33❤

199 32 3
                                    


Aeyoung sedang menunggu seseorang di atas jambatan sambil memeluk tubuh kerana kesejukan.Hampir sepuluh minit dia berada di sini selepas mendapat pesanan ringkas dari orang itu.

Secara tiba-tiba, seseorang meletakkan kot baju sejuk di badannya.Tidak perlu pusing, Aeyoung dah tahu siapa melalui bauan maskulin yang datang dari lelaki itu.

Aeyoung tidak bercakap.Barangkali, fikirannya langsung tidak dapat menghadam bahawa kenyataan yang perit harus ditelannya sejak peristiwa petang tadi.

"Aku minta maaf..sebab terus pergi macam tu..aku ada hal yang tak dapat dielakkan."Taehyung mula berbasa-basi.Aeyoung sekadar tersenyum tawar.Ya,Jina adalah 'hal' yang tak dapat dielakkan.

"Terus terang..ada apa kau nak jumpa aku sebenarnya?"Setelah beberapa minit Aeyoung berdiam diri,dia mula menyoal.

"Eh?takkan nak jumpa kawan baik aku pun kena ada sebab?"Taehyung menyoal sambil menjungkitkan kening. Aeyoung memandang kearahnya dengan riak wajah serius.

"Kawan baik?"Soal Aeyoung sengaja menguji lelaki itu.

"Ada yang tak kena ke dengan 'kawan baik' tu?"Soal Taehyung semula sambil tergelak kecil.

"Well..aku sebenarnya tertanya-tanya tentang apa maksud luahan hati kau haritu.Kau memang sengaja nak bagi aku fakehope atau fakelove atau kedua-duannya sekali?"Pertanyaan mengejut dari Aeyoung terus merubah riak wajah Taehyung.

"A-apa maksud kau?"

Aeyoung tergelak kecil untuk menutupi kesedihan yang sedang memenuhi ruang perasaannya ketika ini.

"Kau sayangkan aku sebagai kawan atau lebih dari itu sebenarnya?aku tanya ni,kau tolong jujur."Soal Aeyoung sekali lagi.Taehyung mengeluh halus sebelum membuang pandangan ke arah pemandangan Seoul.

"Aku..aku sebenarnya tak faham dengan perasaan aku.Tentang peristiwa luahan hati aku dekat Sungai Han haritu,aku harap kau tolong lupakan pasal tu.Aku tak sengaja.Aku minta maaf sangat..aku harap kau tak ambil serius tentang hal tu."

Pengakuan yang penuh kejujuran dari mulut Taehyung sangat menghiris hati Aeyoung.Ternyata kawan baik yang paling dia sayang,cinta dan percaya dan pernah berjanji untuk menjaga dirinya,alih-alih menjadi orang yang menyakiti hatinya untuk kali kedua.

"Kenapa tak cakap awal-awal?aku faham yang cinta pertama kau bukan aku.. tapi Jina kan?"Aeyoung cuba untuk tersenyum.Dia penat untuk menangis hanya kerana cinta..cinta pertama terhadap kawan baik yang tidak berbalas.

Taehyung tidak menjawab soalan Aeyoung.Dia sendiri keliru.Memang luahan hati terhadap Aeyoung benar tapi, perasaan dia untuk melindungi dan menjaga Jina juga menyebabkan dia rasa tersepit dan berbelah bahagi.

"Memang apa yang aku cakap ni betul kan?Takpalah Taehyung,aku akan nasihatkan diri aku ni untuk move on dari kau.Tapi kita still kawan kan?"Aeyoung bertanya seraya menghulurkan tangan sambil tersenyum tawar.

Taehyung tidak menjawab,dia menyambut huluran tangan Aeyoung dan mengangguk.

"Kalau macam tu aku pergi dulu..nanti mak aku marah pula balik lewat.Bye!Aku harap kau jaga Jina baik-baik."

Aeyoung terus berlari seusai habis berkata.Senyuman menutupi kesedihan memang satu hal yang menyakitkan.Cukuplah sampai disini.Kenyataannya sekarang dah jelas.

Tapi,bukankah ini yang Aeyoung mahukan?mengalah untuk kali kedua dan biarkan Taehyung menjaga Jina yang sakit?

Ya,tapi tidak semudah 3,2,1 prego sebab semuanya melibatkan soal hati dan perasaan.

'Aeyoung kau kena move on!'

Tbc.

A/n:Plot twist lagi sekali .Setakat ni ada yang tak faham?

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now