32❤

210 33 5
                                    

A/n:Erm lepas ni dah jarang update.T-T..Exam!Siapa kat sini exam juga?

Aeyoung berjalan tanpa arah.Hati dia sangat sakit ketika ini.Kenapa love story yang dia selalu bayangkan tidak sama dengan realitinya?

Sedang dia berjalan,dia berhenti memandang kearah langit yang semakin gelap.Satu titik demi titik air hujan mula jatuh menimpa mukanya.

Tangannya ditadah untuk melihat butir air hujan tersebut.Cuaca nampaknya seolah turut memahami perasaan Aeyoung ketika ini.

Semakin lama hujan turun semakin lebat.Badannya yang basah kuyup langsung tidak diendahkan.Malah fikirannya turut memainkan situasi yang menyakitkan hati tadi.

"Saya sayangkan awak Taehyung.."

"Saya pun sayangkan awak..Jina.."

Dia jatuh terduduk di kawasan lengang tersebut dan menangis tersedu sedan.Mujur di kawasan itu tidak terlalu ramai orang berjalan dan langsung tidak perasan dengan kewujudan Aeyoung kerana sibuk melarikan diri dari terkena hujan.

Tidak lama kemudian, Aeyoung tidak lagi merasa hujan menimpa dirinya.Dia terasa ada seseorang sedang memayungnya ketika ini.

Perlahan-lahan dia dongakkan kepalanya untuk melihat siapakah gerangan orang tersebut.

"Macam mana awak ada dekat sini?"Tanya Aeyoung dingin.Lelaki itu mengangkat Aeyoung untuk berdiri seraya memakaikan jaketnya ke badan Aeyoung yang basah lencun.

"Haih kenapa kau ni suka sangat menyusahkan aku?Nanti demam siapa susah?"

"Pandai-pandailah aku jaga diri."Balas Aeyoung seraya mengelap sisa air matanya.Tanpa amaran,terus sahaja Jungkook memeluk Aeyoung dengan erat.Gadis itu sangat terkejut dan cuba untuk melepaskan diri.Tapi pelukan semakin dipereratkan.

"Jungkook!Lepaskan saya!Orang tengoklah!"Marah Aeyoung sambil meronta-ronta.Jungkook tarik kepala Aeyoung kearah dadanya.

"Pedulikan tentang diorang..yang penting kau rasa lega.Aeyoung kalau kau nak menangis lagi..menangislah..dada aku sentiasa ada untuk kau buat kau lap hingus ke apa.."Sempat Jungkook membuat lawak hambar.

"Jangan risau..anggaplah apa yang aku buat ni hanya sebagai seorang sahabat yang menolong sahabatnya dalam kesusahan.Aku bukan buat semua ni semata untuk buatkan kau jatuh hati kat aku.. Tapi kalau jatuh hati lagi bagus.."

"Jung.."

"Okey..maaf..nangislah lagi sehingga kau rasa betul-betul tenang dan puas.Aku tak kisah berapa lama pun kita berdiri Kat sini..Cepat nangis.."

Aeyoung rasa sangat terharu dengan sikap Jungkook yang terlalu ambil berat perihal dirinya.Sekali lagi dia teringat tentang Taehyung dan matanya juga turut mengalirkan cecair panas.

Dalam keadaan tersedu-sedan, Aeyoung sempat bertanyakan sesuatu kepada Jungkook.

"Jung..kenapa kau ambil berat tentang aku?Aku selalu layan kau dingin,tolak cinta kau..tapi tetap kau layan aku baik..sangat.."

"Haih..aku pernah cakapkan..sebab aku sayangkan kau sangat..Tapi aku tahu aku tak mampu miliki kau..jadi ini sajalah caranya untuk buatkan aku tak terus kehilangan kau.."

"Terima kasih Jungkook.."

"My pleasure dear.."

Di sebalik dinding bangunan berdekatan, seseorang sedang memerhati Jungkook dan Aeyoung.

"Semoga awak bahagia Jungkook..terima kasih untuk segalanya.."Kata gadis itu.Jieun sempat menguntum senyuman kecil taktala terlihat Jungkook yang bahagia bila bersama Aeyoung.

Dia kemudiannya kearah sebuah kereta yang memang sudah menunggunya.

"Cik Jieun..sudah bersedia untuk pindah ke Amerika?"Soal pemandu yang berusia itu.

Jieun sekadar tersenyum dan mengangguk sebelum kereta mereka bergerak meninggalkan kawasan tersebut.

Tbc❤

A/n:JungAe momen.❣Siapa suka?

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now