31❤

222 29 5
                                    


"Masuklah.."Pelawa Jungkook seraya meletakkan kunci rumahnya diatas meja dapur lalu mengambil dua gelas air sejuk.

"Jungkook..Saya nak-"

"Tak perlu jelaskan apa-apakan dan tak perlu nak minta maaf."Cantas Jungkook cepat lalu memberi salah satu gelas dari tangannya kepada Jieun yang duduk di sofa ruang tamu.

Jungkook memeriksa telefonnya jika ada balasan dari Aeyoung tetapi satu pun tiada.Dia mengeluh sebelum mengambil tempat di sofa berhadapan Jieun.

"Erm..Jung?sekarang ni awak dah ada pengganti saya?"Soal Jieun selepas meletakkan gelas di atas meja berhadapan mereka.

"Eo? kenapa tanya?"Soal Jungkook semula.Saja menguji gadis di hadapannya.

Jieun sekadar menggeleng sambil tersenyum.Dia bangun lalu mengambil tempat di sebelah Jungkook.Tangan kanan lelaki itu dipegang lembut.

Jungkook sekadar berdiam dan membiarkan tindakan Jieun.Jasadnya berada di situ tapi bukan hatinya.Dia asyik terfikir tentang keberadaan Aeyoung ketika ini.

"Awak masih sayangkan saya kan?"

Soalan dari mulut Jieun yang langsung tidak dijangka terus membuatkan Jungkook berpaling ke arah gadis itu bersama senyuman yang sukar ditafsir.

"Tak.Nama Lee Jieun dalam hati aku dah lama aku buang.Sekarang kau hanya masa silam aku.Lagi satu,jangan disebabkan aku ajak kau datang rumah aku,kau ingat aku nak berbaik semula.Kau silap."

Jungkook terus menepis tangan Jieun yang berada di tangannya dengan sedikit kasar.Muka Jieun mula merona merah.Gadis itu malu dan dalam masa yang sama dia sakit hati dengan kata-kata Jungkook.

"Sekarang,kau boleh keluar dari rumah aku.Pergilah cari lelaki yang kau rasa sepadan dengan diri kau.Tapi,bukan aku..sebab aku dah mula bencikan kau."Seusai kata Jungkook terus menarik gadis itu ke arah pintu rumah dan menolaknya keluar seraya pintu dihempas.

Gadis itu jatuh terjelepok akibat dari tolakan yang kasar dari Jungkook.Dia menangis sambil memeluk lutut.Kini,dia betul-betul menyesal sebab gadaikan kepercayaan lelaki itu.

"Jungkook..saya bodoh sebab tinggalkan awak dulu.Maafkan saya."

______

Aeyoung berjalan mengikuti langkah Taehyung dari belakang tak ubah seperti seorang perisik.Kini, mereka berada di sebuah apartment yang agak dekat dengan taman perumahan mereka.

Gadis itu berjalan mendekati salah sebuah unit rumah selepas Taehyung sudah pun masuk kedalamnya.Aeyoung tertanya siapa orang yang tinggal di situ?

Lebih mengejutkan lagi, Aeyoung terdengar bunyi pinggan yang jatuh dari dalam rumah tersebut diiringi tangisan seorang gadis.

Tanpa membuang masa, Aeyoung membuka sedikit tingkap rumah tersebut dari arah luar untuk mengintai apa yang sedang berlaku.

"Jina..tolonglah dengar cakap saya.Awak akan sihat,percayalah.."

Jina? Aeyoung terkejut.Tapi,dia terus ambil keputusan untuk mendengar apa yang mereka sedang bincangkan.

"Tidak..Tae..doktor cakap saya dah tak lama hidup lagi..Saya taknak mati lagi.."Jina jatuh terduduk sambil menangis teresak-esak.

Taehyung perlahan-lahan melutut lalu memeluk Jina sambil mengusap belakang gadis itu untuk menenangkannya.

"Shhh..jangan nangis lagi okey?Saya kan ada?Saya janji takkan tinggalkan awak lepas ni.."Pujuk Taehyung masih dalam keadaan berpelukan.

"Saya sayangkan awak Taehyung.."Luah Jina lalu mengeratkan lagi pelukannya.

"Ya..saya pun sayangkan awak..sudah..jangan nangis lagi.."

Tanpa disedari,air mata Aeyoung perlahan mengalir di pipi.Pengakuan dari Taehyung benar-benar meruntunkan hatinya.Patutlah selama ini, Taehyung tak pernah berkata apa-apa tentang status hubungan mereka selepas luahan di tepi tasik tempoh hari.

Rupanya,semuanya palsu.Luahan hati dan kata cinta Taehyung juga palsu.Terus Aeyoung mengundur ke belakang sambil menekup mulut untuk mengelak dari tangisannya didengar oleh Jina dan Taehyung.

Tetapi, Aeyoung telah terlanggar pasu bunga Jina yang berada di belakangya dan menghasilkan bunyi yang kuat sehingga menarik perhatian Taehyung dan Jina.

"Jina..biar saya pergi tengok siapa di luar."Baru sahaja Taehyung mahu bangun,terus sahaja Jina menahan lengannya.

"Tak perlu..biarkan sajalah..mungkin kucing bergaduh."Kata Jina seraya menjeling ke arah tingkap rumahnya yang terbuka sedikit.Perlahan-lahan bibirnya tersungging senyuman sinis.

Tbc.❤

A/n:Jina sangatlah _______?Apa perasaan korang?Cer komen jap.Ehek~❤

[C] Heroin Yang Tersingkir || KTHWhere stories live. Discover now