Episode 59: Mama or Papa ?!

94 15 2
                                    

.
.
.
.
.
"......As always, support through your Vote and Comments is needed! Thank you."
.........................~Oh_Carol~
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Wayo.P. POV.

Mama dan Papa kini berdebat halus dalam ruangan dapur! Firasat Ku mengatakan bahawa mereka berfikir bahawa andaikan aku terdengar tanpa sengaja, maka ia pasti menganggu emosi ku, walaupun nyatanya tidak perlu untuk mereka berfikir sekolot itu kerana aku sudah 19 tahun dan aku tahu mengapa.........

MENGAPA....... Persoalan nya mengapa kan?
Ya....., pastilah kerana isu P'Jane yang melarikan diri tanpa sepengetahuan kami sekeluarga.
Ah, P'Jane benar-benar membawa masalah.....!

............................................Flashback.
............................................

30 minit sebelumnya.....

Setelah mama meninggalkan majlis tanpa sebarang pesanan kecuali meminta aku dan Papa untuk tidak perlu menunggunya di majlis tersebut, aku dan Papa mengambil keputusan untuk pulang kerana jujurnya, buat pertama kali dalam hidupku, aku menghadiri majlis hari jadi tanpa orang yang akan memotong kek nya! Aneh kan?! Kemana Phi Joss menghilang, tiada siapa pun yang tahu. Urusan penting, itulah yang Papanya berikan sewaktu ditanya oleh tetamu yang lain.

Lalu, aku dan Papa hanya menunggu sahaja mama pulang, sehingga berberapa hari setelah itu, atau tepatnya hari yang ke-4 setelah ketiadaan P'Jane,

Auntie Joyce video call mama dan mengatakan bahawa anaknya telah menjejaki dimana P'Jane berada, iaitu di.....
.
.
Jamaica!
.
.
......dan malangnya Papa terdengar tentang semua itu secara tak sengaja sehingga mencetus kejadian pagi ini..!

............................................End of Flashback.
............................................

"Andai kata hati Jane disakiti lagi oleh Si Kasanova
Way-Ar itu, sayang kena bertanggungjawab! " marah Tuan Panichayasawat tidak terbendung lagi dengan dada berombak akibat Amarah yang tersimpan sejak awal lagi.

Matanya memandang Si isteri dengan jelingan tidak berpuas hati sedangkan si isteri membalas sebaliknya.

Wanita itu yang sejak dari lagi tidak melenting walau diprovok oleh suami, akhirnya bangun dari duduknya lalu membalas balik ancaman yang diterima.

"Baik, saya terima cabaran sayang itu! Namun, andai Nong Jane memilih untuk bersama Nong Joss selepas ini, sayang tidak berhak lagi untuk memutuskan hubungan mereka!" Marahnya semula dengan lantang sehingga menyebabkan yang dicabar terkejut seketika!

Agak lama untuk tuan Panichayasawat cuba mencerna semua itu sehingga akhirnya dia berlalu pergi tanpa kata-kata bersetuju mahupun membantah dengan semua itu!
Jadi, kiranya Si isteri beranggapan bahawa cabaran nya diterima lah kan?!

Kita akan lihat siapa yang menang selepas ini;
Mama or Papa?!😕😕😕

...........................................

Dengan mengamalkan sikap professionalisme, sama ada mama mahupun Papa tidak menyeret masalah P'Jane itu ke level yang lebih buruk! Mereka masih mampu bertegur dan makan semeja kecuali......,
..............
Ya! KECUALI TANPA MENYEBUT MASALAH P'JANE DALAM URUSAN SEHARIAN! Biarlah waktu dan nasib yang akan mengetahui jawapan nya.

Di sebuah kedai makan...

"Kau tidak lapar? Aku masih lama lagi ini...! Lebih baik kau pesan makanan sebelum kau menyesal nanti," cadangnya sambil menyuap puding Mango Sticky Rice kedalam mulut comelnya.

Lama dia menanti jawapan sebelum dia mengangkat wajah dan memandang teman nya yang ditanya.

Ming menggeleng sambil tersenyum kecil dan memainkan hujung buku menu dengan jari-jarinya.
Dengan gaya santai, dia tidak menjawab soalan dari malaikat kecil itu, sebaliknya dia pula yang sedang menanti jawapan dari putera Panichayasawat itu.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now