41❤

255 29 4
                                    


Aeyoung merebahkan badan ke atas katil.Sesekali dia menggeliat until menghilangkan rasa sengal sendi-sendi selepas hampir 3 jam berada di atas bas menuju ke Pulau Jeju.

"Young..Aku tahu kau penat..tapi pergi mandi dulu..baru nak rest ke apa.."Kata Yoojung seraya mencampak tuala hotel kearah Aeyoung.

Aeyoung bangun dari pembaringannya dan menuju ke bilik air tanpa sebarang bantahan.Pelik Yoojung dibuatnya.

"Wow..sejak bila insaf rajin mandi ni?kalau tidak ada saja nak merungut.."Kata Yoojung dengan perlahan.

"Aku dengarlah.."

Yoojung tergelak kecil sebelum duduk di sofa berdekatan.

___

Jungkook berjalan di tepi pantai dengan hati yang tenang.Angin laut yang dingin sesekali membuatnya menggosok tubuh kerana kesejukan.

Sedang dia berjalan, dia ternampak seorang gadis yang sedang termenung di sebuah bangku yang berada di tepi pantai.Lantas langkah kaki diatur laju dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.

"Young.. termenung nampak..dah makan?"Tegur Jungkook selepas mengambil tempat di sebelah gadis itu.

Aeyoung diam kerana dia langsung tidak menyedari kehadiran Jungkook di sebelahnya.

"Young? Aeyoung?"

Jungkook mencuit bahu Aeyoung dan membuatkan gadis itu tersentak sehingga dia hampir terjatuh ke belakang tapi mujur Jungkook pantas menangkapnya.

Hati Jungkook semakin berdetak laju kerana jarak mereka yang sangat dekat.Tetapi, Aeyoung sebaliknya.Dia hanya memandang kosong ke arah Jungkook sebelum berdehem minta dilepaskan.

"Err.. termenung jauh sangat tu sampai aku datang pun tak sedar.."Bicara Jungkook untuk menghilangkan rasa kekok.

Aeyoung memandang Jungkook sambil tersenyum.

"Eh..aku tak termenung pun..cuma kusyuk tengok keindahan laut depan aku ni.."

Jungkook mengangguk walaupun dia rasakan yang Aeyoung tidak bercakap benar.Tapi,dia buang perasaan itu jauh sebelum menarik tangan Aeyoung untuk mengikutinya.

"Cikgu suruh kita pergi jalan-jalan di pasar sana tu..aku dengar tempat tu popular..jomlah.."

___

Sesekali, terdengar keluhan halus dari mulut Taehyung apabila dari tadi Jina asyik memegang tangannya seolah tidak mahu melepaskannya sehingga  dia mula naik rimas.

"Jina.. lepaskanlah tangan saya ni..dah naik kebas tahu tak.."Kata Taehyung masih berlembut walaupun hatinya berasa geram apabila tiada respon dari gadis itu.

Taehyung cuba untuk melepaskan pegangan gadis itu namun tidak berjaya kerana Jina masih berdegil dan mempereratkan lagi pegangan tangannya di lengan Taehyung.

Suara gelakan dua orang manusia telah menganggu fokus Taehyung daripada kelakuan Jina yang aneh.Kepalanya dipusingkan ke arah bunyi itu.

Hatinya terjentik sesuatu apabila dia melihat Jungkook mengenggam erat lengan wanita merangkap kawan baiknya dahulu sambil tersenyum bahagia.

Jungkook yang perasan akan keberadaan Taehyung yang sedang melihat tajam ke arah dirinya mula berfikir sesuatu untuk memanaskan lagi hati lelaki itu.

"Young-ah..jom main benda besar pusing-pusing tu nak?"Kata Jungkook sambil menunjuk ke suatu arah dengan suara yang dimanjakan.

Taehyung menjeling meluat mendengar suara Jungkook yang agak mengada-ngada.

"Itu nama dia Ferris Wheel.,rasanya..entahlah.. Aeyoung pun tak ingat.Jung nak naik?"Soal Aeyoung lembut.

Jungkook mengangguk seperti budak-budak lalu pipi gadis itu dicium sekilas.

Taehyung yang melihat drama tidak berbayar itu membuatkan hatinya diserang rasa kurang senang.

Baru sahaja dia mahu mengangkat kaki pergi ke tempat lain,Jina menahan dirinya dari terus melangkah.Taehyung memandang Jina dengan kening yang dijungkitkan.

"Tae..boleh tak kalau kita pergi naik roda ferris tu?Dari kecil..Jina teringin sangat.."

Permintaan Jina, Taehyung hanya turutkan.Lelaki itu turut menyulam jari jemarinya bersama dengan Jina sebelum menariknya  berjalan dihadapan Jungkook dan Aeyoung.

Gadis itu menayangkan senyuman bahagia apabila Aeyoung tidak lepas memandang mereka berdua.

"Aeyoung..kau okey?Jom."Soal Jungkook bila wajah gadis itu tampak muram.

"Huh?haa..o-okey..jom.."Ringkas jawapan dari Aeyoung sebelum gadis itu berjalan mengikuti Jungkook.

TBC.❤

A/n:Sorry for the slow update.Ada ke yang masih baca cerita ni?

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now