30❤

209 29 0
                                    

A/n: Saya suggest baca chap ni sambil dengar lagu ending scene Jungkook.

__________________

Taehyung dan Aeyoung berjalan bersama menuju ke rumah masing-masing.Keadaan mereka senyap.Tiada sesiapa bersuara.Mereka asyik melayani perasaan sendiri.

Aeyoung berfikir tentang sesuatu seraya menarik nafas dalam.Dia memandang Taehyung yang seolah termenung memikirkan sesuatu.

"Taehyung..ak–"Belum sempat Aeyoung mahu bersuara, telefon Taehyung berdering.

"Kejap ada orang call.."Taehyung terus mengangkat panggilan tersebut dan berjalan menjauhi Aeyoung sedikit.Gadis itu mengeluh.Patutkah dia beritahu tentang Jina?

Selang beberapa minit, Taehyung datang kembali dengan riak cemas bercampur risau terpapar jelas di wajahnya.

"Aeyoung..maaf aku tak dapat hantar kau balik..aku ada kecemasan.."Seusai kata, Taehyung terus berlari meninggalkan Aeyoung tanpa menunggu balasan dari gadis itu.

Aeyoung yang curious terus mengikuti langkah lelaki itu yang sudah agak jauh darinya.

"Jangan-jangan haelmoni tak?"Aeyoung terus menjadi risau.Dia sudah menganggap haelmoni Kim seperti neneknya sendiri.Dia terus berlari mengikuti arah Taehyung secara diam-diam.

______


Jungkook menunggu kehadiran Aeyoung di dalam sebuah restoran.Jam tangan ditilik seraya memandang sekeliling sambil mencari kelibat Aeyoung.

Air dihadapannya semakin tawar.Mungkin dia terlalu lama menunggu kedatangan gadis itu.
Hampir satu jam setengah dia menunggu Aeyoung.

"Haih..dia lupa ke?"Jungkook masih setia menunggu tetapi selepas 10 minit,dia mula bangun untuk keluar dari restoran tersebut.

Jungkook melabuhkan duduk di sebuah bangku yang berada di hadapan restoran tersebut.Telefon dikeluarkan lantas nombor Aeyoung di dail.

Setelah berkali mencuba akhirnya Jungkook berputus asa.Panggilannya langsung tidak dijawab malah mesej juga tidak dibalas.Dia mula berasa tidak sedap hati.

Baru sahaja Jungkook mahu beredar,satu tangan menahan lengannya.Secara refleksnya, Jungkook terus berpaling sambil tersenyum.Fikirannya Aeyoung yang menahannya.

Tetapi sangkaannya meleset serta senyumannya terus mati.Tangannya juga direntap dari terus dipegang oleh gadis itu.Ya,gadis yang pernah bertakhta di hati Jungkook suatu ketika dahulu.Lee Jieun.

TBC❤

A/n:Uyeah.lepas ni jarang update dah..Harap Ada yang masih membaca ff ini.Maaflah sebab cerita ini makin penuh dengan kekelingannya.

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now