Episode 44. - Hi Baby!

90 16 3
                                    

Author Note.

Terima kasih kepada semua pembaca tersayang yang setia menanti update terbaru💖

Please Vote⭐
Leave some comments wether its negative or positive, I will always accept it😎
And remember, Be one of a kind💖

Oh_Carol

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

3rd Person POV.

"Yo......................?!!!"

"Yo, cepat laaaa........!!"

"YO!"

"Iya, iya...! Yo dengar Phi......! Yo belum pekak lagi!" Marah nya seraya menuruni setiap anak tangga dengan pantas bersama seinci muncungan bibir comel tanda marah.

Di sebelah tangan nya, dia menjinjing sebuah fail yang mengandungi berberapa sijil penting.

"Cepat laaa....!!"

"IYA..!!!" Teriaknya balas sebelum terpacak dengan wajah mencuka dihadapan si Kakak.
Gadis itu memberi tatapan bosan lalu membalikan badan nya. Wayo hanya mampu menyumpah seranah pada belakang gadis itu dengan mulut berkumat-kamit!

"Ma, kami bertolak dahulu ya?"

Jannine mengeluarkan kunci kereta nya sambil sesekali memandang ke sekitar hanya untuk mencari kelibat yang dihormati nya itu, namun hampa!

"Mama, kami bertolak ya...?"

"Tunggu, tunggu......" Teriak si ibu sambil berlari kecil dari arah dapur.

Di tangan nya terdapat dua bekal makanan yang diletakkan berasingan dalam beg kertas.
Wajah manis si ibu menyapa wajah penuh tanda tanya kedua orang kembar nya.

"Apa itu ma?"

"Bekal kamu berdua?"

"Bekal? Bukan kah kita baru sahaja habis makan malam, ma?" Tanya Jannine lanjut.

"Eh, nanti siapa tahu kamu berdua lapar di tengah malam, iya kan? Nah, ambil lah. Tapi ingat, jangan bawa adik mu menonton series Marathon hingga larut malam, Jannine...?! Tidak elok untuk mata! Ingat tau?"

Jannine memandang sekilas pada Wayo sebelum memberi janji palsu.

"Iya ma...., Jannine ingat."

"Janji?"

"Iya, janji ma,"

Lalu tangan nya pantas mencapai salah satu beg kertas dari pegangan si ibu sebelum memeluk wanita separuh baya itu, diikuti oleh si adik lelaki.

"Ma, kami jalan dahulu ya. Ingat, mama pun jangan tidur lambat."

Puan Panichayasawat mengangguk sebelum mengikuti keduanya hingga ke hadapan pintu. Pembantu rumah yang setia mengikuti puan besar nya segera membuka pintu sebelum sempat salah satu kembar itu melakukan nya, hingga mengundang tatapan kurang senang dari kedua kembar itu.

"Nanny Abby tidak perlu melakukan itu, kami sudah besar Phi! Benar kan Ma?"

"Iya, tidak perlu bersikap seperti itu, kamu disini sebagai ibu kedua anak-anak ku, bukan nya orang gaji."

Pembantu itu segera menunduk dengan perasaan terharu. Dia sentiasa ingat, Sudah 32 tahun dia bekerja disini, sebelum kedua kembar itu dilahirkan, sebelum datuk dan nenek kembar ini menyerahkan rumah agam kepada Henry, dan sewaktu kedua Tuan Puan besar nya masih berkejaran dengan tawa ria bersama selitan bunga mawar putih ditelinga Si gadis disekitar taman bunga rumah agam ini ketika usia remaja belaka. Ya, semua itu dia saksikan dengan kedua biji mata tua nya. Dari motosikal Vespa putih bernombor plat 08 hingga kepada kereta Porche pertama Henry yang masih mengekalkan nombor tuah yang sama, tuan besar nya itu tidak pernah sedikit pun ingin memecat wanita itu walau pada dasar nya dia sering bercadang ingin mengundur diri kerana kedua kembar itu sudah cukup dewasa. Alasan Tuan Panichayasawat tetap sama, rumah ini sunyi tanpa bunyi tapak kaki pada sebelah pagi, lalu wanita itu ditugaskan atau lebih tepat lagi digajikan untuk mundar-mandir tanpa kerja, tanpa alasan kukuh dalam rumah itu dengan gaji yang mampu membuatnya menjadi pesara tua kaya raya.

THE TUX - Book 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora