Episode 56 - Mercy.

102 20 8
                                    

Author Note:

Okay.......,
Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kerana sudah lama tidak update....
Kedua, saya tidak sangka andai sepanjang karya saya (TUX 1&2) anda terus menyokong moments sweet GB sama seperti saya. Thank You.
Dan yang ketiga, walaupun kita sudah sedia maklum bahawa Godt Itthipat & Bas Suradet bukan lagi actors untuk 2Moon season 2, namun saya dapat melihat anda semua terus menyokong mereka berdua tanpa membawa isu ini ke peringkat yang tidak sepatutnya. (bergaduh dengan haters Bas ataupun tidak professional)
Terima kasih kerana menjadi Fans yang bijak dengan tidak Bash actors 2Moons 2 di online. Walaupun mungkin kita tidak menyukai pemain baru 2Moons 2, tapi rasanya kita kena Move on, right? Buktikan bahawa Mommies Bas suradet mempunyai nilai Moral yang tinggi.

Baiklah, mari kita teruskan dengan kisah selanjutnya dalam "Mercy".
.
.
.
Please VOTE
LEAVE some Comments
And live in your fantasy

~Be one of a Kind~ Oh_Carol
.
.
.
.
.
.
.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3rd person POV.

Sesusuk tubuh remaja lelaki yang berisi padat namun comel seperti kanak-kanak 13 tahun, sedang menjamu selera dengan bersemangat sekali. Pagi itu, dia memilih untuk keluar awal sedikit dari rumah keluarganya kerana dia perlu menghabiskan berberapa tugasan yang tertunggak sejak 3 hari lepas! Yahhhh..... Jangan menuduh dia malas kerana sesungguhnya dia benci andai ada yang mengatakannya sedemikian walaupun itulah hakikat nya! Berikan tugas apa sekalipun, dia tetap akan malas menguruskan nya kecualilah andai dia tidak diberikan pilihan! Namun, ada satu benda yang tidak perlu disuruh, dia sendiri yang akan secara automatik berubah rajin, iaitu...

"NYAM...! Crunch...!"

Wayo terus melahap bubur berisi daging ikan itu dengan lahapnya! Matanya masih terfokus pada skin smartphone, namun tangan dan mulut nya bekerja automatik sehingga tanpa ia sedari, makanan ruji bewarna putih itu yang dihiasi taburan bawang goreng dan telur pitan, hampir habis dilahap mulut comelnya.

'KREK....KREK..!'
Bunyi sudu kaca yang berlaga dengan permukaan mangkuk, sudah cukup menandakan isinya telah habis dimakan!

Dia menjilat bibir, lalu mengangkat wajah.

"Sudah kenyang?" Soal putera Panichayasawat pada kedua-dua polis sewaan dengan mata terkebil-kebil.

Kedua lelaki berbaju hitam dengan bomber jacket biru tua itu berpandangan sesama sendiri sebelum salah satunya melepaskan keluhan. Sepatutnya yang menyoal soalan sedemikian adalah mereka, bukannya lelaki comel yang telah menghabiskan mangkuk kedua didepannya ini! Haish......, patutlah pipi membulat sedemikian rupa! Rupa-rupanya berselera besar, kutuk mereka dalam hati sambil tersenyum senang.

" Tuan muda masih mahu memesan mangkuk ke-3? Jam masih awal lagi ni," Sindir salah satunya dengan gaya melirik ke pergelangan tangan.

Wayo berhenti sejenak, memikirkan sesuatu sambil mengusap perutnya.

"Tak! Rasanya, cukuplah sehingga lunch nanti," balasnya dengan naif sambil bangun dan meletakkan dua keping wang kertas yang ditindih permukaan gelas agar tidak diterbangkan angin.

Dan kedua polis tersebut turut bangun, meregangkan urat belakang sambil memusing kekiri dan kekanan!

Tanpa menunggu lebih lama, Wayo lah yang dahulu melangkah pergi, mempamerkan wajah angkuh tanpa ekspresi ketika melintasi sebuah meja sebelum berlalu keluar. Berberapa mata memandang kagum pada wajah comel itu sambil ada diantara jari-jari nakal mengabdikan fotonya dalam smartphone masing-masing!

Pemilik meja yang baru sahaja menerima ekspresi dingin itu, tersenyum sombong; diam-diam memuji keangkuhan Wayo!

'Kita lihat, sejauh mana anjing-anjing mu dapat menahan Papi dari mendekati mu, sayang!' Ucapnya dengan yakin sambil meneguk habis Americano yang terhidang.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now