
Aduh, aduh, aduh....!!! Aku kusut......! teriak batin Wayo yang sejak tadi bermonolog sendirian.

Dengan kekecewaan yang masih menempel diwajah nya, Wayo menolak perlahan tangan panjang itu dari terus melingkari bahu nya, sebelum membongkok sedikit kehandapan lalu mencapai semula benda kecil berlogo buah Apple itu.

Dia memandang datar pada skrin smartphone nya sebelum mengeluh kasar. Roxanna dan Leyla hanya bertingkah biasa sahaja seperti tiada apa-apa yang berlaku. Mungkin sahaja mereka tidak mahu menambah ketegangan suasana ini yang muncul sejak lelaki comel itu melihat message terakhir. Ya, begitulah pada pengamatan mereka!

"Dia marah?" Tanya Jannine yang sudah mula duduk mendekati sang adik.

"Ehem" jawab Wayo tiada mood. Bibir merahnya dimuncung kehandapan dengan tatapan putus asa.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now