Episode 58 - One Way Ticket!

97 17 7
                                    

Author note:

Jadilah readers yang mempunyai sikap perikemanusiaan. Hargailah penat lelah Author dengan menekan Ikon bintang dan juga tinggalkan walau sedikit komen sekadar untuk Author merasa diendahkan. Tidak salah kan untuk kita berbual-bual sekejap?😉😉 Kalau anda tidak meluahkan pendapat melalui komen, then bagaimana Carol ingin tahu Feedback dari anda semua, kan?😘😘
Thank you sayang-sayang Ku semua😘😘😘

🌟Please Vote
💬💬💬 Sila tinggalkan komen ya? Author tak gigit okay😬😬
🌹🍀🌹🍀 And live in your fantasies!
.
.
~ Be one of a Kind ~ Oh_Carol
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





"Entah mengapa.., ketika mulut Ku mudah sekali mengatakan benci, tetapi hati Ku payah sekali menerima nya...., kerana minda Ku mengatakan
Aku Masih Menyintai Dirinya......💔💔💋"
..- Jannine Panichayasawat-..

3rd Person POV.
.........................

Wayo terpingga-pingga melihat si kakak kembarnya berlari pantas tanpa memperdulikan keadaan sekeliling! Mujur sahaja Tuan Panichayasawat sudah berada di bilik officenya yang juga merupakan perpustakaan mini dalam rumah agam tersebut. Kalau tidak......!!! Entah apa lagi yang akan berlaku...!

"Mama...?" Soal Wayo yang muncul di Wet Kitchen dengan kain pengelap meja masih dalam genggaman nya.

Dengan sebelah alis kanan terangkat, dia tidak dapat mengusir rasa syak wasangka yang mulai menggunung sebelum meluahkan nya tepat pada insan yang baru sahaja memprovokasi minda Jannine!

"Mama....., P'Jane...?!"

Puan Panichayasawat menoleh sekilas dengan senyuman khas nya sebelum memotong keraguan putera nya itu.

"Oh biarkan, mungkin kakak mu baru sahaja teringatkan sesuatu, lalu dia berlari pantas ke biliknya. Mungkin saja dia lupa tutup charger handphone nya atau...entah lah..!" Dalih wanita itu semula tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Wayo semakin ragu, namun dia tidak mempunyai sebab untuk meragukan ibu kandung sendiri!

'Ah! P'Jane terlalu dramatik! Sekadar terlupa tutup charger, bukan apa-apa pun!' Kutuk batin nya sebelum kembali melakukan tugas yang tergendala.

Puan Panichayasawat menghela nafas pendek! Syukurlah, si adik tidak tahu..!

Sementara itu, didalam sebuah bilik sepi milik seorang anak gadis remaja...

Sesusuk tubuh kecil sedang memeluk kedua-dua belah lututnya yang terlipat sambil memiringkan kepala ke kiri lalu menangis. Ya, dia adalah puteri Panichayasawat yang sedang meratapi berita yang baru disampaikan kepadanya!

Mengapa dia harus menangis andai ini yang dia mahukan?! Bukan kah dia yang menolak lelaki itu mentah-mentah hanya sekadar itu perintah dari Papa nya dan bukan atas kerelaan sendiri! Lalu kenapa hati ini harus lemah dan terusik jua tatkala berita mengenai restu Mama menerpa telinganya?!

"Hiks...Hiks....kenapa mesti begini?! Kenapa aku menangis...? Aku benci kau Jannine..! Benci sangat sebab kau lemah!" Maki nya dengan nada tertahan akibat tidak mahu andai penghuni yang lain tahu apa yang sedang berlaku didalam biliknya ketika ini.

"Haha.....tak, tak! Kau tak harus lemah, Jane! Memalukan saja kalau kau nangis! Ini bukan Jannine Panichayasawat namanya kalau meratapi kesedihan!"

".........."

".......Hiks......Hiks!"

"..........Hiks!"

"Hey, berhentilah bodoh! Kenapa kau terus menangis, dasar lemah! Bangun dan lapkan air masin tu! Tak ada gunanya kau menangis sebab Papa takkan ubah keputusan nya! Kau mahu jadi anak derhaka?!" Soalnya pada diri sendiri sebelum bangun menuju ke bilik mandi.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now