24❤

256 34 4
                                    


Sejak peristiwa dua hari yang lalu dimana babak sweet dan confession oleh Taehyung asyik bermain di fikiran Aeyoung.Bibirnya mula tersenyum sendiri.

"Jeon Aeyoung?kau ni dah kenapa?tersenyum-senyum dari tadi..dah macam orang angau dah..cuba story dengan aku.." Yoojung Lee menepuk bahu rakannya yang seakan berada di dunia sendiri.

Mujur sekarang waktu rehat,kalau waktu pembelajaran,mahu didenda oleh guru yang mengajar.

"Eo?emm..nantilah aku story.. Petang nanti lepak book cafe jom.." Ajak Aeyoung sambil memeluk lengan Yoojung.

"Err aku on je..emm jap..kau tak demam kan?" Yoojung menyoal seraya melekapkan tangan ke dahi kawan baiknya.

"Hee..mana ada..aku sihat ni.." Aeyoung menepis lembut tangan Yoojung lalu menghabiskan sandwich di tangan yang baru terusik sedikit.

Yoojung berkerut dahi.Sikap Aeyoung sejak dua hari lepas ni sudah kembali asal.Dah move on ke?atau ada alasan lain yang sudah berjaya memulihkan sikap Aeyoung yang asyik bersedih ni?

Dia lega jika Aeyoung sudah kembali pulih dari 'sakit'.Asalkan kawan baiknya bahagia dan dia berharap agar sikap Aeyoung yang ceria terus kekal.

_________

Aeyoung duduk seorang diri di atas rooftop bangunan sekolahnya.Dia menikmati angin sepoi-sepoi bahasa.Jiwanya terasa tenang sedikit.

Sakit hati sudah pulih.Dia berharap agar kisah cintanya terus berkekalan.
Ya,sakit yang dia beritahu pada Jungkook bukanlah sakit kronik hanya sakit hati melihat kawan baiknya tidak mempedulikan kewujudannya.

"Tapi, Jina macam mana?aku rasa bersalah pula.Terasa seolah aku merampas Taehyung-"

"Ya..memang kau rampas Taehyung dari aku.." Seseorang menegur dari belakang dengan nada menyindir.

"Jina?aku tiada niat-" Aeyoung bangun dari kerusi dan menuju ke arah Jina.Mata Jina yang bertakung dengan air mata menyebabkan hati Aeyoung dijentik rasa bersalah.

"Kau memang tak suka hubungan aku dengan Taehyung Dari awal lagi,right?"Jina tersenyum senget sambil berpeluk tubuh.

" aku.."

"Betul kan?kau tak dapat jawab sebab apa yang aku cakap ni betul kan?cakap betul-betul Aeyoung!" Nada Jina mula naik seoktaf.

"Tak..semua tu memang tak betul!aku tak pernah ada rasa dendam dengan kau Jina!" Aeyoung menafikan sekerasnya tetapi masih dalam nada yang rendah.

"Jadi?apa maksud gambar-gambar ni?jawab dengan jujur Aeyoung!"

Jina menunjukkan beberapa kepingan gambar yang telah dicuci yang menunjukkan aksi mesra Taehyung dan Aeyoung.

"Itu.."

"Bukti ni dah jelas Aeyoung.. Kau tahu tak..aku takde sesiapa melainkan Taehyung. Ibu bapa aku pun dah tiada.Aku hanya ada Taehyung seorang saja..semangat aku kembali pulih sejak Taehyung sentiasa ada bila aku perlukan seseorang untuk mengadu.."

Suara Jina kian merendah.Dia mendekati Aeyoung perlahan-lahan lalu kedua-dua tangan Aeyoung digenggam.

"Jadi..boleh tolong aku tak?sebelum aku mati nanti..aku nak habiskan masa yang berbaki ni bersama Taehyung.. Boleh tak kalau kau beri peluang untuk kami bahagia?"

"Maksud kau?"

"Ae..Aku menghidap kanser serviks yang sudah mencapai tahap 4.Hidup aku dah tak lama.."

Sekali lagi,hati Aeyoung dipenuhi dengan rasa bersalah dan juga kecewa.Habis?luahan hati Taehyung untuk dirinya..adakah benar?kalau ya..bagaimana dengan Jina?

Nampaknya dia perlu mengalah buat kali kedua.Dia perlu penuhi hasrat terakhir gadis itu.

TBC.❤

A/n:Ada sesiapa yang menunggu update cerita ni? ●︿●?

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now