Episode 74 - Going Public!

156 21 11
                                    

Author Note:

Okay, untuk berberapa episode ke hadapan, anda kena bersedia kerana Episode kali ini mungkin menjadi titik permulaan sebelum berakhirnya The Tux's.
Tapi, jangan dulu bersedih. Tahan dahulu air mata anda, kerana Carol sedang dalam perancangan untuk membuat The Tux Mini Series.
Dan untuk mini series itu nanti, Carol akan ber-eksperimen dan jalan cerita nya mungkin akan sedikit berlainan. Walaupun Carol masih belum lagi bermula menulis "Mini Series" tersebut, namun Carol sudah mempunyai rangka cerita dan bagaimana Jalan ceritanya akan berakhir.

Jadi, kepada yang masih menyayangi The Tux's, anda dijemput untuk membaca!
Till then, adios my Friend!🤘
.
.
.
.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
.
.
.
.

Wayo POV.

Selepas aku mengungkapkan kata-kata yang terluah begitu sahaja tanpa aku sangka selancar ini, aku dapat melihat perubahan riak wajah kekasih Ku yang Ku simpulkan.......
- Terlalu terkejut! -

"Baby.....I I mean! Ssa..yang! Nong Yo tidak bergu-! bergurau K..kan?" Soalnya terketar-ketar namun dari sinar mata tajamnya, aku sedar andai dia sedang serius dengan soalan yang diajukan.

Namun satu benda yang sempat membuatku mengecilkan mata! Heh, banyak betul nama panggilan yang dia gunakan pada Ku ketika dia sedang gelabah? Baby lah, Sayang lah, Nong Yo la..., lepas ini apa lagi? Hmmm, tapi diam-diam aku suka!😍😆😆

"Phi, Yo tidak bergurau! Tapi, kalau P'Pha masih menganggap ini bergurau......,"

"NO! Phi percaya, Phi percaya!" potong nya pantas tanpa ku duga, dan belum sempat aku berfikir untuk melanjutkan kata-kata Ku.....

'DAP!'

Dia menarik pantas aku kedalam pelukkan nya sehingga otak ku buntu untuk sesaat!

"Phi Pha, Please! Kita masih--! Ddi lu...ar rum..mah!" tolak ku tidak selesa tatkala aku menyedari andai kedudukan kami berdua masih dikelilingi bodyguard dan polis upahan nya, namun kekasih tinggi ku ini memang tidak tahu malu! Dia masih lagi memeluk ku dengan erat sehingga ketika dia mendengar betapa susahnya aku menarik nafas.

"Maaf, Phi terlalu teruja!"

"Um....."

Aku segan pada kekasihku sendiri, namun saat menyedari andai Jam sudah menapak 1:00 pagi, aku mematikan momen romantis kami dan kembali serius.

"Baiklah Phi, Yo pun sudah menyampaikan apa yang menganggu fikiran Yo. Lagipun hari pun sudah jauh malam, Nong Yo kena balik. Selamat malam Phi,"

"What, balik? No! Kenapa Yo ingin pulang selewat ini seorang diri? Bagaimana kalau ada benda yang berlaku dalam perjalanan nanti?! No! Yo tak perlu pulang! Nong Yo bermalam saja disini, okay sayang?" pujuknya.

Aku berubah kelat.

"Phi, Yo ini lelaki tulen.....!"

"Dan Nong Yo itu bakal 'isteri' Phi," Sambungnya tanpa ku duga sehingga aku menjadi geram dan memuncungkan bibirku tanda protes.

"Phi Pha...! Yo ini lelaki, Nong Yo tahu jaga diri! Lagipun, tak manis andai Yo bermalam di rumah Phi Pha sebelum ada ikatan yang Sah!" Jelas Ku tidak berpuas hati.

"Tapi--"

"Tak ada tapi-tapi! Yo harus pulang. Besok kita masih boleh berjumpa lagi! Bye," Dan segera aku potong perbualan kami dengan ciuman pantas ku di bibirnya sebelum aku memutarkan tubuh kearah kereta ku.

THE TUX - Book 2Where stories live. Discover now