Episode 64: 7 Position's!

79 15 7
                                    

Author Note:

~ Okay, rasanya Carol tak payah buang masa cakap banyak2, sebab seperti yang biasa Carol minta cuma 3 perkara;
.
.
1) Please Vote
2) Leave some comments
3) Stop being to serius! Please, let yourself live in fantasy.
(Berimaginasi liar lah kerana anda berhak atas pilihan bahan bacaan anda.) 😎😎😎

~Be one of a kind~ Oh_Carol
.
.
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


3rd Person POV.
.........................

Sesusuk bayang-bayang berjalan lemah longlai menuju ke tempat parkir kereta! Ya, pemuda itu ialah putera Panichayasawat yang sedang menunggu pemandu Uber datang menjemputnya!

Tidak memerlukan waktu yang lama, kereta putih berjenama Toyota datang dan membawanya menuju ke destinasi yang diminta.

Sepanjang perjalanan, fikiran lemahnya memutarkan semula adengan-adengan yang dimainkan oleh sahabat baiknya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~•••••FLASHBACK••••••
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3 Jam sebelumnya,

Dadanya terasa sesak untuk mengepam oksigen yang cukup ke seluruh badan! Kini, sistem tubuhnya seolah-olah menolak untuk bekerja normal, mengawal sistem nervous, sebaliknya saraf otak pula yang tidak henti-henti menerima, memproses dan menyimpan data baru yang datang secara bertubi-tubi, hinggakan peluh memenuhi setiap inci tubuh putih mulusnya!

"Ai'Ming, cukup! Aku tak sanggup," rayunya sambil memandang wajah lelaki itu dengan ekspresi sayu dan memujuk.

"Aish?! Belum cukup lagiii....! Masih banyak yang perlu kau tonton sebelum aku yang izinkan pulang. Ini baru video ke-4, jadi bersabar okay? Ada 3 lagi. Aku janji, aku janji... Lepas habis semuanya, kau boleh pulang, hmm?"

"Tapi, aku tak sanggup Ming...! Ini pun dah cukup memualkan, bwuek--"

"Mual? Biar betul??? Nanti tiba masa kau sendiri yang akan melakukannya, tak mungkin kan kau kata mual semasa kau lucut Boxer P'Pha....., Mu?" dia malah ligat memancing emosi pemuda kecil itu sehingga kedua biji mata indahnya semakin membesar!

Dari posisi duduk dengan jarak, MingKwan kini mengalihkan cawan mug kopi nya ke tepi lalu duduk bersila disebelah sahabatnya. Benar-benar dekat! Sambil menekan error "back", MingKwan mulai mencari folder yang lain.

Wayo pula seperti cacing kepanasan, menyesal keputusan untuk lepak di rumah sahabatnya. Dengan gaya kurang selesa, dia memalingkan wajah sebelum Ming memanggilnya semula.

"Kau kena Cool, Bro! Inilah yang dinamakan preparation, okay?"

"DAMN IT! Kenapa aku sampai terpancing dan bersetuju pada mulanya?!" Wayo menyumpah dan mengutuk diri, tetapi itu tidak bermaksud MingKwan, si lelaki tampan dengan tubuh kurus tinggi itu akan menghentikan aktivitinya.

Lalu, denga terpaksa-rela, Wayo terpaksa juga menonton hingga habis ke-3 video terakhir itu.

"So........, bagaimana?" Soal Ming, memutar kepala kearah lelaki itu dengan sebelah alis diangkat naik. Laptop dihadapan terhenti pada scene yang kurang "senonoh"!

"......................." Wayo terdiam dan menunduk sambil memeluk lutut.

Di lihat dari posisi ini, Wayo sebenarnya tak ubah seperti patung yang comel, dengan sepasang mata bulat nan indah! Tak hairan kenapa sampaikan Billionaire muda itu tergila-gilakan rakan nya yang satu ini! Rupa paras dan tingkah lakunya tidak sejajar dengan umurnya yang bakal menginjak angka 20 tahun! Dan dengan sikap inilah MingKwan begitu yakin andai sesiapa sahaja yang mengenali sahabat comelnya ini pasti bertindak sebagai pelindung, fikirnya semasa mengamati Wayo yang bersemu merah dihadapan nya ini!

THE TUX - Book 2Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang