Episode 62: Chained!

117 18 18
                                    





Author Note:

~ Okay, Carol tahu banyak yang tidak sabar tunggu sambungan dari episod sebelumnya, Jadi tanpa banyak buang masa, Carol Straight Forward minta cuma dua benda;
1) VOTE.
2) COMMENTS.

Tanpa komen, Carol tak mungkin tahu Feedback dari anda semua, kan? So sila lah ber-komen dengan Carol, okay?

••••••••••••••••••••

3rd Person POV.
..........................
.
.

Tanpa berfikir dua kali, Wayo terjun kedalam kolam renang untuk menyelamatkan sesusuk tubuh yang sejak tadi tidak menunjukkan sebarang pergerakan!

Dan dengan bersusah-payah, dia cuba untuk menaikkan tubuh yang jauh lebih besar itu ke tebing kolam renang walaupun berberapa kali gagal akibat berat tambahan dari pakaian nya yang basah. Namun, Wayo tetap mencuba! Tergelincir dan terhantuk berberapa kali pun tidak mengapa asalkan 'raksasa bodoh' ini berjaya dinaikkan!

"P'Pha, P'Pha! Bangun Phi, bangun..! Please! Dont do this to me," tangis nya sambil membuka dan melontar sembarangan kasut putera Kongthanin sebelum beralih ke sebelahnya.

Dia mencuba lagi menepuk pipi lelaki itu yang mulai sejuk.

"Sial kau Phi! Jangan buat aku begini! Bangun Phi, bangun...! Oh God please..." Rintih nya dengan bunyi tangisan yang semakin kuat!

"Phi Pha, bangun Phi! Phi cuma bergurau kan? Kan? Phi tidak serius kan?!" Tanya nya lagi. Bunyi nya saja seperti orang yang sudah hilang akal.

Telapak tangan Phana digosok untuk mengalihkan haba panas, namun tetap sahaja putih pucat!

'Kenapa boleh jadi begini?! Jangan kata.....!' Seketika Wayo mematung kaku! Perasaan nya menjadi kurang elok! Air liur yang dipaksa telan, terasa tersekat dan menyakitkan.

"Phi Pha bangun...!" Wayo mulai berteriak histeria memanggil nama lelaki itu sambil menampar-nampar kedua-dua belah pipinya.

Dan dengan gelojoh, dia berlari semula ke rumah kekasihnya, menekan nombor password sliding Door, sebelum masuk untuk mencari smartphone bekas kekasihnya yang ternyata masih tersimpan rapi dalam kocek Coat nya.

Wayo menekan kata kunci pada skrin telefon itu. Jangan ditanya bagaimana malaikat kecil itu boleh tahu nombor password smartphone bekas kekasihnya, kerana Phana sengaja membiarkan Si buah hati mengetahui setiap password peribadinya kecuali Password Penthouse ini yang baru-baru sahaja ditukar! Baginya, Wayo berhak mengetahui setiap privasinya walaupun dia sebaliknya tidak mengetahui password smartphone lelaki comel itu! Benar-benar tidak adil! Tapi bukan masa yang sesuai untuk dibahas!

Wayo mendail nombor yang pertama tertera dalam lists Phana. Namun saat seterusnya, Wayo menekan tanda merah di skrin itu sehingga talian terputus begitu saja....
TIDAK! Wayo tidak sanggup dan takut memikirkan andai kata hidupnya nanti akan berakhir disebalik tiang-tiang besi!
Oh Nooo.......! Memikirkan bayang-bayang itu sahaja sudah cukup membuatkan dahinya berpeluh banyak!
Bukannya dia tidak sedar, susuk tubuh yang terbaring kaku diatas lantai kolam renang itu bukanlah calang-calang orang nya, tak pasal-pasal masa hadapan nya nanti berubah gelap kerana dituduh sebagai pembunuh! Lalu siapa yang ingin berkawan dengan nya selepas itu? Berkawan dengan pembunuh NO.1 paling comel di Thailand!!!
Oh tidak! No, no, no!

Lalu apa yang harus dilakukan nya selepas itu?!

Tanpa memikirkan tindakan selanjutnya, Wayo kembali ke sisi Phana dan mulai menggosok pipi kiri diselangi-seli kan ke pipi kanan lelaki tinggi itu. Apa-apa sahaja yang difikirkan mampu memanaskan tubuh lelaki tinggi itu!

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now