22❤

257 36 30
                                    

"Is there still have chance for us?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Is there still have chance for us?"

______________________________

"Termenung jauh nampak?" Tegur seseorang menyebabkan Aeyoung segera menoleh.

"Omma!bila sampai?"Aeyoung bingkas bangkit dan berlari ke arah Puan Jeon dan memeluknya erat.

" Baru sampai.. Abang kamu tak bagitahu kamu ke omma balik malam ni?"Soal omma seraya meleraikan pelukan.

"Tak..nak surprise latu kononnya.." Balas Aeyoung lalu melabuhkan punggungnya kembali di atas kerusi yang terletak di tepi tingkap biliknya.

"Youngie ni kenapa?Dari tadi nampak muram je.Tak suka omma balik?" Soal Puan Jeon lalu mengambil tempat di birai katil milik anaknya.

"Eh..mana ada..Youngie mestilah suka omma dengan appa balik.Best honeymoon?Youngie nak dapat adik baru tak?" Soal Aeyoung kembali sambil tersengih yang dibuat.

"Ish kamu ni..omma dengan appa bukan saja-saja pergi Malaysia.Kami pergi atas urusan kerja.Dah pandai anak omma ni sekarang nak menyakat.Kamu tu bila lagi?"

"Bila lagi?apa yang bila lagi?" Soalan berbalas soalan.Dahi Aeyoung berkerut seribu menandakan dia betul-betul tak faham.

"Haih..maksud omma,kamu dengan Taehyung dah ke peringkat seterusnya ke?"

Aeyoung terdiam.Tch- dia dengan Taehyung nak ke peringkat seterusnya? Jangan mimpilah Aeyoung.

"Hei!omma tanya ni jawablah.Termenung pulak dia." Puan Jeon naik tangan menepuk paha Aeyoung.

Aeyoung bertukar riak biasa.Dia tak mahu hubungannya dengan Taehyung disoal.Bukan tak tahu Puan Jeon tu.Berkenan sangat si Taehyung nak dibuat menantu.

"Haih..malaslah Youngie nak fikir.Youngie kan sekolah lagi.Jomlah turun.Youngie nak jumpa appa.Rindulah." Jawab Aeyoung setelah lama berdiam diri.Tangan Puan Jeon dirangkul dan mereka berjalan bersama menuju ke tingkat bawah.

__________

Ting Tong~Ting Tong~

Puan Jeon segera menuju ke pintu rumah selepas terdengar bunyi loceng yang ditekan berkali-kali.

Apabila pintu terbuka,muka Taehyung yang memenuhi ruang matanya.

"Eo?Tae cari Aeyoung ke?" Soal Puan Jeon sambil tersenyum manis.Soalannya dibalas dengan anggukan dari Taehyung.

"Dia..ada?" Ragu-ragu Taehyung menyoal.Ikutkan dia masih rasa berat hati untuk berjumpa Aeyoung.

Semuanya sebab dia sedar yang dia telah banyak lukakan hati gadis yang sentiasa mendapat tempat di satu sudut istimewa dalam hatinya.

"Dia takde-"

"Aeyoung dah mati ke makcik?" Pantas Taehyung ke arah Puan Jeon dan memegang kedua-dua bahunya.

"Eh..makcik tak habis cakap lagi..yang kamu nak nangis ni kenapa?Dia keluar ambil angin dekat Sungai Han." Jelas Puan Jeon seraya tersenyum kekok.

Pelik bin hairan Puan Jeon melihat Taehyung berubah drastik.Puan Jeon tersenyum manis lalu menepuk bahu Taehyung.

"Kalau rindu sangat..pergilah cari dia dekat sana.Kalau rasa bersalah sangat..minta maaf dengan dia dan rendahkan ego kamu."

"Makcik tahu?" Soal Taehyung lalu memandang wajah wanita paruh baya itu.

"Aeyoung anak makcik.Sejauh mana dia cuba nak rahsiakan suatu perkara, makcik akan tahu juga.Kalau Taehyung sayang Aeyoung. Makcik harap kamulah orang yang pertama akan bahagiakan dia." Balas Puan Jeon lebar.

Taehyung tersenyum.Dia memegang kedua tangan Puan Jeon dan menunduk.

"Taehyung akan cuba."

TBC.❤

A/n:ERM macam mana dengan Chap kalini?agak-agak apa yang akan berlaku lepas ni?

Rindu Jina?jangan risau tunggu dia kambek okey.

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now