11❤

257 38 5
                                    

Aeyoung pov-

Aku melangkah dengan langkah longlai menuju ke pintu pagar sekolah.Tiba-tiba rasa menyesal sebab tak dengar nasihat Aeyoung haritu.

"Kalau dah suka..confess terus jangan tunggu.Silap hari bulan Moon Jina yang rampas role kau dalam ff ni."

Aku menggeleng kepalaku untuk menghilangkan kata-kata Yoojung.Tapi,memang aku tak dapat nafikan yang sekarang Taehyung lebih rapat dengan Jina dari aku.

Aku nampat kelibat Taehyung sedang menuju ke arahku sambil menayangkan cold facenya.

"Nanti balik dengan aku." Selepas dia kata macam tu terus dia masuk ke kelasnya.Tak,Aku yakin yang aku masih ada peluang untuk jadi heroin ff ni.Aku rasa ini peluang aku untuk confess dekat Taehyung waktu balik nanti.

Aku tersenyum gembira seraya masuk ke kelas.Aku yang baru nak duduk ternampak Jina sedang tulis sesuatu.Diari merah hati dia.

"Jina..tu diari kau ke?" Soalku curious dengan buku tersebut.Banyak kali juga aku nampak dia ni asyik menulis saja apabila cikgu belum tiba ke kelas.Yang tu takda masalah bagi aku tapi setiap Kali dia tulis setiap Kali tu dia asyik tersengih sendiri sambil memandang Taehyung dari jauh.

Hurm.Adakah Jina sudah jatuh hati pada Taehyung?Kalau ya..aku macam mana?Aku kan heroin ff ni.So,mestilah aku yang akan berada di dalam hati Taehyung.Betul tak readers?

"Huh?Aeyoung..mana ada buku diari apa pun.Ni buku beshe² je.." Jawabnya seraya tergelak kekok.Aku berdiri dan menuju ke mejanya.

"Buku beshe²?buku tentang apa?" Soalku lagi Dan cuba untuk melihat buku tersebut tetapi Jina terlebih dahulu mengambilnya Dan masukkan ke dalam beg sekolahnya.

"Mian Aeyoung but this is my secret." Kata Jina lembut tetapi ada nada dingin didalamnya.Aku berdecit perlahan.Orang nak tengok cover je bukan nak tengok isi pun.Lagipun aku ada terbaca tajuk depan buku tu macam ada nama Taehyung.

Haish..Lantaklah.Kau ni Aeyoung sibuk pehal.Wahai aura negatif,nyahkau dari kepala otak aku ni.Aku terus berpatah balik ke tempat duduk sejurus cikgu Bon Cit masuk untuk mengajar BM eh tak BK.

❤❤❤

Author pov-

Aeyoung melangkah kearah balkoni berhadapan kelas Taehyung.Dia menunggu sementara Taehyung sedang mengemas beg.

"Haih..cepatlah sikit kemasnya.Lambat betul kalah siput sedut." Kata Aeyoung sambil bersandar di pintu kelas Taehyung.

"Rilekslah sis..sabar kan separuh dari iman." Jawab Taehyung selamba lalu melangkah keluar kelas meninggalkan Aeyoung.

Aeyoung tersentap.Bukan pasal sabar tu tapi dia rasa macam dia dah kena friendzone.Pantas Aeyoung berlari mendapatkan Taehyung dan berjalan beriringan dengannya.

"Aeyoung..aku nak cakap sesuatu.."

"Tae..aku nak cakap sesuatu."

Mereka serentak berkata dan mereka memandang satu sama lain lalu tergelak.

"Urm.Tae kaulah cakap dulu." Kata Aeyoung sambil tersenyum.Mesti Taehyung sedang fikir perkara yang sama dengan dia.Getus hati kecil Aeyoung.

"Aku sebenarnya.."

"Sebenarnya....?" Soal aeyoung teruja sambil membulatkan matanya.

"Aku suka...."

"Suka...?" Semakin melebar senyumannya.Jangan cakap Taehyung sudah mula sukakannya.

"Moon Jina.Ya..aku sukakan Jina." Melopong mulut Aeyoung tidak percaya dengan luahan hati Taehyung.Dia dapat dengar hatinya berkecai,hancur berselerak seperti kaca dihempas ke tanah.

"Biar betul kau?selama ni kau mana pernah suka kat sesiapa." Aeyoung menepuk bahu Taehyung sambil ketawa palsu.Dia berfikir Taehyung cuba bergurau dengannya.

"Aeyoung.Aku serious.Aku memang dah mula buka pintu hati aku untuk gadis bernama Jina." Kini bahu milik Aeyoung yang dipegang sambil anak mata hazel milik Taehyung merenung dalam anak mata Aeyoung menunjukkan betapa seriusnya dia sekarang ini.

"Okey...so kau dah confess dekat Jina?"
Soal Aeyoung kepada Taehyung sambil tersenyum kelat.Taehyung menggeleng perlahan.

"Aku ingat nak ajak dia dinner malam ni.Jadi,aku nak ambil peluang waktu tu." Taehyung tersenyum manis.Aeyoung dapat melihat yang Taehyung memang benar-benar seperti orang yang jatuh cinta.

"Baguslah.Gunakan peluang ni sebaik mungkin.Aku pasti Jina akan terima." Aeyoung cuba menyalurkan semangat kepada Taehyung walhal hatinya sudah cukup sakit.Tapi,dia berfikiran terbuka.Cinta tidak seharusnya memiliki right?

"Urm..Taehyung. Aku lupa nak cakap aku Ada hal.Tadi mak aku kata kucing aku si Montok tu nak bersalin.Kau balik seorang je erk.Sorry..Bye!" Aeyoung pantas berlari meninggalkan Taehyung tanpa menunggu apa-apa balasan Dari bffnya itu.

Dia cuba menahan diri dari mengeluarkan air mata.Dia taknak Taehyung tahu yang hati dia hancur disebabkan luahannya.

"Aku mungkin sakit.Tapi,kebahagiaan kau lebih penting Taehyung.Aku akan cuba terimanya." Kata Aeyoung dalam hati.

TBC

Panjang tak?ehehe..maaf lewat update biasalah cuti ni.Kalau rajin kita update kalau tiba waktu malasnya.Idea memang taknak keluar langsung.hagaga..

Jangan lupa komen+tekan vote .💟

Stay tuned!




[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now